Tuesday, May 12, 2015

Jatuh dan Bangkit Semula



Assalamualaikum semua.Hari ini saya tidak busy sangat , bolelah mengadap blog sekejap.



Hari ini saya ingin menceritakan pengalaman hidup saya.Ye saya akui saya pernah jatuh dalam hidup saya.Saya rasa saat-2 sakit dalam menempuhi kehidupan ini.

Namun hari ini saya bangkit.Bangkit dari kesusahan, bangkit dari kejatuhan.Semua kesakitan itu mengejar saya erti BERUSAHA.

Alhamdulillah, sekarang saya mampu mempunyai company sendiri dan Insyaallah jika rezeki lebih saya ingin meluaskan perniagaan saya di setiap daerah atau mempunyai agen saya sendiri. * doakan saya *

Bila kita sudah berada dalam bidang perniagaan ini , secara automatiknya banyak cabang yg bole diluaskan.Begitu juga saya, idea datang mencurah-2 tapi kena ingat , jika ingin membuat sesuatu perkara xbole tergopoh gapah, kena istiqomah.Kena solat hajat dan kena pasang Niat betul-2.Jangan nak pikir Untung saja.

Insyaallah , jika kita menghendakan sesuatu Allah swt pasti akan tolong.Tepuk dada tanya Iman.


Kita pegang 1 ayat ' Man Jadda Wa Jadda '

Amin



Mummy Ayra
Selasa, Mei 12,2015
1.50 pm

Wednesday, January 7, 2015

Oh Ayra !!



Assalam,xdak apa nak crita cuma semalam saya ajak En Hubs saya pergi Jakel .Nak borong kain untuk dibuat skirt utk si kecik ni.

Pukul 5 pm ,si kecik mami ni dtg opis ambik.Dipeluk-2 mami dia mcm setahun xjumpa.Dia hugs mami kuat-2.Olololo rindu anak mami. muahmuha

Balik dari rumah terus ajak Dedi main.dipanjatnya Dedi yang penat kerja.Dedi dah jadi kuda dah.Hehe.




Selesai borong kain di Jakel.Istilah borong rasanya tidak kena sebab beli 4 meter je.Kakakakkakakaa... mami ajak Dedi pegi Kbmall sebab mami cadang mami nak beli puting botol susu utk si Ayra ni tp keadaan kbmall yang panas sgt.Econ ada tp xbukak sebab KBmall pun banjir.Jadi Kbmall masih lagi dalam penyelanggaraan walaupun sudah beroperasi.Jadi kami balik je la..Dedi ajak makan roti canai,urm mami belasah jela..

Mami belanja 2 keping gambar meks ayra semalam punya.


Wednesday, December 24, 2014

#PrayForPantaiTimur l Gambar dari udara Negeri Kelantan pada 22.12.2014 l



Gambar ini dikongsikan oleh rakan facebook saya yang baru balik dr Kuala Lumpur.Gambar ini dirakam pada 22.12.2014 yang lalu namun  keadaan ni bertambah buruk pada hari ini.





Kalau dilihat dari mata kasar,Kelantan pada waktu itu 22.12.2014 hampir lumpuh.Ya Allah selamatkan negeriku..


:(


#PrayForPantaiTimur

UPDATE #PrayForPantaiTimur l Keadaan Banjir di Kelantan , 24.12.2014



"Wahai bumi telanlah airmu, Dan wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu" Surah Hud, ayat 44



Ya Allah..redakn la bencana yg kami alami..lindungilah kami semua..elakkan daripada berlaku bencana2 yg lebih bsr dari biasa..kasihani la kami semua ya Allah..sesungguhnya Engkau la penentu segalanya..bantula kami mgsa2 bencana alam..kami bermohon kpdMu..Engkau la Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..makbulkan la doa kami ya Allah..amin ya rabbal 'alamin..








#PrayForPantaiTimur I Terkini di Kelantan l Banjir Di Kelantan 24 Disember 2014 l

Assalam..Dugaan buat kami yang berada di Kelantan terutama yang berada di Gua Musang,Kuala Krai,di Tanah Merah dan juga di Jeli atau kawasan rendah lain.Kejadian air pasang di laut2 menyebabkan hujan tidak berhenti sejak dari sabtu yang lepas lagi.Namun saya percaya semua ini adalah Ujian dari yang Maha Esa untuk kita umatnya.


