Showing posts with label ♥ family kami ♥. Show all posts
Showing posts with label ♥ family kami ♥. Show all posts

Friday, January 24, 2014

AYRA NUR HANANIA BINTI AHMAD FA-IQ

Holalallala , ingin kembali menggunakan nama panggilan ketika membuka belog ini kira kira 3 tahun yang dahulu.Dulu selalu bahasakan diri kita ' meks' almaklumlah ore Kelate.Hikhikhik..
Nak guna nama ' meks ' boley ..? ( okey , guna !!)

Rasanya memang dh lama sgt xmenulis , dulu xaktif sebab nak kawen , pastu terkena sakit buatan orang iaitu Mengandung ( hik hik ) then melalui proses kehamilan yang sangat indah sampai xsempat nak update belog.Bukan xsempat malah xingat langsung dekat belog meks ini.HoHoho..okey , bila dh hbs fasa kehamilan tibalah hari hari yang ditunggu , 06 September 2013 maka lahirlah puteri yang ditunggu - tunggu untuk semua orang .Sebabnya meks kata gini , ini cucu sulong untuk sebelah suami meks.Jadi keexcited ( jangan tiru penggunaan ayat ini hokey ) tu lain macam ye ! Bagi keluarga meks sendiri xla teruja sangat tapi meks nampak Umi meks teruja sebab meks ni anak bongsu.Giler x excited anak bongsu nak beranakkkk.. hahaha

Malas nak cite proses kelahiran anak meks lagumana sebab semua orang tahu bersalin tu SAKIT .Diulangi SAKIT sangat.Ye lah Allah swt nak hapuskan dosa mestilah sakit.Cer awok pikir logik sakit ke tak orang yang Termengandung ni yang buat keje xelok.Boleh pulak budak2 ni beranak sorang n paling sadis bole bangun p buang anak depa ni.Uihsss lagi teruk kot.

Oke malas membebel , ini anak saya Ayra Nur Hanania Binti Ahmad Fa-iq .Lahir hari jumaat pada pukul 12.06 tghari pada 6 september 2013.Seminggu awal dari tarikh jangkaan.Berat semasa lahir 2.95kg sahaja secara normal.Terima kasih Allah kerana memberi anak yang cukup coomel ini.Amin.


Ayra berumur 2 bulan.Daddy bawak Ayra pegi Kuantan, Daddy ada kursus . Mengajar pekerja baru :)
Ayra masa 25 Disember 2013, CIk Oni Kawen :
Mummy esok-2 nak ajar Ayra pakai tudung , kecik kecik ni ajor dulu.hehehhe :D


Ini adalah amanat kami , akan kami jaga dia seperti menatang minyak yang penuh, :)
wajah skrg , 4bulan ..


Alhamdulillah , masuk 4bulan anak meks dah boleh merangkak, cepat kan.. Alhamdulillah Allah swt permudahkan proses pembesaran anak meks.


meks yang sekarang... kat rumah Cik Oni kawen :D


Okey ini keluarga kecil kami, 
Daddy , Mummy n Ayra .

okey bye.!

( pahni nak selalu selalu update belog ) rindu nak blogwalking :D

Ayra teriakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk plak dah !!!

Thursday, June 2, 2011

BILA RASA NAK UPDATE....


 assalamualaikum.


okeh! tgk last post I urm 15 may 2011.Uh boleh tahan lama jugak xupdate.satu je nak bgtau.I alls malas u alls.! tersangatlah malas kadang² nak berak pun malas tapi terpaksa berak sebab takot SEMBELIT.kan jadi kes nanya, cian I xdapat nak memfollowkan diri menjoinkan diri di Stadium Bukit Jalil nanti.


Banyak cite nak habaq tapi tatau nak start tang mana.oke².! 

1- keserabutan hidup akibat sikap manusia yang sangat mendumnkan hidup I.Oh God.I rasa nak lempang² je manusia jenis ini..Saya jenis manusia paling degil dalam dunia.Siapa yang mengenali saya MissYani Abdullah pasti akan tahu betapa degil dan batu besaq dok ada ataih pala ni.Huh.I pun kadang² xmengerti tentang diri I alls.Tapi I alls terima semua dengan hati yang terbuka..I alls xnak cite kisah kawan makan kawan sebb I alls malas nak heboh² lagi [ eh eh bila Jom Heboh nak ada di KB ek , tunggu jugak ni ] ..ahaha..Sabar jela.Kadang² terpikir ' haih aku buat baik dekat depa, tapi depa bagi taik dekat aku ' ..gitulah I dok rasa skrg ni..Biar Allah sahaja yang membalas jasa² kawan makan kawan ni ye tuan² dan puan² semua.


