Showing posts with label ♥ Isu Semas ♥. Show all posts
Showing posts with label ♥ Isu Semas ♥. Show all posts

Wednesday, August 17, 2011

KISAH BENAR : PERISTIWA LETUPAN KILANG MERCUN DI SUNGAI BULUH SUATU KETIKA DAHULUDAN MENGAPA KERAJAAN MELARANGNYA..



Letupan paling kuat dan dahsyat dalam sejarah Malaysia berlaku pada petang Selasa, 7 Mei 1991 di Sungai Buluh, Selangor. Anggaran Masa Letupan ialah pada pukul 3.45 petang yang mengorbankan 26 orang di samping 83 orang yang cedera. Jumlah Kutipan Derma Tabung Bencana dianggarkan sebanyak RM935,688.18.
 

Kekuatan letupan dan kesan kemusnahan yang dihasilkan menyebabkan tragedi itu turut digelar ‘Hiroshima Sungai Buluh’ berikutan ledakan menggegarkan itu diibaratkan seakan-akan peristiwa bom atom dijatuhkan pesawat Amerika ke wilayah Jepun itu semasa Perang Dunia kedua.Begitulah andaian kesan letupan 200 tan belerang yang berpunca dari sebuah kilang mercun di kawasan itu sehinggakan percikan bunga api dan serpihan bertebaran jauh malah kesan gegaran dirasai sehingga tujuh kilometer dari lokasi tragedi. Bunyinya yang kuat bagaikan letupan bom berkuasa tinggi dan kesan gegarannya memecahkan cermin tingkap rumah di bandar Seri Menjalara dan Selayang, yang terletak kira-kira tujuh kilometer jauhnya dari kilang itu.

Jika kawasan sejauh itu mampu musnah dan rosak, dapatkan anda bayangkan keadaan mangsa yang berada hanya beberapa kaki dari bahan letupan itu ketika ia meletup? Tragedi kilang mercun itu meninggalkan kesan sejarah besar kepada negara, sekali gus mengubah polisi negara untuk terus mengharamkan sebarang aktiviti mercun termasuk sempena perayaan walaupun sebelum ini dibenarkan malah dihasilkan kilang di negara ini. Cerita tragis itu bermula kira-kira jam 3.45 petangapabila tanpa diduga, secara tiba-tiba saja satu letupan besar terhasil dari satu kawasan di dalam kilang itu. Bukan sekali, letupan kedua seterusnya menyusul kira-kira 10 minit kemudian.

Sengsara itu masih belum berakhir apabila letupan ketiga dan yang paling kuat, berlaku jam 4 petang dan dirasai lebih empat kilometer. Lebih 20 letupan kemudian terus berlaku sehingga kepulan asap yang dipercayai paling dahsyat dalam sejarah negara boleh dilihat dari jarak lapan kilometer. Berpuluh-puluh pekerja yang kebanyakannya baru memulakan sesi tugas petang pada 45 minit sebelum itu kelihatan menyerbu pintu keluar kilang bagi menyelamatkan diri daripada dibakar rentung atau terus hancur akibat letupan berkenaan.

Kekuatan letupan itu memang menakutkan, ia menggegarkan kawasan sekeliling menyebabkan banyak rumah runtuh atau terbakar. Bukan sekadar rumah, beberapa kilang termasuk kilang makanan haiwan, kilang papan dan kilang bahan pewarna makanan yang berada berdekatan turut terbakar. Berpuluh kenderaan termasuk kereta dan motosikal musnah. Letupan itu turut menggemparkan penduduk sekitar termasuk anggota tentera di Kem Tentera Sungai Buluh yang hanya terletak kira-kira 300 meter dari kilang berkenaan.Keadaan kelam-kabut terus berlaku apabila penduduk dan beberapa pihak yang berada berhampiran kilang melarikan diri bagi mengelak terkena serpihan batu, batang kayu dan besi yang berterbangan akibat letupan itu selain bahang api.

