Showing posts with label ♥ i ♥ Kelantan ♥. Show all posts
Showing posts with label ♥ i ♥ Kelantan ♥. Show all posts

Sunday, November 27, 2011

KECEDERAAN PEMAIN TONGGAK, ONG KIM SWEE PERTARUH BARISAN PERTAHANAN KEKANG BAHRAIN



PETALING JAYA - Berdepan masalah kecederaan pemain utama serta hakikat "mesti menang", ketua jurulatih skuad olimpik negara Ong Kim Swee mempertaruhkan harapan kepada barisan pertahanan untuk mengekang Bahrain esok.
    
Mengakui berdepan tugas getir, Kim Swee berkata peluang Harimau Muda beraksi di Sukan Olimpik London 2012 tetap ada, sekalipun buat masa ini gagal meraih sebarang mata pada peringkat kelayakan.
    
"Jika Syria tewas kepada Jepun (esok) dan kita pula menang ke atas Bahrain, peluang untuk merebut tempat kedua kumpulan masih terbuka. Jadi pertemuan dengan Bahrain ini adalah di antara hidup atau mati," katanya pada sidang media di sini hari ini.
    
Malaysia sebelum ini tewas kepada Jepun dan Syria.
    
Beliau yang ditemui pemberita selepas mesyuarat pengurus pasukan sempena perlawanan kelayakan Olimpik di antara Malaysia dan Bahrain, juga optimis rentak permainan pantas oleh Bahrain dapat dikekang barisan pertahanan skuad negara.
    
"Kami optimis dan yakin boleh mengawal pergerakan lawan melalui benteng terakhir pertahanan negara yang akan diketuai oleh penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat serta barisan pertahanan yang akan diumumkan kelak," katanya.
    
"Kemungkinan besar saya tidak dapat menurunkan tonggak pertahanan, Mohd Muslim Ahmad yang mengalami kecederaan hamstring ketika skuad negara tewas 0-2 kepada Syria.
    
"...peluang Mohd Irfan Fazail dan Syahrul Azwari Ibrahim masih samar kerana mereka belum cergas sepenuhnya dan hanya menjalani latihan ringan semalam," katanya.
    
Sementara itu, jurulatih Bahrain, Salman Sharida berkata mereka berhasrat membawa pulang tiga mata berharga.
    
"Saya tahu pasukan bola sepak Malaysia sekarang berada dalam kedudukan terbaik selepas mempertahankan pingat emas pada Sukan SEA menentang Indonesia, namun segalanya mungkin," katanya.

Beliau juga berkata anak buahnya berada dalam keadaan baik untuk memenangi perlawanan yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil malam esok. - Bernama







Wednesday, November 23, 2011

GAMBAR BANJIR KILAT DI TAMAN BENDAHARA PENGKALAN CHEPA, KELANTAN



Musim banjir atau lebih dikenali sebagai BAH oleh penduduk tempatan kembali lagi.Tatkala memasuki bulan November dan Disember penduduk di kawasan Pantai Timur khususnya Kelantan dan Terengganu berada dalam keadaan berjaga jaga kerana akan berlakunya musim banjir.Kelantan yang kini telah diberi amaran berjaga jaga ekoran dari air di sempadan Galok semakin meningkat.

Namun sebaliknya yang berlaku di Pengkalan Chepa terutama yang berada di Taman Bendahara berdekatan dengan Hypermarket Pantai Timur kerana telah berlaku banjir kilat ekoran dari longkang yang tersumbat yang berada di belakang Universiti Malaysia Kelantan.
Banjir Kilat ini berlaku semenjak dari semalam ( 22 November 2011 ) kerana hujan yang tidak berhenti henti semenjak dari pagi.Keadaan sekitar Taman Bendahara yang sedikit rendah menyebabkan air mudah bertakung dan ditambah pula dengan saliran perparitan yang tidak betul.

Rabu, November 2011
Seperti biasa saya melangkah ke opis sekitar jam 9 pagi.Waktu itu hujan sangat lebat.Dan waktu itu juga memang keadaan depan opis saya masih seperti biasa, tiada takungan air yang besar hanya  takungan air yang sedikit sahaja.Tapi keadaan agak merunsingkan kerana hujan sedikit pun tidak menunjukkan untuk berhenti.

Gambar sekitar jam 12 tengahari.Dalam masa beberapa jam sahaja air bertakung.Saya sangat panic kerana berada di opis seorang diri.