2-    I dapat anak sedara lagi.Tepat 29 Mei 2011 ( jam 11 pagi kot ) masa tu saya da meeting dgn pegawai Kwsp kat Kota Bharu.tgh syok meeting abang ipar saya kol ckp kakak saya dah selamat melahirkan baby girl di KBMC.oh mai god.sangat teruja utk melihat baby.ada x rupa macam saya..kakak ckp anak sedara saya gemuk.Berat 4.2kg.Tahniah kakak sebb dapat lahirkan baby yg sihat secara normal.Inilah pengorbanan seorang ibu.huhu.feeling² keibuan sudah mari kot.wahahaha..

 
 uh gemuk bukan.saya panggil dia DEBOK sebb dia gemuk.!! hehee.CikSue rinduu Debok..

 okeh tengok pp Debok, mmg gemuk kan..adoih 4.2Kg mana xgemok..!! 

 

 yeah pp Debok sama gemuk dgn Pp Cik sue right..we are same baby..!!

then bila dah puas menggomol baby Debok, saya tinggalkan umi dgn kakak dkt KBMC.so malam tu nampak gayanya saya mmg tido sorang rumah walaupun abg saya ada.Abang saya ada ke x sama je tetap cam xder.Biar jela..

Lepaking with Sangkurakura.Oh mai god i miss my sangkurakura so much.She just come back from Kuching, Serawak.Agak lama tidak berjumpa memandangkan dia mengajar di sana.We decide lepak Hayaki je..Entahlah, saja nak sembang, borak² kosong.gosipping pun okeh jugak.!!


she skinny then i more gemok! argh xkisah.janji hidup Happy macam simpack Happy ! wahaha..


 kadang² saya terpikir muka saya Sangat tidak sesuai pakai Inner tapi saya pun teringin dowh.Gasak r.xnyusah sapa² pun an...

Sangkura kura makan nasi dagang.pe hal beb.malam² makan nasi dagang.dia cakap dah lama nak makan nasi dagang.kat Sarawak xleh nak rasa.xpa² ikut je ...! 


 oke let me introduce my lovely friend.She is Nur Aini.Dia cikgu sukan.We meet at UPSI on our interview course.hehe.malangnya saya xdpt kos tu [ dapat USM ] and she get it.hehehe..love u beb!!

malam tu kami lepaking sampai kol 11 je pun.penat kot sebb satu hari ari tu saya dok ukur jalan je.bz giler.wahahhaa..tapi happy sebb ...........................


ok xder dah nak cite.


bye bye.


Nota Kaki : saya xkisah lau awak bz pun tapi itik pun tahu pulang kerumah cik abg oii..





SILA KLIK OLDER POST

Tuesday, November 16, 2010

218 : Ya Allah jauhilah perasaan ini Ya Allah.aku mohon padaMu..


Tarikh & Masa : Malam raya, November 16, 2010 , lepas brita buletin utama TV3.Inspirasi Hidupku
Mood : xdak semangat nak raya tp sayu dengaq takbir raya + rumah belum kemas lagi.
Background music : hujan lebat² ayaq bergelora


.assalamualaikum.* ketika meks sedang menulis n3 ni mmg sedang emo * :((

A big thank pada readers² belog meks ni yup! sila tepok pada diri sendiri * clap + clap *.hehe.meks tersangat la hapy bila tiap kali meks buka belog mesti ada jer yg tgh stalker membaca belog meks tanpa segan silu.ala xyah malu² dalam belog meks, buat macam belog ampa semua noh TAPI jgn overshadow meks sudehh.satg meks xleh cari makan puloks.keh²


.thank you.


Esok dah raya tapi meks xhadow semangat nak sambut.Entahla meks bila raya je mesti xder mood.Orang lain gembira bagai tapi meks dok bertapa dalam bilik.Sedih woooo.teramat sedih sampai habes kuaq ayaq hingus.ouhg sgt emo mlm ni.


Meks emo bersebab hokeh.meks xdernya hati nak emo xdak sebab.Meks teringat dekat arwah abah meks.Oh seksa sungguh la perasaan ni.Sungguh.lau ampa yg penah rasa kehilangan ampa akan rasa apa yg meks rasa.Malam raya je meks emo, meks menangis bagai.Bukan meks nak meraih simpati ampa semua tapi dah ni je medium yg mmg hadow utk melepaskan perasaan, nak buek lagumana lagi ampa oiii.meks xmarah kat ampa.