Beberapa pihak yang gagal menyelamatkan diri akhirnya cedera terkena serpihan dan api itu. Kemalangan jalan raya turut berlaku sewaktu pemandu bergegas menyelamatkan diri ketika kebakaran ini. Seorang wanita cedera di kepala apabila terlanggar sebuah kereta di jalan raya dalam cubaan menyelamatkan diri itu.

Selepas letupan demi letupan itu semakin berkurangan, kedengaran raungan kesakitan di mana-mana. Berpuluh-puluh mangsa berlumuran darah merah, manakala ratusan orang ramai mula memenuhi kawasan kejadian untuk mencari sanak-saudara yang dikhuatiri menjadi mangsa tragedi. Wajah cemas dan sugul mengiringi pertanyaan demi pertanyaan yang diajukan kepada sesiapa saja yang dijumpai untuk mengetahui nasib sanak-saudara masing-masing yang bekerja di kilang berkenaan. Bimbang mereka jika insan disayangi menjadi korban tragedi itu. Tangisan dan raungan semakin kuat kedengaran tatkala melihat keadaan ngeri mangsa yang rentung dan sudah tidak lengkap anggota badan dibawa keluar dari bangunan kilang yang hangus terbakar.

Lapan jentera bomba termasuk dua dari Kem Tentera Sungai Buloh, Wilayah Persekutuan(2), Petaling Jaya (2) dan masing-masing sebuah dari Damansara Utama dan Shah Alam tiba seketika kemudian untuk memadamkan kebakaran dan menyelamat mangsa. Lebih 50 anggota bomba bertungkus-lumus memadamkan kebakaran dalam kepayahan lantaran pelbagai masalah timbul. Tekanan air terlalu rendah, pili jauh, api merebak terlalu cepat, angin kencang serta beberapa letupan menghalang tugas memadam dengan lebih mudah. Apabila pasukan bomba tiba, api sudah merebak ke tiga buah rumah berhampiran kilang. Akhirnya pasukan bomba terpaksa menggunakan air yang dibawa sendiri dan selepas bertungkus lumus selama dua jam, mereka akhirnya berjaya mengawal api daripada merebak ke rumah lain di sekitar kawasan berhampiran.

Sembilan ambulans dari Hospital Kuala Lumpur (HKL), lima dari Hospital Sungai Buloh berulang alik mengangkut mangsa yang parah untuk mendapatkan rawatan kecemasan. Keprihatinan orang ramai menyebabkan ada mangsa dibawa ke hospital menggunakan lori dan van dalam keadaan berlumuran darah. Walaupun kebakaran sudah dipadamkan, anggota bomba tidak dapat meneruskan operasi mencari mangsa dengan mudah kerana khuatir letupan akan kembali berulang berikutan masih ada tiga tempat simpanan letupan bawah tanah di kilang itu. Dua daripada stor simpanan itu sudah meletup dengan meninggalkan kesan seperti kawah sedalam kira-kira enam meter. Bomba dan pasukan penyelamat lain terus memantau keadaan di tapak kilang itu sehinggalah ke malam. Api menyala semula di beberapa bahagian bangunan itu kira-kira jam 2.30 pagi dan anggota bomba terpaksa menyembur air bagi memadamkannya. Bagaimanapun, sehingga jam 5 pagi, tiada lagi letupan berlaku.

Sehari selepas letupan, gerakan mencari yang dilakukan bomba menemui 21 mayat yang terbunuh dalam tragedi letupan dan kebakaran kilang mercun di Sungai Buluh itu. Satu daripada mayat itu iaitu seorang ahli kimia dari Hong Kong yang bekerja di kilang itu, rentung. Pemeriksaan awal juga mendapati 83 orang cedera dan dirawat di beberapa buah hospital sekitar Kuala Lumpur. Polis juga menerima aduan mengenai kehilangan enam orang penduduk tempatan. Selain itu, 37 buah rumah dan kilang serta tujuh buah motosikal musnah dalam kejadian ngeri itu.