Namun saya bersyukur kerana ujian ini tidak berlaku keatas kawasan kami di Pengkalan Chepa,namun kami jugak masih dalam keadaan berjaga jaga kerana tahun sebelum ni rumah sy dinaikki air.Setiap kali banjir kami juga menerima tempias yang sama cuma untuk kali ini kami tidak diuji lagi.

Namun kesugaran saya sedikit tercalar kerana Harian Metro semalam melaporkan bahawa Pengkala Chepa akan ditenggalami mulai jam 9 malam semalam.Namun sekali lagi sya bersyukur tidak berlaku seperti yang diramalkan walaupun hujan kadangkala lebat kadangkala renyai.Saya meneruskan kehidupan seperti biasa namun didalam hati risau meninggalkan anak kecil bersama umi dan suami yang masih dalam bercuti.

Dalam perjalanan ke office,sy dapati air di Sg Chekok telah sampai ke tebing sungai walaupun hujan tidaklah selebat mana.Dengar cerita di Siam ,empangan air sudah dilepaskan dan itu yg menyebabkan sngai Kelantan melimpah ditambah dengan faktor hujan yang tanpa henti walaupun berlaku dalam tempoh yng sekejap.Hati ini terus memikirkan anak saya AyraNurHanania yang masih kecil.Ya Allah selamatkan keluarga kami dr bencanamu ya Allah.

Dalam facebook ,ramai post gambar bandar Kota Bharu telah dinaiki air secara perlahan-lahan.Selalunya jika bandar Kota Bharu ditenggalami maka banjir besarla yang akan terjadi.Namun semua ini kerjaNya,siapa kita utk menidakkannya.





Gambar di atas di ambil di sekitar bandar Kota Bharu pada hari ini.Kepada semua rakyat yang berdekatan dengan Kota Bharu,sila ambil langkah berjaga-jaga.














Terima kasih pada yang post gambar di facebook.Sorry na ambik gambar tak bgitau.Hehehe.Namun sebenarnya Banjir ni bukan pesta utk kita bermain air ,jagalah keselamatan.Lakukan langkah berjaga jaga untuk sebarang kemungkinan.

Seluruh rakyat malaysia diharap dapat mendoakan kesejahteraan kami di bumi Kelantan ini.Hentikan sentimen kenegerian,hentikan prejudis kepada negeri kami,usah meletakkan bencana ini adalah bala kepada kami,Ingatlah semua perancangan ini hanya milik di atas.Kita buat kerja kita,diatas buat kerjaNya.Bersamalah kita berdoa agar Kelantan kembali seperti biasa.



Tuesday, November 25, 2014

KERINDUAN PADA BLOG l



Assalamualaikum ..


Ya Allah memang agak lama saya tidak menulis di blog yang suatu ketika dahulu amat sy aktif dan syg*bukan kata lani xsayang,syg lagi* ..Ramai dah penulis blog pada zaman saya *agak tua ayat disitu* yang seangkatan dengan saya sudah senyap dr arena penulisan.Mungkin kekangan masa atau bz dengan urusan lain.

Selepas saya kawen pada bulan October 2012 , sy dah kurang menulis blog.Setahun sebelum itu pun sy dah kurang berblog , * buat persiapan kawen* .Lepas kawen ikut Encik Somi ke Kuala Lumpur.Pegi sebulan je lepas tu balik sebab di kl terlalu crowded n macam xkena dengan jiwo ambo..Tapi kalo suruh ddk Penang , saya nak nak nak sangat.Oh Penang, Oh USM ..rendu sangat.

Then saya balik Kelantan dengan adik *angkat* saya.Ajak dia balik dengan En Somi.Kebetulan dia tengah jiwa kacau, dia pun xnak tinggal di kl dah , so kami nekad balik ke Kelantan pukul 12 malam.Hahaha, sebenarnya pukul 6 pm sebelumnya memang dh dok sembang kt rumah mcm nak balik kerja dkt KB je..naseb sy belum mula kerja lagi.So kemas brg-2 sumbat dalam kereta Kia Septra Encik Somi terus balik ke KB.Dari Putrajaya singgah di Bangi jap rumah sewa adik angkat ni.Ambik pakaian dia terus bertolak.Alhamdulillah, selamat sampai di KB pada pukul 10 pagi.Itu kisah 2 tahun lepas.