Meks bukan xbuleh terima kepemergiannya arwah tapi meks belum bersedia.Ampa tanya semua org pun depa akan ckp benda yg sama sebb arwah meninggal xder sakit bagai, tiba² meks bangun pagi arwah dah xder.Urm dah meks xnak ingat dah haih.Makin menangis² kan lagi.Ya Allah...Jauhila perasaan ini.Sesungguhnya Hambamu ni xdapat menanggungnya.


Photobucket
* abah tgh hisap rokok *


Tadi anak sepupu meks tag gambaq ni kat Fb.OMG.betul² kuaq ayaq mata.RINDU.TERAMAT RINDU ARWAH.Rindukan senyumannya, rindukan gelak tawanya, rindukan amarahnya,rindukan bebelannya dan rindu utk meminta maaf di hari raya dan rindu semua tentang seseorang yang bernama WAN ABDULLAH BIN WAN SULAIMAN.Ya allah.Hebat sungguh perasaan ini.Saya tidak kuat sebenarnya ni.seperti patah kaki sebelah apabila dia pergi meninggalkan saya.Bagaimana seorang yg tempang yg sukar utk berjalan seperti itu jugalah yg saya alami.Ya Allah maafkan aku kerana aku kalah dengan perasaan ini.:((


Meks sendiri xtau raya haji yg tahun bila tapi yg mesti gambaq ni selepas 3 tahun yg lepas.Sebb arwah dah 3 tahun tinggalkan kami. :((


" Ya allah Engkau ampunkanlah dosa² arwah sepanjang hayatnya dan Engkau terimalah amalan sepanjang hayatnya.Aku bermohon padaMu Ya Allah, Engkau tempatkanlah arwah bersama org² yg beriman dan Engkau terangilah kubur arwah seperti mana Engkau terangi kubur umatmu yg lain, dan Engkau jauhilah arwah dari seksaan kubur , Engkau permudahkan jalan utk arwah berjumpa denganMu ya Allah.Padamu aku bermohon ya Allah.Amin Ya rabbalalamin. "

** maaf sebab meks emo malam ni :((


Sunday, November 14, 2010

211 : PENGORBANAN MEKS DALAM HIDUP MEKS SEMPENA HARI RAYA AIDILADHA..apakah...sedihhh!!


Tarikh : November 14 2010 Ahad jam 10.15 am
Mood : mengantuk + bengang 
Background Music : Bila Cinta by Gio : sedih terok nih -

Assalamualaikum ampa semua.Ada baik kah.Minggu baru dah is coming.Meks malas betul nak pergi opis.Banyak kerja nak kena buat.Tapi minggu ni minggu pendek sebb meks kerja sampai selasa jam 12 tghari kot.Aik ada kot sebb raya kan.haha.Sebbnya meks kerja ngan family meks, so suka suka hati meks la nak pergi kerja k x.Selalunya 1 hari b4 raya meks mmg xpergi kerja dah.Hahaha adow meks kisah.


Macam ner persiapan utk raya haji nanti.Adeh seriusly meks bgtau mmg meks xsiap apa-apa pun.main gasah jer.Bagi meks raya tetap raya cuma persiapan tu xsama cm sambut hari raya aidilfitri.Dulu  utk raya aidilfitri meks mmg beraya sakan sebb meks hadiahkan set kelengkapan rumah utk umi meks sebagai membalas jasa umi meks.Lagipun meks dah berkerja nak gak tgk rumah cantik.Ni utk N3 lepas.Tahun ni raya kami biasa biasa lagi.

Jika kita erti maksud sebenar Hari Raya Qurban mesti kita terfikir apa dah pengorbanan yg kita lakukan.Cerita cerita mengenai erti pengorbanan ini sgt luas.Meks xmau bercakap mengenai erti qurban dan aspek agama tetapi meks nak bercakap mengenai pergorbanan meks sebagai seorang anak.aik aik mcm nak mengupkan diri saja.Hahaha.

Bukan, Dalam hidup meks sendiri meks melakukan pengorbanan.Agak sedih utk diceritakan tapi ini pengorbanan besar meks dalam hidup meks.Umum mengetahui yg meks ex USM bidang Interior Designer tapi meks skrg bukan bekerja dalam bidang designer.Meks teringin kot nak kerja as a interior designer macam Eric Leong , tapi hajat tu xsampai.Tapi adalah jugak meks jadi 3D maker utk cazen meks kalo dia mintak tolong sebb dia budak Landscape Architecture.