Polis bagaimanapun mengalami kesukaran mengesan jumlah sebenar pekerja yang hilang dalam letupan itu berikutan majikan tidak mempunyai daftar kehadiran tugas harian dan ada pekerja kilang berhampiran yang cedera atau belum melaporkan diri. Kemudian satu persatu kisah yang terselindung di sebalik tragedi itu mula terbongkar. Kilang mercun dan bunga api itu disahkan beroperasi secara haram sejak 1978 malah ia juga bertindak menyalahi undang-undang apabila menggaji pekerja di bawah umur!

Siasatan juga mendapati kebakaran di kilang mercun itu disahkan berpunca daripada bahagian makmal yang menjalankan kerja-kerja menguji mercun yang siap untuk dipasarkan. Ia berpunca daripada kelalaian pihak kilang yang menjalankan ujian bunga api di luar tempat khas sehingga terkena longgokan simpanan mercun dan bunga api yang terletak berhampiran seterusnya letupan semakin merebak.

Keadaan semakin sukar dikawal ketika kebakaran berlaku kerana tiada usaha awal memadamkan api dan juga peralatan pencegahan kebakaran tidak disediakan secukupnya di kilang itu. Hari ketiga gerakan mencari mangsa dijalankan, pasukan penyelamat menghadapi ancaman baru berikutan hujan lebat selama sejam kira-kira jam 2.30 petang menyebabkan berlakunya tindak balas kimia di lokasi letupan sehingga menghasilkan gas beracun.

Keadaan itu menyebabkan kira-kira 200 orang anggota penyelamat diarahkan beredar dari kawasan itu kerana khuatir gas itu memberi kesan kesihatan terhadap mereka di samping mengelak sebarang kejadian tidak diingini. Bagaimanapun, penyebaran gas beracun itu semakin buruk sehingga menyebabkan lebih 50 anggota pasukan penyelamat dilaporkan mengalami kesukaran bernafas, bengkak dan gatal di muka, tangan dan badan kerana terkena gas beracun itu.

Kemudian operasi diteruskan dengan anggota penyelamat terpaksa mengenakan topeng gas dan pakaian khas. Pasukan penyelamat juga menggunakan dua jentolak bagi membersihkan tapak kilang. Pada 16 Mei, pihak berkuasa melancarkan ‘Operasi Api Buluh’ untuk membersih dan memindahkan sisa bahan kimia dari kilang berkenaan. Dalam operasi itulah, petugas menjumpai beberapa lagi mayat dalam keadaan yang mengerikan, iaitu hangus terbakar sehingga menjadi rangka dan tengkorak di kawasan letupan dan jumlah mangsa terkorban dalam tragedi itu meningkat kepada 26 orang.

Walaupun sudah beberapa hari berlalu, gas toksid masih tidak menghilang, malah semakin merebak kepada penduduk berhampiran. Tujuh anggota penyelamat turut pengsan selepas tersedut gas itu.Keadaan semakin bahaya apabila walaupun sudah masuk hari ke-11, masih terdapat bara api yang muncul di tapak letupan itu tetapi ia berjaya dikawal oleh pihak berkuasa yang segera memadamkannya.



Kau orang penah lihat tak video tentang kebakaran kilang mercun di Selangor dulu.Masa itu aku masih kecil.17 Mei 1991.Aku lahir 1985.Oh masa tu aku baru 6 tahun.Patutlah aku xingat apa-apa.Masih pakai pampers rupanya.Sejak kebakaran kilang itu,kerajaan mewartakan mercun diharamkan terus di Malaysia.Tapi kenapa masih ada je sekarang.So pada kau orang yang punya adik adik yang masih kecil, awasi mereka.Aku tak pa aku tak ada adik.




Kau orang dengar tak bunyi dia kuat.Sangat menakutkan bukan.Aku ada selitkan gambar letupan .Serius aku katakan bahawa inilah kali pertama aku melihat video berserta gambar kecelekaan ini.Sudah hampir 10 tahun kejadian ini dan malam ini baru aku melihat betapa teruknya kejadian ini.