Keadaan jam 1 tengahari  semalam.Paras Air semakin meningkat.

Beberapa kereta yang sebelum ini mempark kereta meraka terpaksa mengalihkan untuk mengelakkan dari ditenggalami.

Keadaan tetap sama
Sekitar jam 4 saya pulang ke rumah , namun keadaan paras air sedikit berkurangan kerana dikhabarkan pihak JPS telah datang mengepam air di belakang UMK.

Hari ini , 23 November 2011

Namun pagi ini sebagai langkah berjaga jaga, saya menelefon rakan opis saya untuk ke opis dengan hanya menaikki lori opis kerana sebagai langkah berjaga jaga .Sampai je ke kawasan opis, telahan saya tepat kerana air sudah penuh dan pihak yang berwajib telah meletakkan tali sebagai amaran bahawa jalan ini sudah tidak boleh dilalui

Gambar ini sekitar jam 9.30 pagi.Air sudah melimpah
 Hujan semakin galak mencurah dan tidak sedikit pun menampakkan untuk berhenti.Keadaan semakin teruk dengan paras air semakin meningkat.Banyak kenderaan ringan seperti motor terpaksa ditolok kerana ditenggalami air.Hanya kenderaan berat seperti Lori ,Van ,Bas serta Storm sahaja yang boleh melaluinya.

Gambar ini sekitar jam 12 tengahari.Sebuah gerai menjual burger di kawasan sekitar sudah ditenggalami

Sebuah kereta jenis pacuan berani melalui jalan ini
 Keadaan di hadapan UMK menjadi kelam kabut kerana UMK turut ditenggalami air.Saya difahamkan pelajar pelajar UMK sedang menduduki peperiksaan namun tidak pasti adakah kelas mereka ditenggalami air atau sebaliknya.

Pelajar pelajar UMK yang baru pertama kali merasai banjir pasti akan melalui episod yang indah atau sebaliknya.Gelagat mereka seperti kanak kanak itu menarik perhatian.

Keadaan di hadapan UMK


keadaan didalam opis saya.Dalam stor :), buleh balik dah ni

pelajar UMK sedang bermain air



Keadaan seperti ini pernah berlaku pada tahun lepas sehingga menyebabkan banyak pejabat pejabat mengalami kerugian.Diharap pihak yang berwajib mengatasi masalah ini dengan kadar yang segera.


Ibubapa di ingatkan supaya menjaga langkah anak anda bagi mengelakkan sebarang kecelakaan.

p/s : kalau ada niat nak tgk budak budak U main air bolehlaaa datang sini.Air makin naik ni.HAHHAAH



Wednesday, November 9, 2011

KHAIRUL FAHMI CHE MAT AJAK RAKAN SEPERJUANGAN KEJUTKAN THAILAND l BUKTIKAN KEHEBATANMU




JAKARTA, 8 Nov (Bernama) -- Penjaga gol kebangsaan Khairul Fahmi Che Mat mengajak rakan sepasukan bangkit menggegarkan Thailand di Stadium Gelora Bung Karno di sini bagi mencari kemenangan pertama.

Meskipun Malaysia sekadar meraih satu mata ketika menentang Singapura semalam apabila seri tanpa jaringan pada perlawanan pembukaan bola sepak di temasya Sukan SEA ke-26, Khairul Fahmi, yang dikenali sebagai Apek di kalangan rakannya, yakin peluang masih terbuka buat skuad negara.

Beliau tidak rela melihat Malaysia menjadi pasukan pertama daripada Kumpulan A yang pulang awal, biarpun tugas getir menanti skuad kendalian Ong Kim Swee itu.

"Kita tahu Thailand banyak melahirkan pemain yang berkualiti dan turut berkelebihan dari segi taktikal permainannya. Bagaimanapun, itu bukanlah masalah buat kita, kerana kami telah bersedia.

"Malah perlawanan semalam diharap dapat diperbaiki mutunya bagi meraih tiga mata," katanya kepada Bernama selepas sesi ramah mesra bersama Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek di hotel penginapan kontinjen skuad bola sepak negara malam ini.

Turut hadir Ketua Kontinjen Sukan SEA Jakarta Datuk Naim Mohamad, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Zolkples Embong dan Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Azzuddin Ahmad.

"Saya akui kita ada kurang 48 jam masa berehat berbanding Thailand, ini merupakan perlawanan pertama mereka, namun kita perlu optimis dan ambil positif beraksi awal (semalam) mampu memperbaiki rentak permainan," kata pemain berusia 22 tahun itu.