Apa pengorbanan meks ya.Urm sebenarnya selepas kematian abah meks mmg meks nampak sgt umi meks down down cm lagu tuh, Baby are u down down down.hua hua.Hempagas betul meks.Meks terpaksa memendam perasaan meks utk menjadi seorang ID utk menjaga umi meks.Kami xramai adik bradik.Meks ada kakak then abg sorang.Kakak meks cikgu, skrg mengajar di Terengganu then abg meks plak kerje sendiri.So meks masa mula mula hbs belajaq tu pikiaq 2 kali nak p kerja dkt Key El Lumpo or kerja kat Kota Bharu.Tapi the big prob is dkt kb xdak company ID.Company architect pun xbnyak.Kalo meks pergi kerja kat Key El Lumpo mesti umi meks tinggal sorang.Meks mmg x arap  bebenor dngn abg meks sebb laki kan mmg xlekat kat rumah.Kan sakit pening umi meks xdak sapa nak jaga.Kalo bole meks mmg nak tgk depan mata umi meks.Umi sakit kah, demam kah biaq meks yg jaga, biaq depan mata meks.

So mmg meks fikir fikir xperla, biaqla meks berkorban kali ni jer.Selagi hayat umi meks adow.Biarlah sisa sisa umi meks bersama dengan meks.Bukan meks mendoakan umi meks meninggal ker apa tapi kita xtahu perancangan Allah swt, so bila waktu y ada ni la meks nak bg kebahagian utk meks.Bahagia bila tgk umi meks suka bila anak anak ada depan mata.Nak nak time makan bersama.Bahagia yg xdapat diungkapkan dengan kata kata.

Lagipun rezeki ada dimana mana.Xsemestinya meks kerja di Key el lumpo meks bahagia, meks akan berjaya mayb makin sesak kot memandang kos sara hidup di key el lumpo sangat tinggi.itula pengorbanan terbesar setakat ni.Alhamdulillah walaupun meks kerja dalam bidang perakaunan ( lari topik sedikit ) tapi dah menampakkan hasilnya.Syukur padamu ya Allah swt.

Dikesempatan ni meks nak ucapkan selamat hari raya pada semua blogger blogger lain sekiranya sepanjang meks berbelog ni ada yg terkecik hati ngan kata kata meks.Biasalah manusia ni xlepas dr melakukan kesilapan dan qhilaf.

Bila meks dengaq lagu kat bawah ni mmg nangis teresak esak.Cuba pejamkan mata, kosongkan fikiran dan dengarkan lagu ini..pasti akan mengalir titisan air mata mengenang jasa dan pengorbanan ayah dan ibu yang tersayang.




NOTA KAKI : Al fatihah utk arwah abah.Semoga arwah abah dicucuri rahmah dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman.meks menangis teresak esak di opis bila meks menulis post then dengaq plak lagu Ayah & Ibu.Sedih kot.Meks syg umi meks dan abah meks tapi Allah swt dah menjemputnya awal dr kami sangkakan.ALFATIHAH

Thursday, November 11, 2010

202 : NAK BELI HADIAH..TAPI APAKAH..!

assalamualaikum semua.lambat meks update ari ni.Sebbnya meks xbawa kabel tepon. ada citer nak kongsi ngan korang semua tp kena hold dulu gamaknya.!


hoho.ari ni meks xcted giler! aik meroyan meks!! sebb UPSR kuaq ari ni.! giler meks buget meks plok cikgu sekolah rendah!! hua hua hua.!!


ari ni anak sepupu meks yg darjah 6 dpt tahu result UPSR.Meks plak over.pagi-pagi lagi meks tefon kat amila ni.tpi hempeh xangkat.huhuhu.

sampai lani meks masih xdpt nak kol dia.!hempagas betul.meks semangat nih.so meks col ibu amila ni.! haha..col punya col ckp ngan ibu amila.uit meks gembira sebb ibu amila bgtau amila dpt 5A.wow!! thats good!!! hahaha.ibu amila bgtau dia kol amila pagi2 lagi bgtau amila dpt 5A sebb ibu amila bekerja kat Jabatan Pendidikan Kelantan. tp si amila ni xpercaya.Sekali mmg betul dpt 5A.hohoho.


hehehe!! tanyala tanyala..sapa cikgu amila yg xberbayar.! of course la meks!! haha..tp meks cikgu bahasa Inggeris ngan cikgu Matematik jew! haha!!


so meks nak mintak tolong sgt dekat ampa semua, apa hadiah utk amila..huhuhu..!!