Namun masih lagi belum dpt menulis sehinggalah 2 tahun berlalu.Skrg ini bz dengan anak perempuan mummy yang 24 jam nak ddk dengan mummy.Bayangkan kalau saya tiada waktu dia tido sebeleh dia, memang menangis.Manja sgt.Hehehe, sy jugak yg manjakan anak sy.Sayang anak katakan.


xtaula bila ada masa yg sebenar2 boleh blog balik.Alhamdulillah, setelah setahun menjaga Ayra Nur Hanania saya rasa mcam nak kerja.Bukan boring jaga anak , cuma ingin mempraktikan apa yang belajar di USM dulu.Tryla mintak kerja Interio Designer.

Allhamdulillah, rezeki anak perempuan kami kot,Saya diterima bekerja di Wan Jati Furniture.Sayalah Interior Designer, sayalah check barang sampai, sayalah chek barang nak kena hantar,sayalah tukang salesnya dan  sayalah jugak Tukang Sapu Sampah.Haha, xpalah rezeki.

Baru 2 bulan start kerja , mampu mempunya sales yang besar.Alhamdulillah rezeki saya.Dapat komisen.


yeaah ,


Mummy buatkan sendiri headband ni tau.Auntie Aini belanja mummy kain dkt Jakel.Hehehe, lebih mummy buat utk Ayra

Anak saya kalau xpakai headband mcm lelaki.Hahaha


Ramai yang ckp dkt saya " eh bestla ko yani dpt baby boy,teringinnya aku " sabar jela syg mummy.Haha
Lani anak mummy tokmie yang jaga.Dok elok2 , jangan nakal-2 ye.Lagi 2 jam mummy balik , mummy hug syg kuat kuat.

5 hari saya masok kerja ,dh dpt kerja.Kena design logo company.Nak dijadikan cerita sy kena demam denggi.Buat pun bese2 je sebab nak cuti , xtahan weh kena denggi ..seluruh badan hbs keluar tompok2 merah..dahla merenyam ..gatal 1 badan..memang xtahan sgt.masok kerja seminggu dh cuti seminggu.Hahaha

Naseb bdan lps dh cuti rehat yg panjang submit dkt bos, bos kata sweet je.Okleh..Hahah

tq bos







jemputlah tengok koleksi English Style dari Wan Jati Furniture.Search je dkt FB.mesti ada. :)













Monday, April 28, 2014

AYRA DAN DEMAM CAMPAKNYA

Asslamualaikum

Alhamdulillah , my baby Ayra sudah sembuh dari campak.Bintik bintik dimuka hilang.Syukur sangat-sangat , sayu hati ini melihat anak sendiri sengsara walaupun pada hakikatnya campak ni memang perkara biasa sahaja dalam proses pembesaran kanak kanak.Setiap kanak kanak akan dijangkiti campak sekali dalam seumur hidup mereka.

Namun , ibu mana yang xsedih tengok anak yang baru berusia 7 bulan menderita kegatalan akibat campak.Sebelum terkena campak , Ayra demam selama 3 hari.Tapi demam Ayra bila malam mesti panas sesangat tapi bila siang hari sihat * demam jugak tapi suhu badan tidak tinggi * 

Tetapi si ayah tetap tewas ,melihat anaknya sakit.Si ayah menangis sedih tgk puterinya menderita.Namun saya sebagai ibu memberi semangat kepada si ayah agar tabah,saya beritahu suami saya ini normal.Baik dari kerja si ayah pasti akan bermain seketika dengan Ayra walaupun saya tahu si ayah agak penat.

Melihat si anak yang sudah mampu merangkak sekeliling rumah cukup untuk membuat saya dan si suami bahagia.Hilang penat , hilang kegusaran , hilang kerungsingan.Syukur,walaupun campak bukan panyakit yang diketogorikan sebagai merbahaya namun yang membuat saya dan suami takut adalah melihat si kecik menangis kegatalan dan juga tidak berselera untuk makan.Itu yang cukup membimbangkan namun , semua itu sudah berlalu .Namun sejujurnya perkara ini membuatkan saya dan si suami dalam ketakutan kerana ini merupakan pengalaman pertama kami. :) *ibu dan bapa yang muda,kehkehkeh*



pic 1 : masa pic ni diambil muka ayra dah naik bintik-bintik merah.Hari pertama malamnya, penuh satu badan .Saya  risau , dah siap siap pakai baju utk bawak Ayra pergi klinik , tapi umi saya xbagi , katanya pegi klinik pun xder ubat jugak.Umi suruh tunggu lepas 3 hari , aii dalam hati saya memberontak dah ni , risau takut jadi apa apa je.Bertawakal sahaja

Namun Alhamdulillah , lepas 3 hari dah sembuh .bintik bintik pun dah semakin hilang,betul plak ckp umi sayaUmi saya dengan eksennya dia cakap 'lain kali dengar cakap orang yang berpengalaman, umi dah beranak 3 kali hokeyyyy ' Hahaha, kami sama sama gelak.