Sementara itu, Kim Swee berkata beliau akan memperbaiki bahagian tengah skuad negara bagi mencari kemenangan pertama.

"Oleh sebab itulah saya mahu perbaiki kekurangan di bahagian tengah kerana saya percaya akan kemampuan Thailand, yang pastinya akan mencari kelemahan kita untuk formula menggempur gawang negara kita," katanya.

Malaysia akan bertemu Thailand pukul 4 petang waktu tempatan Rabu.

Selepas Thailand, Malaysia akan bertemu Cambodia dan pasukan tuan rumah pada 14 Nov dan 17 Nov.

Sumber l BERNAMA


NotaKaki : Apek buktikan pada dunia akan kehebatanmu.


Saturday, August 27, 2011

INSIDE WORRIORS DIPASARAN SEKARANG.



Sungguh bangga apabila telah mendapatkan naskah 1st edition INSIDE WORRIORS 2 hari yang lepas.Satu pujian harus diberikan atas inisiatif yang sangat berguna untuk seluruh peminat bolasepak khususnya peminat THE RED WORRIORS.Naskah ini telah diterbitkan oleh RED WORRIORS CREATIVE yang dinaungi oleh ' BAPA BOLA SEPAK ' iaitu Tan Sri Annuar Musa.


Tahniah sekali kepada team yang telah menjayakan produk ini.

Saya sudah mendapatkannya, bagaimana dengan anda.Banyak info yang berguna yang dimuatkan di dalam majalah ini.Setiap kejayaan dan kemanisan yang digapai oleh The Red Worriors di bingkiskan di dalam majalah ini untuk maklumat penyokong semua.


Masih panas! sila dapatkan sekarang.

Isu isu yang di garap dalam majalah ini merupakan isu yang melibatkan The Red Worriors dan juga yang melibatkan Harimau Malaya.

1st edition

Walaupun bola sepak sinonim dengan kaum lelaki, tetapi zaman telah berubah mengikut peredaran semasa.Kini, kaum wanita juga tidak dipinggirkan dari menonton bola sepak.Istilah bolasepak untuk lelaki sudah tidak relevan memandangkan bola adalah sukan dan ianya untuk tontonan umum.Jadi tidak wajar sekiranya kaum wanita dipinggirkan .Oleh yang demikian , pihak penerbitan telah memberikan satu colum khas untuk kaum wanita yang diseliakan oleh Elia Jejari Runcing.

Ruang khas disediakan untuk kaum wanita TRW

Jadi , bagaimana untuk mendapatkannya.Senang sahaja...anda boleh berhubungan dengan saya melalui Facebook saya : MISSYANI ABDULLAH atau emelkan kepada saya missyaniabdullah@yahoo.com.Harga yang ditawarkan adalah RM4.50 sahaja.



NotaKaki : Hehehe, ada muka saya dalam majalah itu .. :) :) harus bangga bukan.






Monday, June 27, 2011

JADILAH PENONTON YANG MATANG , MEREKA DI LUAR MEMERHATIKAN KITA.







MEMALUKAN DAN MENGAIBKAN.

Kecoh lagi dan terus kecoh.Orang luar tidak habis² menjadikan Negeri Kelantan dan rakyat Kelantan sebagai bahan untuk menghina kami.Kenapa ini harus terjadi.Dan mengapa Kami Kelantan yang terus menjadi mangsa anjikkan dari anda yang tidak berpuas hati dengan kami.

Hanya satu sahaja persoalan saya. APA SALAH KAMI.???

Apakah salah kami kerana di lahirkan di bumi Kelantan ini..?Adakah salah ibu bapa kami kerana melahirkan kami di Kelantan.:( . Terlalu sedih apabila negeri kami di malukan sedemikian rupa tapi apakah daya kami rakyat Kelantan terlalu kecil jika dibandingkan dengan rakyat negeri lain.

Apakah salah kami juga kerana negeri kami di takbir oleh Parti Pas dan seterusnya kami dibenci , di jemuh, di hina di tanah air kami sendiri.Mana laungan anda yang mengatakan yang negara kita sebuah negara demokrasi sedangkan kami Kelantan seperti di hanjinkan oleh mereka yang mengaku rakyat Malaysia.

Anda yang menghina kami rakyat Kelantan tersangatlah busuk hati.Gelaran apa yang seharusnya saya lebalkan, seharusnya anda sendiri letakkan kerana manusiar² seperti ini sebenarnya duri dalam lipatan yang menjadi batu api kepada pepecahan kita rakyat Kelantan.