NOTA KAKI : Amila, Cik Yani ucapkan syabas dan tahniah sebb dpt 5A.Kak Long dah buktikan walaupun ada byk masalah.nanti cik yani bg hadiah.hehe


Thursday, October 14, 2010

SEMUA ORANG SAYANGKAN IBU MASING-MASING..KAN KAN KAN




Sesungguhnya Syurga itu terletak di telapak kaki Ibu kan..!! sungguh mulia hati seorang yang bergelar Ibu...!!Ibu yg mengandungkan kita selama 9 bulan 10 hari, melahirkan kita walaupun terpaksa bertarung nyawa sendiri..!!


Saya syg umi sy!! Sungguh, Sumpah...!! Saya sgt hargainya..!! Dia lah bapa dan dialah juga ibu sy setelah ayah sy meninggal dunia..!! oh kehidupan kami sungguh perit saat tu!! Saya masih ingat hari kematian abah sy, semasa di Kota Bharu Medical Center ( KBMC ) sy kol kakak utk bgtau abah dah xder.! org 1st sy dgr suara yg menangis terjerit-jerit adalah Ibu saya..!! terduduk sy!!! sumpah, sy xtipu...!! saat tu mmg dah rasa kaki xberpijak di lantai...mmg sedih..org keliling cuma pandang je bila sy terduduk sorang-sorang di tepi kaki luar bilik..!!



Tapi ibu saya kuat , ibu saya tabah...!! Ibu xmakan xper..!! janji anak-anak makan..!! Ibu demam xper janji anak-anak sihat...!! Ibu penat xper janji anak-anak happy!! Ya Allah besar sungguh pengorbanan seorang Ibu..!!Alhamdulillah skrg sy dah habis study dan dah menjadi tanggungjawab utama saya utk membahagiakan hati ibu saya walaupun terpaksa bergolok gadai...!! Saya nak membahagiakan sisa-sisa hidup Ibu saya sebelum saya tidak sempat utk membahagiakan Ibu...!! Ibu saya dah tua..tp sy tetap akan membahagiakan dia..!! Dialah ratu hati saya!!


Tapi percayakan seorang anak masih xmampu utk menjaga kedua ibu bapa mereka sendiri..!! Bak kata pepatah Menjaga 10 ekor lembu lagi senang dari menjaga seorang anak perempuan!! Betul kan..!! zaman sekarang anak-anak dah akhir zaman..Sepak Ibu sendiri, bunuh, pukul mmg hari-hari boleh dengar...mmg anak derhaka!! " Ya Allah swt jauhakan aku dari berperangai seperti itu..."








seperti dalam gambar ini..!! Ibu sanggup berhujan semata-mata dan memberikan payung utk anaknya berteduh dari terkena hujan...!! Sungguh Muliakan hati seorang Ibu...!! Dia adalah ibu yg terbaik skali..!!


NOTA KAKI : wahai anak-anak yg berada jauh dr keluarga, seharusnya anda kol skrg ibu bapa anda..!! tanyakan khabar ibu anda..!! skrg ni kalau kol BF/GF tiap-tiap hari tp kalau nak kol Ibu seminggu skali sahaja..!! betul kan..!! betull ..ini kenyataan..!!

Sunday, October 10, 2010

AL FATIHAH

cantik kan tarikh ari ni 10-10-10..huhuhu..utk pengetahun semua ari ni merupakan ari ulangtahun kelahiran arwah abah aku..abah aku sgt berbangga dgn tarikh ni 10-10-50..huhuh.tp skrg ni arwah abah dah meninggalkan kami sekeluarga dah hampir 3 tahun..SEDIH..tp alhamdulillah hanya doa yg mengiringi arwah disana..banyak kenangan bersamanya..tp aku xnak sedih2..nak pikir positif..!! biarlah arwah aman disana..!!

ALFATIHAH...Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman dan diampuni dosa2nya..Ya allah engkau ampunikah dosa2 arwah sepanjang hayatnya, Kau terangilah kubur arwah abah aku seperti mana engkau terangi kubur umatmu yang lain.Amin Ya Rabbal ala Min..Hanya padamu saja aku bermohon ya Allah..

Friday, August 6, 2010

JANGAN SOMBONG OKEH!!

oh sgt ingin mendekati ini budak!
dia sombong ngan haku nih!
apa yg ditakutkan sgt xler diketahui asal usulnya..