Tapi hari ke 3 tu umi mandikan Ayra dengan daun apa ntah .Saya pun xpasti daun apa.Namun syukur sangat sangat Ayraa dah sembuh , mommy dengan daddy pun boleh horey horeyyyy



Friday, January 24, 2014

AYRA NUR HANANIA BINTI AHMAD FA-IQ

Holalallala , ingin kembali menggunakan nama panggilan ketika membuka belog ini kira kira 3 tahun yang dahulu.Dulu selalu bahasakan diri kita ' meks' almaklumlah ore Kelate.Hikhikhik..
Nak guna nama ' meks ' boley ..? ( okey , guna !!)

Rasanya memang dh lama sgt xmenulis , dulu xaktif sebab nak kawen , pastu terkena sakit buatan orang iaitu Mengandung ( hik hik ) then melalui proses kehamilan yang sangat indah sampai xsempat nak update belog.Bukan xsempat malah xingat langsung dekat belog meks ini.HoHoho..okey , bila dh hbs fasa kehamilan tibalah hari hari yang ditunggu , 06 September 2013 maka lahirlah puteri yang ditunggu - tunggu untuk semua orang .Sebabnya meks kata gini , ini cucu sulong untuk sebelah suami meks.Jadi keexcited ( jangan tiru penggunaan ayat ini hokey ) tu lain macam ye ! Bagi keluarga meks sendiri xla teruja sangat tapi meks nampak Umi meks teruja sebab meks ni anak bongsu.Giler x excited anak bongsu nak beranakkkk.. hahaha

Malas nak cite proses kelahiran anak meks lagumana sebab semua orang tahu bersalin tu SAKIT .Diulangi SAKIT sangat.Ye lah Allah swt nak hapuskan dosa mestilah sakit.Cer awok pikir logik sakit ke tak orang yang Termengandung ni yang buat keje xelok.Boleh pulak budak2 ni beranak sorang n paling sadis bole bangun p buang anak depa ni.Uihsss lagi teruk kot.

Oke malas membebel , ini anak saya Ayra Nur Hanania Binti Ahmad Fa-iq .Lahir hari jumaat pada pukul 12.06 tghari pada 6 september 2013.Seminggu awal dari tarikh jangkaan.Berat semasa lahir 2.95kg sahaja secara normal.Terima kasih Allah kerana memberi anak yang cukup coomel ini.Amin.


Ayra berumur 2 bulan.Daddy bawak Ayra pegi Kuantan, Daddy ada kursus . Mengajar pekerja baru :)
Ayra masa 25 Disember 2013, CIk Oni Kawen :
Mummy esok-2 nak ajar Ayra pakai tudung , kecik kecik ni ajor dulu.hehehhe :D


Ini adalah amanat kami , akan kami jaga dia seperti menatang minyak yang penuh, :)
wajah skrg , 4bulan ..


Alhamdulillah , masuk 4bulan anak meks dah boleh merangkak, cepat kan.. Alhamdulillah Allah swt permudahkan proses pembesaran anak meks.


meks yang sekarang... kat rumah Cik Oni kawen :D


Okey ini keluarga kecil kami, 
Daddy , Mummy n Ayra .

okey bye.!

( pahni nak selalu selalu update belog ) rindu nak blogwalking :D

Ayra teriakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk plak dah !!!

Thursday, May 3, 2012

BOB KUMAN MENINGGAL DUNIA - AL FATIHAH



Takziah dan Al Fatihah di ucapkan kepada Arwah Bob Kuman atau nama sebenarnya Husni Bin Mohd Rawi yang telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 4.38 petang tadi . Sebelum ini , kira kira 2 minggu yang lepas berita ' palsu kematian ' beliau yang disebarkan telah tersebar luas oleh individu yang tidak bertanggungjawab namun hari ini , Allah swt lebih sayangkan arwah . Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman.Amin . Daripada tanah kita datang kepada tanah jua kita kembali ..



Jenazah arwah  : kredit utk Mazidul Akma Sidek

Sepanjang hayat arwah merupakan seorang di antara pelawak yang sangat disegani dengan lawak jenakanya yang mampu membuat penonton ketawa terbahak bahak. Namun ajal pertemuan di tangan Allah swt , jadi kita tidak mampu untuk menidakkannya.