AKIBAT kecuaian ketika menguji mercun di luar tempat dikhaskan, kilang haram Bright Sparkles di Sungai Buloh, Selangor ini meletup dan terbakar membunuh 23 orang dan mencederakan lebih 83 orang pada 7 Mei 1991. - PUSAT MAKLUMAT UTUSAN
Serius  seperti di medan perang.
habis tinggal serpihan kebakaran

Oh patutla aku xingat, seragam polis pun warna biru lagi da.

Mangsa kebakiran.Ya Allah begitu teruk sekali

Antara mercun yang ditemui.

Salah seorang mangsa letupan
Mangsa yang terbenam.Al-Fatihah
Sungguh menakutkan.

Antara mangsa letupan yang meninggal.

Mayat di tanam di dalam satu liang lahad.


NotaKaki : Serius aku ngeri melihat akan gambar-gambar di atas.Semoga menjadi pengajaran pada kita.





Saturday, August 13, 2011

MANGSA SERANGAN CIMPANZI - Saya tidak lagi cacat




BOSTON: Seorang wanita yang wajahnya dikoyak cimpanzi menjalani perubahan menakjubkan selepas menjalani pembedahan pemindahan wajah sepenuhnya.

Carla Nash, 57, hilang hidung, mata, bibir dan mulutnya dalam serangan menakutkan itu. Bagaimanapun, selepas pembedahan selama 20 jam, ibu kepada seorang anak itu boleh bertutur dan merasa semula.

Wajah barunya itu didedahkan di televisyen, semalam selepas pakar bedah memberinya wajah yang didermakan Mei lalu. Carla, yang sangat lemah untuk menghadiri rancangan TV berkata dalam satu kenyataan: “Saya kini boleh melakukan perkara yang dulu tidak saya hargai.

SEMAKIN PULIH...wajah Carla sebelum (kiri) dan selepas diserang cimpanzi serta selepas menjalani pembedahan transplan (kanan).
SEMAKIN PULIH...wajah Carla sebelum (kiri) dan selepas diserang cimpanzi serta selepas menjalani pembedahan transplan (kanan).

“Saya boleh menghidu semula. Saya boleh makan secara normal kembali.

“Saya tidak lagi cacat. Saya akan mempunyai bibir dan boleh bercakap dengan jelas semula.

“Saya boleh mencium dan memeluk orang yang saya sayangi. Saya benar-benar berterima kasih kepada penderma itu dan keluarganya.” Kejadian malang yang menimpa Carla berlaku ketika dia mengunjungi rakan baiknya, Sandra Herold yang memelihara cimpanzi. Ketika itu, haiwan berkenaan berang lalu melompat ke arah Carla dan mengoyakkan wajahnya dan hampir keseluruhan tangannya.

Haiwan yang dipanggil Travis itu akhirnya ditembak polis di Stamford, Connecticut, Amerika Syarikat.

Sepasukan 30 doktor dan jururawat di sebuah hospital di Boston untuk melakukan pembedahan itu. Carla menerima kulit, otot saluran darah, urat saraf, lelangit dan gigi daripada seorang penderma yang tidak dinamakan. Pembedahan dijalani Carla adalah pembedahan transplan wajah sepenuhnya yang ketiga di AS. Carla juga menjalani dua kali transplan tangan tetapi ia terpaksa dipotong selepas dia menghidap pneumonia. Dalam satu wawancara untuk rancangan TV AS Today, Carla berkata, makanan pertamanya selepas pembedahan adalah telur dan keju berkrim.

Dia juga memberitahu, dia dapat merasa rahang dan dagunya semula. Carla berkata: “Saya boleh menggerakkan mulut dan tersenyum. Saya masih rasa lemah, tetapi sedikit demi sedikit saya semakin kuat.”

Petikan Harian Metro , Sabtu 13 Ogos 2011 

Muka Carla sebelum menjalani pembedahan 


NotaKaki : Beringatlah, binatang ni memang la seronok nak dimain-main tapi sebenarnya binatang itulah akan menjadi lawan kita.Tobat xnak wey.Semoga Carla tabah menghadapi dugaan ini.