Photobucket

mayb sebb hany terlalu kecewa dgn haku as a Chik Sue dia..
hala semua abg & kakak dia tangan aku had dok gosok tiap² hari..
Chik Sue mintak maaf ler syg...tyme syg lahir syg dok rumah Tok Baba kan bukan rumah Tok Mem
payah ..jauh plak tu rumah Tok Baba...
lagipun umi dah ada bibik kan...so xperlu kot chik sue menapak di rumah Tok Baba..
lagipun malu la cik sue ni stok hidung jambu air rumah tok Baba stok hidung tajam kalah mata pedang!! huhuhu
Sebbnya family abg ipar aku ni Pakistan weihh...
so anak buah aku ni mix ler!!
aku..?
............................................tet........buat xtau sudah

budak ni hangin 1 badan je bila tgk aku..!!
xtau la nampak apa bila tgk aku..
hahaha
dia xmanja ngan haku sebb ari² dok ngan bibik ..
sungguh ..xtgk muka bibik 1 hari menangis cam apa ntah..
hany hany...!!

ni anak kakak aku yg bongsu Nur Hanisat Bt Mohammad Hanif..
oh dia pengarang jantung umi aku skung ni..
baru je setahun ...dilahirkan di Kota Bharu Medical Centre ( KBMC )
tp maaf chik sue ngok sikit sebb xingat tarikh lahir..hahaha

kesian dulu hany after lahir, kena tinggal ngan bibik sebb kakak aku mengajar kat Johor..
tiap² minggu kakak aku balik dr johor k kelantan..
masa² mula nak lahir kakak aku ada komplikasi sebb hany lemas..
tp alhamdulillah kakak aku dak dapat transfer kat Jertih Terengganu , 30 minit dr rumahnya..
yuhuuu..aku pun selalau dapat jumpa hany..
syg hany!!
t jadi comel macam chik sue okeh!!! :- tolong anda boleh tutup laptop skung jugak..!!

hahaha

Monday, July 19, 2010

tolong saya weiiiiihhh!!!

td kol 5 after beli barang dapur 
dpt kol from BANK MUAMALAT...
erm..got interview lol..
wat to do yup..

risau sebb xtau nak jawab apa..
kena ckp magrih eh...ohh bisa saja lau mahu ngomong inggeris..
bisa hancus berkecai!!
haha..welaweii bedal sajala kan..!
berserah!!
cuma risau lau penemuduga tu dok tanya sal dunia skrg..!
adoii pening mak nyah!
lau keja kerajaan dah biasa sebb b4 dis sy mmg keja kerajaan
tp berhenti sebb further study!
so xrisau sgt!
cuma risau kali ni keje ngan bank oo..!
umi senyum jer!!
haihh..kena buat solat hajat & dipermudahkan olehNya sahaja!!
ada rezeki adala kan..just tawakal!!

korang penah ada xperience x interview keje ngan bank!
mcm ner ek!
tolong la sy!!
sy interview 25hb nih!!
mintak2 dapat..korang doakan sy!
 

tp sapa-sapa yg ada tips boleh kongsi!!

tolong sy weihhhh!!

Monday, July 5, 2010

puasa o puasa

ari ni sy puasa~!
puasa ganti~!
xmola ganti puasa dekat² puasa ..xbest..!!

so untuk sy berbuka sat lagi
1- rendang ayam
2- ayam masak kicap
3- kerang rebus ( cicah dgn air asam-buat sendiri )

penat balik kerja masak...
haihh dah tua bangka xleh nak suh umi masak.
cian umi!!
so sebb perut ni nak makan..kena tabahkan diri..

hehe..
so pada korang yg berpuasa ari ni.
selamat berbuka oke..

pssst : opsss xtau la sedap ke x redang sy..!!!

Saturday, July 3, 2010

raya raya -nak g shopping raya sat lagii

hujan semalam membuatkan sy begitu teransang 
nak tido dgn lebih lama..
wah seronok haih tido lau hujan-hujan ni...
hahaha..tp xbole sebb pagi ni a lot of work need to do..

nak g shopping weii sat lagi...
nak p beli kain langsir buat raya...haha..
sebenarnya tahun ni sy menghadiahkan  kelengkapan rumah untuk umi sy...
awal bulan 3 ari tu sy dah beli 1 set sofa untuk umi...

hari ni ingat nak beli langsir untuk 20 meter 
dan cat rumah warna putih n kuning cair..he he he..
then insyaallah...bulan depan sy nak beli almari plak...
semua interior sy yg buat sebb sy mempunyai ijazah dalam bidang decorate rumah..
so not big deal..sumer dah dalam kepala sy...

hbs duit beribu sebulan pun xper demi umi tersayang~!!
lau nak di bandingkan dengan pengorbanan
dan jasa umi sy mmg sy xmampu membalasnya..

syg umi!!!

Friday, July 2, 2010

dear umi....love u

saya ada umi
umi saya ada saya je~

saya syg umi sy..
umi sy pun sygkan sy..

sy ada umi je...
abah dah lama xder..
meninggal...sakit..
sy sedih tp umi lagi sedih

saya syg umi sy..
cian umi sy..
selalu lenguh-lenguh..

umi..,
sy beli mesin urut
untuk umi...
Photobucket
umi guna tau...
leh kasi cergas..!!!

syg umi!!