Sedekahkan arwah Yassin :( , hilang sebutir permata yang tiada gantinya .


Friday, February 3, 2012

10 FOTO RUSUHAN TERBURUK DALAM SUKAN BOLASEPAK MERSIR





Sekurang-kurangnya 74 orang terbunuh dalam rusuhan - paling buruk dalam sejarah sukan Mesir - membabitkan peminat bola sepak di bandar Pelabuhan Said, demikian menurut laporan stesen-stesen tempatan semalam.





Sekurang-kurangnya 1,000 lagi cedera apabila peminat bola sepak, kebanyakannya membawa senjata termasuk pisau - merusuh dan menceroboh kawasan padang di akhir perlawanan antara kelab atasan al-Masry dan al-Ahly.



Kebanyakan mangsa mati ekoran kecederaan parah dan sesak nafas selepas terperangkap dalam rempuhan.



Pegawai-pegawai berkata, angka kematian kemungkinan meningkat, lapor BBC.
Ia tragedi paling teruk dalam sejarah bola sepak, kata Timbalan Menteri Kesihatan Mesir, Hesham Sheiha.




"Ini sesuatu yang malang dan sangat menyedihkan," kata Hesham.




Ia tragedi paling buruk dalam sejarah sukan Mesir, yang genap setahun lalu menyaksikan Presiden Hosni Mubarak dijatuhkan dalam kebangkitan rakyat.



Laporan msnbc menyebut, rusuhan tercetus selepas peminat-peminat pasukan Al-Masry, pasukan tuan rumah Pelabuhan Said, menyerbu padang selepas kemenangan 3-1 ke atas Al-Ahly. Al-Ahly merupakan pasukan teratas di negara utara benua Afrika itu.




Penyokong-penyokong pasukan Al-Masry membaling kayu dan batu ketika mengejar pemain dan peminat pasukan saingan mereka, yang berlari ke arah pintu keluar bagi mengelakkan serangan, demikian menurut saksi-saksi.




Menurut Kementerian Dalam Negeri, 74 orang terbunuh termasuk seorang pegawai polis dan 248 cedera. Seramai 14 daripada 248 yang cedera adalah polis.






Sekurang-kurangnya 47 orang ditahan berhubung tragedi itu, kata Menteri Dalam Negeri Mohamed Ibrahim.


sumber : KLIK SINI


Thursday, January 12, 2012

SAFEE SALI MUNDUR DARI PELITA JAYA




REPUBLIKA.CO.ID, KUALA LUMPUR - Striker andalan timnas Malaysia, Mohd Safee Sali, kemungkinan akan mundur dari Pelita Jaya. Safee Sali tidak ingin karier internasionalnya bersama timnas Harimau Malaya 'terputus' lantaran dirinya tetap bermain bersama Pelita Jaya yang mentas di Liga Super Indonesia (ISL) yang diharamkan PSSI dan FIFA.

Manajer Safee Sali, Zakaria Abd Rahim, mengatakan pihaknya sejauh ini memang masih mendiskusikan kemungkinan perpanjangan kontrak kliennya yang akan berakhir pada 31 Januari ini. Keputusan akan diketuk dalam pertemuan terakhir pada 22 Januari mendatang.

"Hasil kontrak baru belum diputuskan. Kami hanya berdiskusi tentang penawaran mereka dan kemauan Safee,'' kata Zakaria seperti dikutip Arena Metro. "Segala hal harus diperhitungkan. Itu termasuk permasalahan yang melanda PSSI dan pihak klub sadar Safee mengutamakan tim nasional.''

Safee Sali kemungkinan besar tidak bisa lagi memperkuat timnas Malaysia jika tetap memperkuat Pelita Jaya di kompetisi ISL. PSSI dan FIFA secara tegas mengharamkan kompetisi ISL. Karena itu, pemain yang tampil di ISL seperti Safee Sali bakal juga ikut terkena imbas tidak bisa memperkuat timnas.

Zakaria mengatakan segalanya kini tergantung pada Pelita Jaya menyakinkan Safee Sali untuk tetap bermain di ISL.

"Memang Pelita Jaya berminat mempertahankan Safee. Tapi, semuanya terpulang kepada klub itu meyakinkan Safee dari semua aspek termasuk keberlangsungan liga, waktu kontrak dan juga pembayaran,'' katanya. "Waktunya pun semakin sempit karena Safee juga menerima penawaran dari klub Thailand.''


SUMBER : FACEBOOK GARUDA SEPAK BOLA INDONESIA.