Thursday, April 14, 2011

ADOI FUCK BUDAK HOT KEDAH...!



assalamualaikum.

uh panas betol malam ni.meks dah pasang kipas num 3 dah kot tapi stail dok panaih agi.pasaipa tatau.haha.hot hot hot.okeh² meks bgtau kenapa meks panaih malam ni ....





amboi tajuk pun dah panaih ..lau buka lagi panaih kot.uh ini kerja gile beb.walaupun meks bukan orang kedah tapi meks dok ada kawan ngan orang Kedah, bahkan dulu dok bercinta bagai dengan orang Kedah kot.Orang Tok Keling kot.tapi depa baik² je.


nuin i love u, azna i love u, botet i love u, daus ( kak jgn marah nah ) - hang baik lam satg aku ckp hang i love u bini hang tabuk aku mampuih aku nah haha , Farid ( uh aku dah xsyg hang dah aku syg Po Ok aku jer ) dan kawan² yang xsempat nak tulih ni.panjang kot.




cium untuk keghairahan yang melampau

* kesian dekat si LELAKI itu kerana mukanya femes kerana hal orang lain * bukan dia yg buat fb ni yer *



masalah utama mengenai fan page ni ialah, si giler yang memcreate dis fesbuk sangatla palat.Kenapa meks cakap palat sebabnya si giler saiko ni membubuh pic orang len walaupun orang² tersebut ( mangsa ) tidak mengenali dan tiada kaitan langsung dengan si giler saiko ini.Aduh ni satu lagi masalah dengan menggunakan picture orang tanpa kebenaran dan cuba mengaibkan orang plak tu.Uh meks xsokong idea giler si saiko yang nak mengjatuhkan orang ini.memalukan betol..


menurut cerita² yang didengar, si saiko giler ni sebenarnya adalah seorang Lelaki yang cintanya ditolak.Sangat malang bukan.Si saiko giler ni dah terbekenan dan terjatuh cinta dengan seorang gadis dari Kedah.Oleh kerana cintanya ditolak mentah² maka dengan sendiri dendam menguasai diri dan xpasal² orang len menjadi mangsa.Bodoh la dia ni.Sebb cinta kena reject je terus membenci orang Kedah.Kenapa dan mengapa..? Terok kot.


meks kesian giler dekat orang² yang menjadi mangsa page ini.lau meks sendiri kena meks akan mengamuk.xdak kena mengena kot tp tau² femes dalam kelip mata jer.Bakorr kan!



ni kot budak yang create fb tu..alosh alosh awak comel giler..rasa geram² je nak cubit pipi ,nak tarik² ...

macam² betul sekarang ni yang terjadi.Sepatutnya benda macam ni xpatut berlaku memandangkan kita berada di bawah satu payung yang sama.Meks akui memang loghat kedah agak kasar bunyilah tapi Itulah Kedah, lau Kelantan bunyinya lain, Perak bunyinya len, Penang lain.Xkenal maka xcinta.Kenali dulu orang Kedah lagumana pastu nak habak depa jahat kah, mulut cam longkang kah apakah terpulang la tapi mesti INGAT xsemua mereka macam tu.lawak orang kedah ni lain sikit kot...


dan bila jadi perkara begitu meks percaya orang² Kedah xkan berdiam diri.Xsampai 10 minit meks mengikuti fb si giler saiko ni terus meks perasan ada fb yang anti dgn fb tersebut


oh rupanya si saiko comel² tu nama dia APPLE FREAK.awat pelik lagutu nama dia cheq oi..Laki kah perempuan ni...comel² je nama.satg meks nak tukar namo fb jugak la..nak boh BETIKK.haha..syok pa weih..kekekeekeke..



macam biasa ampa kena cium dulu baru leh baca dengan tahap extremm..okeh!!