Tapi satu peringatan untuk orangr² luar yang menghina kami

'' Semakin banyak pihak yang cuba menjatuhkan kami, semakin erat ukhwah kami kerana inilah ajaran kami dari kecil.Ajaran yang diberikan oleh kedua ibu bapa kami .''

Page di atas sangat memalukan.Bagi saya inilah kemenangan bagi orang luar yang ingin menjatuhkan kita rakyat Kelantan.Orang luar terus menerus memtertawakan kita tanpa kita sedari bahawa semua ini sebenarnya atas ' kebodohan ' diri kita sendiri.Mereke terus mencari ' point ' yang sememangnya jelas di depan mata.Orang luar akan sentiasa memerhatikan gelagat kita kerana kita adalah rakyat yang sentiasa bersatu.


Tidak salah untuk bergembira semasa acara seperti bola sepak kerana kita berhak meraikannya tetapi berpada² lah wahai saudaraku sekalian.Saya tidak kisah untuk mewarnakan rambut atau mencontengkan muka dengan wajah² yang pelik, saya tahu anda semua kreatif tetapi inilah manusia.Rambut sama hitam tapi hati manusia siapa yang tahu.


Pelbagai fesyen dan corak yang di pamerkan di dalam page ini dan sememangnya ianya sangat memalukan.! Terus terang saya katakan yang saya hampir terduduk apabila melihat gambar perempuan yang mewarnakan pusatnya dengan menonjolkan sebahagian dari aurat.Ya saya tidak berkata yang saya ni baik tidak cuma saya rasa tindakan perempuan tersebut sangatlah memalukan kita sebagai negeri yang terkenal dengan islamnya.Kreatifnya anda saya puji tapi jangan sampai membodohkan diri kita sehingga menjejaskan nama Kelantan.Fikirlah saudara kita semua.Masih belum terlambat....


Dan bagi kaum² lelaki di luar sana.Respeklah kaum perempuan.Dengan memaki coli perempuan dan melukis perhiasan seperti coli perempuan itu adalah satu perbuatan yang sangat menjijikkan.Adakah kami ini sebagai kaum perempuan layak di hina sedemikian rupa.Berpada²lah..Ingat orang yang paling hampir dengan anda iaitu IBU anda.!!!!


Seperti yang katakan tadi, mulai sekarang ayuh semua peminat bola Kelantan , jaga tingkah laku anda kerana kita sedang berada di puncak sekarang ini.Dan harus di ingat bahawa akan ada pihak yang akan sentiasa mencari kesempatan menjatuhkan kita selagi nyawa masih di badan.Beringatlah saudara ku semua.


Satu yang pasti.Biarkan si bodoh yang cuba menjatuhkan kita dengan dunianya.Kita sebagai rakyat Kelantan apa yang perlu lakukan adalah dengan mereport Fesbuk itu.Jangan sekali² kita menghabiskan masa dengan bergaduh dengan mereka yang cuba menjatuhkan kita kerana mereka mempunyai point untuk menghentam kita.Hari² report pun xpa kan.!

Cubalah menjadi penyokong yang matang.Perjalanan TRW terlalu panjang dan terlalu banyak perkara yang ' busuk ' yang melibatkan Kelantan diperkatakan.Usah di tambah.Biarkah yang manis² sahaja yang meniti di bibir masyarakat kita.Orang kata sokong biar bijak.

Anggap sahaja ini adalah sebahagian dari ujian Allah swt pada kita rakyat kelantan.Bersabar dengan anasir luar yang sentiasa ingin melihat kita jatuh kerana kita terkenal dengan sifat adik bradik kita kan.Dan Perjanjian Allah swt, Allah akan menyayangi umatnya yang bersabar dengan apa saja ujianNya.ISLAM menuntut umatnya supaya sentiasa bersabar. Setiap dugaan dan halangan hidup seharian perlu ditempuhi dengan reda dan penuh keinsafan. Umpamanya apabila ditimpa kemalangan atau musibah, hendaklah menyerahkan diri dan bertawakal kepada Allah. Sikap sabar akan memberi ganjaran kepada manusia baik di dunia atau akhirat.Sekiranya timbul perbalahan perlu ditangani dengan adil, saksama dan penuh kesabaran. Kehilangan sifat sabar hanya akan mengeruhkan keadaan, bukan menyelesaikan masalah. Sifat sabar membuktikan kewibawaan, peribadi dan ciri Muslim sejati serta mulia. Belajarlah menghormati jika kita mahu diri dihormati dan disegani orang lain.