Wednesday, June 30, 2010

bolokkkk!!

Photobucket

wa sukanya if can flasback kan..waktu kanak2 yg penuh dgn kecomotan dan " keboloktan " ..kan kan..ni pix sy masa umoq berapa pun xpasti..t cazen sy..nama Wan Suhaida..dia dah kawen dah raya t..basikat tu basikal kakak sy..almaklumla anak bongsu selalu dpt yg resaikel  punya..sob sob..ala xheran pun..yg penting sy dpt lebih dr kakak sy..bwekkkk!!!!

Saturday, May 8, 2010

ibu engkau la ratu hatiku...

pix dr pakcik google

Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja… aku dekati ibu
Bila nak bergesel… aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku… ibu
Bila merajuk… yang memujukku cuma..ibu

Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat
marah..ibu
Bila takut… yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk… yang aku suka peluk..ibu

Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon… Ibu
Bila seronok… orang pertama aku nak beritahu… Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu! “
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang palin g sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk… Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok… aku cari pasanganku
Bila sedih… aku cari Ibu
Bila berjaya… aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal… aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti… aku bawa pasanganku
Bila sibuk… aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine… Aku hadiahi bunga pada
pasanganku
Bila sambut hari ibu… aku cuma dapat ucapkan Selamat
Hari Ibu
Selalu… aku ingat pasanganku
Selalu… Ibu ingat kat aku
Bila..bila… aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. aku nak talipon Ibu
Selalu… aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila…. aku nak belikan hadiah untuk Ibuku

Renungkan:

Dulu Ibu kata: “Kalau kamu sudah habis belajar dan
berkerja… bolehkah kamu kirim wang untuk Ibu? Ibu
bukan nak banyak… lima puluh ringgit sebulan pun
cukuplah”.

Berderai air mata. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus
sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu
sudah tiada.

ingatlah pengorbanan ibuuuuu….

selamat hari ibu untuk umi saya..umi adik syg umi..walau seindah kata pun tiada yang lebih bermakna selain adik sayang umi...umi,thank sebb lahirkan adik didunia sehingga menjadi org yeng berguna untuk family...alhamdulillah...bg adik umi bukan berperanan sebagai ibu tetapi sebagai ayah juga setelah kita kehilangannya 3tahun lepas...

n to my kakak...bojan , aku ucapkan selamat hari ibu..jadilah ibu yng terbaik untuk anak buah aku tu oke...lekas2 la mintak tukar tu, cian budak2...

n to all ibu2 di luar sana terutama ibu muhammad farid ( boyfren tersayang ) , walaupun kita belum bertentang mata secara face to face ( 3g sudah oke ) saya nak ucapkan selamat ari ibu...

ibu2 diluar sana kamu sangat terbaik

Thursday, April 15, 2010

♥ is cinta ♥

oke..salam kepada semua pembaca ( ish ada x haih~) xper..missyani xkesah u all~!! tp missyani rasa mesti ada yg membaca~!mustahil xda~!!kita pomote hbs²an missyani punya blog~!! tettttt ( eksen betul )

u all, ni sambungan kisah org2 yg missyani syg...tadaa...ada lagi ni tulih..~!missyani ni keluarga xbesaq mana pun ( walaupun missyani & kaum kerabat besaq~!!..kuang² )..missyani ada sorang kakak & abg jer~!missyani anak bongsu~!tet...ada nampak cm anak bongsu x...xda kan kan..~!!! ( mood : nak menyedapkan hati jerw~!!)

kakak saya dah kawin~!kawiin ngan abg ipar missyani la~!nama abg ipaq missyani is Muhammad Hanif ..pssttt : dia ni pakistan noh...tp sabaq dulu..jgn terburu² buat andaian...~!!abg ipar missyani ni bukan mai dari Pakistan ( walaupun ada waris & keluarga disana ) ..abg ipar missyani ni anak jati Kelate oker....dia cikgu...~!! Mak ngn ayah dia memang org kelate tp pelat tu ada lagi haih...~!!

hehe...so kira anak menakan missyani ni mix la yer ( mix la sgt~!! )..at least da juga keturunan hidung mancung dalam keluarga missyani yg hidung ala² jambu ayak ..hahaha ( keluarga missyani je oke )

abg missyani ni lom kawen...tp skung ni nak ada marka jer...xtau la mcm ner tu..yahooo xlama lagi missyani nak boleh kak ipaq kot~!! kak ipaq pn jgn kedekut² ..lau kedekut² memang kena cantas la~!!wahahahah~!! xkuasa mak~!!!