HOHOHO tatau tatau..rakyat Kedah sudah hangin dah.Dak kata kat Kedahla lau kena kat negeri kita pun kita terasa jugak kot.



oleh kerana kita hidup di dalam kepimpinan demokrasi, meks selaku rakyat Malaysia ingin mengesyorkan korang² semua supanya REPORT je fb ni , dan sekiranya kita menang dalam undian ini maka dengan sendirinya FB ini akan terdelete dan sapa² yang setuju supaya kita REPORT Fb ni SILA ANGKAT TANGAN MACAM SAYA...


Kepada si APPLE FREAK anda telah mengundang kemarahan seluruh rakyat KEDAH.


apa² pun TAHNIAH KEDAH sebb menang bola semalam .KEDAH [ 2 ] vs NEGERI SEMBILAN [ 0 ]




janganlah gadoh plz..kita hidup dalam satu negara perlu la bersatu padu.Bila kepimpinan pun dah xbetoi rakyat lagi la xbetoi..AKU PUN XFAHAM BETOI..APA NAK JADI PUN TATAU..



sekian terima kasih!!!




p/s : fesbuk ni kadang kadang memang menjahanamkan bila kita salah gunanya! haih! haih ! haih!! kita bako kita bako kita bako



SILA KLIK OLDER POST

Sunday, March 6, 2011

317 : Isteriku Robot

assalamualaikum

arghh pagi ahad yang sangat malas dan lemau.Malas betul p kerja ari ni.Semalam xdpt tido.zzzzzz...tido satg kat opis kot.haha.teruk betul...

ampa baca dak lagi Berita Harian Edisi BMDUA [ bole klik SINI ]..uits hebat bebenor la orang Jepun ni.Depa leh cipta Robot yang boleh mengambil alih tempat wanita.terer terer terer.memang meks tabik spring la dekat sainstis depa.Pulun sungguh depa ni..


Foto

mengikut artikel itu

" Kehadiran robot ini bukanlah masalah sebaliknya satu hikmah andai memudahkan urusan orang ramai seperti membantu golongan memerlukan baik yang kurang upaya dan warga tua, namun jika sudah sampai menyalahgunakan kemajuan teknologi untuk menghasilkan mesin kaku menggantikan fungsi sebenar manusia, ia bukanlah sesuatu yang boleh dipertimbangkan lagi. "

tetapi,
" Maka lahirlah gelaran isteri tiruan yang mungkin pelik bagi kita tetapi satu keseronokan kepada segelintir insan yang mengutamakan nafsu. Situasi yang tidak dapat diterima akal ini dilihat sebagai satu bentuk diskriminasi zaman moden, dengan menterjemahkan perkahwinan sebagai hubungan antara tuan dan hamba.

Buktinya, bulan lalu, robot perempuan dihasilkan oleh sebuah syarikat Britain sebagai alat bantuan seks. Ia digelar 36C berdasarkan ukuran dadanya. Ia menyusuli ‘kelahiran’ robot perempuan seperti Actroid - setiausaha serba sempurna oleh saintis Jepun pada 2003 dan robot projek Aiko pada 2007 yang boleh bercakap dalam bahasa Jepun dan Inggeris, yang dicipta di Kanada.

Bagaimanapun, kelahiran Actroid dan Aiko lebih mulia peranannya berbanding 36C yang dicipta seorang jurutera elektrik dan saintis komputer Amerika Syarikat, Douglas Hines, yang pernah bekerja di Makmal AT&T Bell.
Hines turut berterus terang yang rekaan terbarunya, Roxxxy itu adalah ‘robot seks.’

“Ia adalah hamba cinta,” kata Hines ketika ditemubual ABCNews.com ketika itu sambil menambah ia berharga antara AS$500,000 (RM1.5 juta) dan AS$1 juta (RM3 juta) dan mengambil masa sehingga dua tahun setengah untuk dicipta.

Pelanggan yang mahukan Roxxxy sebagai teman boleh meminta syarikat berkenaan menghasilkan robot mengikut kehendak mereka. Bagi menghasilkan robot yang kelihatan dan dapat beraksi sebagai pasangan sesuai, pelanggan perlu mengisi soal selidik untuk memberikan petunjuk kepada jurutera mengenai personaliti robot berkenaan.