Ganjaran sabar di dunia ialah mendapat kemenangan dan kejayaan hidup dalam menegakkan kebenaran Allah. Firman Allah bermaksud:

“Ya, cukuplah jika kamu bersabar dan bertakwa dan mereka akan datang menyerang kamu seketika itu juga, nescaya Allah akan menolong kamu dengan lima ribu malaikat yang memakai tanda.” – (Surah Ali Imran, ayat 125).


Orang bersabar dengan ujian Allah dan sebarang kesusahan dalam mempertahankan keimanan amat dikasihi Allah serta diberikan kurnia yang banyak. Tentunya hidup kita akan dipenuhi dengan kegembiraan dan kebahagiaan sepanjang masa. Firman Allah bermaksud:


“Mereka dalam keadaan gembira disebabkan kurnia Allah yang diberikan kepada mereka...” – (Surah Ali Imran, ayat 170).


PERINGATAN :
Untuk anda yang sememangnya mempunyai hasad dengki, ada kami kisah.Kami sentiasa mempertahankan Kelantan selagi nyawa dikandung badan.Selagi ada darah yang mengalir selagi itulah kami akan pertahankannya walaupun nyawa kami melayang.IM PROUD TO BE KELANTANESE.

AKSI PENJAGA GOL KELANTAN & MALAYSIA KHAIRUL FAHMI CHE MAT

Wira negara masuk padang


Apek anda adalah seorang yang istimewa.Pemilik empunya nama Khairul Fahmi bin Che Mat ini merupakan mutiara dan emas dalam arena bola sepak negara.Kehebatan dan ketangkasan beliau memang sudah tidak dapat disangkal lagi.Bermula dari bawah dengan mengumpul pengalaman sebagai penjaga gol Ngeri Kelantan membolehkan beliau mempelajari sesuatu sehingga membawa kejayaan yang sangat manis buat pasukan negeri Kelantan dan juga seterusnya buat Malaysia amnya.

Masih ingatkan kita pada wira ini yang telah menyelamatkan sepakan penalti pada perlawanan akhir Suzuki AFF suatu ketika itu.Kerana kehebatan beliau menyelamatkan sepakan penalti itu telah membantu pasukan negara menjadi juara.Alhamdulillah.


Ketika itu fenomena Apek menjadi siulan sehingga menaikkan nama beliau di pelusuk dunia.Sungguh hebat anak muda ini.Anak muda kelahiran Kelantan dan menjadi ikon serta idola ramai.

Ketika itu nama beliau meniti di bibir² setiap lapisan masyarakat dan tidak juga menjadi kegilaan artis² tanah air seperti Nora Danish.Betapa bertuahnya anda.

Dan semakin hari prestasi cemerlang apek semakin menjadi walaupun kadang² berjaya ' melepaskan ' gol.Biasalah tu, mana nak ada penjaga gol yang mampu menangkis bola kan, begitu juga dengan apek.Tetapi setakat hari ini prestasi apek cukup membanggakan.

Aksi apek semasa perlawanan menentang Lubnan baru² ini cukup membanggakan sekaligus melayakkan Malaysia memasuki ke peringkat seterusnya.

Dan mari kita menyaksikan aksi² hebat pemain ini.Bravo...

Lompat Apek lompat..

Tudia

Hambik...berjaya menyelamatkan bola

main tarik² yer..dush dush

Lagu untuk apek yang di chant oleh ULTRAS KELANTAN THE RED MANIA



Saya kreditkan semua gambar ini page Kelate.Net Photography kerana berjaya menangkap gambar yang sangat bombastik.Tahniah sekali lagi.Pada yang belum like page Kelate.Net Photography sila like ramai² dan banyak lagi gambar aksi Apek di dalam page ini.

Sila Klik untuk gambar setersunya Kelate.Net Photography



Rakyat negeri Kelantan berbangga memiliki orang seperti anda.Anda layak digelar hero Kelantan.Ketangkasan anda memang tiada bandingannya.Dan apa yang lebih manis adalah , The Red Worriors memerlukan khidmat anda dan berbangga sekali lagi atas aksi cemerlang anda.Teruskan prestasi cemerlang anda bersama Kelantan dan seterusnya menaikkan nama Malaysia.