then missyani ~! erm...not available skung ni~!
apakah~!!! tet...hehehe..tgh dicintai dan di sayangi~dalam hati ada taman!! lalalala~! relationship dengan sapa~!!
adalaaaaaaa....~!!t kita showing² dia k~!!

oke...ni mak kita~!! anak² menakan belah abah sumer panggil umi kita ngan nama mak su @ moksu sebb abah kita anak bongsu..~!!! ingat nak panggil antiey Jeniffer tp cm xsesuai jep~!!
hahahhaa~!! xda haih..melawak jer~!!baru la meriah~!!
tok mem selalu mimpi² kan baby hanny~!!
psss : ( pesanan untuk kakak aku ) : woikkk xretii² nak balik kg ka~!! umi rindu anok mu tus ~!!!
alamak skali terkeluar loghat kelate~!! ermm ambo ore klate jah~!!hehehe
oke..umi kita tgh pangku cucu num 3~! ( oke...kilang sangat produkti yer tuan² & puan² )hehe~!
nama baby ni Nur Hanisat bt Muhammad Hanif~! we all panggil honey~!! ala yg xbest jer..bila nampak jer muka cik sue dia mesti nangis xhengat dunia~!! ( aik mana dtg plak ciksue ni...) jeng²...kami la ciksue tue~!oke x~!!wahaha~!layan jela~!jgn nak over missyani abdullah~!!!
hehehe~!~!!
baby ni lahir kat KBMC @ Kota Bharu Medical Centre~!!alamak cian tau baby hanny~!
ada komplikasi jantung berlubang~!! tp alhamdulillah tu masa check out bila lahir jer~!skung dah xda haih~!!( Doktor pun buat kami risau tau ~!!)
skung dia dah besar~!berapa bulan ntah~!!nak masuk 1 tahun kot ~!( ish² apa punya mak sedara la~!!)

baby hanny masa 1st @ KBMC..~!!kulit masih lagi mengelupas~!!
tp hidung mancung like her father~!!
lau like antiey dia..hahahahahahahahah
leh gelak jela~!!!

Nur Aishah Bt Muhammad Hanif
tok mem panggil aisya ngan nama shasha @ kakak~!!
dah sekolah pun~!skali ngan abg yg sulung!!~
mulut macam kacang bertih~!
tp sgt pemalu ~! had ni xikut cm chiksu dia la~! chiksu dia hyperaktif ( almaklumla terlahir awal dr jangka 9 bulan tu ) heheh~!!!






♥ mY SouL ♥

salam 1 malaysia dari missyaniabdullah...

erm...sebenaqnya missyani xtau nak tulis apa untuk entry kali ni..
tp bak kata seniman yang kita banggakan Tan Sri P.Ramle..." erm bedal jela labu "
maka missyani termakan jugak ngan kata2 beliau untuk bedal sajalah...
hehehe...

jadi better untuk 1st entry ni missyani tulis sal org2 yg missyani syg sgt2 dalam kehidupan seharian missyaniabdullah~! adehh sedih menghantui nih~!!xtahan²..sob²..

ni la org yang paling missyaniabdullah syg ~!!

tadaaa~!!!ni la umi kita~~org yg paling sy kagum,sayang & cintai..~!
umi kita ni ibu tunggal tau~! kami dah kehilangan abah dah nak masuk 3tahun da~!dia mak,dia bapa kami 3bradik~!alhamdulillah~!!she's the best~!hanya Allah s.w.t yg akan membalas jasa baik umi~!!

" YA ALLAH YA TUHANKU ENGKAU BERIKANLAH KESIHATAN YANG BAIK UNTUK UMIKU DAN KAU JAUHILAH UMI AKU DR KEBURUKAN DUNIAWI ...AMIN '
&
" YA ALLAH YANG MAHA KAYA,MAHA PENGASIH , MAHA PENGAMPUN & MAHA PENCIPTA,AKU BERMOHON PADAMU YA ALLAH, ENGKAU TEMPTKANLAH ARWAH ABAHKU BERSAMA ORANG YANG BERIMAN,ENGKAU JAUHILAH ARWAH ABAH DARI SEKSAAN KUBUR & ENGKAU TERIMALAH SEGALA AMALAN YG PERNAH ARWAH LAKUKAN DAN ENGKAU TERANGILAH KUBUR ARWAH ABAH SEPERTI MANA ENGKAU TERANGI KUBUR UMAT MU YANG LAIN..AMIN "