Walaupun prototaip robot itu dihasilkan berdasarkan seorang penuntut wanita kulit putih dengan ketinggian 1.5 meter dan 54 kilogram berat, pelanggan boleh memilih warna rambut dan mata,
 
urm xnak la cakap banyak,Tapi yang pasti lepas ni meks pasti ramai yang akan jadi macam ni

-
-
V

 


sebab pemalas sangat.Semua robot nak buat.Fungsi manusia pun dah xnampak manusia sangat dah!!!! 




oke sekian!!
NotaKaki : tapi lau memang dasar pemalas tu pemalas la jugak gemuk jugak..!!!

Friday, January 28, 2011

299 : Guru dipenjara 11 tahun, 10 sebatan.........Guru Pa Macam Nie

[ assalamualaikum ]


aku terbaca soratkabar pagi ni..tiba tiba





Guru dipenjara 11 tahun, 10 sebatan


MELAKA – Sepatutnya seorang guru perlu memberi contoh teladan yang baik kepada masyarakat terutama bab penyalahgunaan dadah yang menjadi musuh nombor satu negara.
Namun semalam, seorang guru Bahasa Melayu sekolah rendah di Tengkera dihukum penjara 11 tahun dan 10 kali sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini atas dua pertuduhan memiliki dadah tahun lalu.
Hakim Datuk Ahmadi Asnawi menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd. Sallehin Abu Samah, 29, yang mengaku salah dan selepas meneliti semua fakta kes yang dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Salwa Mhd. Asrar.
Pada pertuduhan pertama, tertuduh didakwa memiliki dadah jenis kanabis seberat 270.86 gram di tempat letak kereta Jalan Melaka Raya 3, Taman Melaka Raya, Bandar Hilir pada 11 Mac 2010 pukul 7 petang.

sumber : kosmo

NotaKaki : Aku rasa terus hilang respek bila ada segelintir guru yang sanggup menggadai dan merogol kesucian dan kewibawaan profesion seorang guru.Sepatutnya guru menjadi contoh yang terbaek untuk masyarkat di luar.Tapi sebaliknya yang berlaku.Nak kata tiada didikan agama dan tidak mempunyai kelayakan yang bagus , xmungkin....Tapi fenomena yang berlaku dalam negara skrg ni yang mana profesion perguruan dijadikan sebagai pilihan utama sebagai jalan mudah setelah tidak mendapat pekerjaan.Ramai sangat dah skrg bila habis belajar,apply untuk menjadi cikgu walaupun mempunyai Ijazah / Diploma .Profesion perguruan zaman sekarang tidak seperti zaman dahulu yang menjadikan profesion sebagai satu amanah yang sangat berat.Korang sendiri boleh membezakan sendiri...apa yang pasti skrg " MUDAH SANGAT SEKARANG NAK JADI CIKGU " kerana nila setitik rosak susu sebelanga.


Wednesday, January 5, 2011

274 : ALAHAI KHAIRUL FAHMI CHE MAT....

.salam.



yeah perot sudah kenyang mengalahkan ular sawa yg kekenyangan tapi lau ada lagi lauk depan mata mmg ngap lagi.haha.Terbaek bukan selera aku ni.haha.ok biarkanlah...



hehe. ' TSUFAHMI ' mcm best je bagi dekat KFCM skrg ni.Femes terok doh.nak femes jugak nak femes jugak.Dush kena kukubesipenumbak kat kepala.Ada hati.kau tu sapa yani, KFCM tu sapa.Haih..baeklah saya dah sedar diri dah.Okeh! tutup kes!!!!!


ari² mesti buka fesbuk KFCM.bukan apa pun cuma nak tgk komen² wall dari peminat dia yg sgt obses gilababasnyer.hebat sungguh mu Fahmi.lawak giler rasa.hehehe.


Tapi aku secara peribadi mcm nampak si KFCM ni macam budak lurus je orangnya.Xtau.Tengok air muka baek dan jenis bukan playboy.Kalaula si KFCM tu jenis melayan perempuan mmg habes terok la si Elia tu.Boyfren hensem terok adehh......xleh nak teruskan ayat untuk menyatakan kehenseman anda wahai KFCM.....


tengok kenapapa dirimu sungguh baek hati..cair plak aku bila boyren backup aweks dia.! dush aku lempang dekat mr sugardaddy .



orang luar je yg over melampau sebb KFCM da ada aweks.aku rasa korang leh pikir kan sapa punya kerja yg dok wat stail dengki lau BF yg hensem da ada aweks kan.urm xtau..xnak ckp lebih kan ada org saman aku.! rileks der!!!



tapi yg mendoakan kebahagian KFCM dengan aweks dia aku hargai.Tabik spring doh aku dkt orang mcm ni.Terbaek.musti baik budaknya.


lepas ni aku doakan ko cepat dapat jodoh plak yer.hehe.Amin.



tau xper



mmg dia beruntung sgt





eh eh xper ker x ni .Haha.oke korang tgk dalam fesbuk KFCM.macam².Apapun kita doakanlah hubungan mereka yer.Biar dorang hidup tenang aman damai mcm Desasiswa AMAN DAMAI USM.haha.sgt terbaek.



tapi yang lebih penting adalah.


-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-






oh gomo kelate gomo.!!!




HIDUP KELANTAN.!!!!!




Notakaki : bangga heh jadi anok jadi Kelate.wase nok kecek klate jah ni.tapi takot xdop ore nak baco belog ambo kalo ambo tulih dale loghat kelate.Cian ko gu lawe..!! ahahaha.

Tuesday, January 4, 2011

270 : KENAPA IKAN PAKAI JACKET/IKAN BAJU BESI..kenapaaaa!!!




.salam.


Semalam aku pergi Hypermarket sebelah dengan opis aku ni ha.Pantai Timur Mall.balik opis terus pegi.Opis pun tutup awal sebb dah janji dengan kawan.ada hal nak dibincangkan.Bisnez baek punya [ ikut gaya zizan okeh , haha ] 


Aku suka shopping kat Hypermarket ni walaupun nak beli ayam sekor, ikan 2 ekor.sebbnya  aku  menang malas nak teresak² pergi pasar.tobat weih malas sebb dah hbs opis hour mmg ramai giler.parking pun susah.baik beli Hypermarket walaupun kadang² ikan²dngan stok ayam macam dah lemau.tapi xsah jadi perempuan lau korang xpandai nak menengok ikan tu buruk ke ikan tu segar.tengok tang mata lol, lau mata ikan merah maknanya ikan tu dah buruk...then lau isi ikan dok lebam² xyah la beli.rugi..! okeh pada para ibu/makmertua/kakakipar/abgipar boleh ambik saya jadi menantu/adikipar/kakakipar.hehe


oke.semalam beli udang dengan ikan.Haha.aku lupa nak ambik gambar tapi pakcik google ada bila kita memerlukannya.bertukar.........

[ ikan ni la...]


oke.lau ikut aku yg ore kelate sejati ni panggil ikan ni ikan Konge.pandai x nak sebut tu.KO-NGE.ha betul dah tu.haha.aku pun xtau la kenapa panggil ikan KONGE.lahir² je dah org panggil, aku pun panggil la.hehe.so aku ambik la 2 ekor.Cukupla tu sebb kat rumah aku ber3 je.Umi, abg , aku.xramai.so xpayah beli banyak².then nak pergi timbang.pergh sgt kelakar gila.
maka bermulala cerita :


aku lengang² kangkung ke kaunter timbang


yani : aku bagi ikan aku kat jurujual tu.[dlm hati aku bermonolog, mesti keje part time tunggu SPM ni, muka suci gila tapi lelaki ]jurujual : kak ikan gapo ni...
Yani : ikan pakai jacket..
jurujual : hah..? toleh dekat kawan dia.[pening cari kod bar ikan pakai jacket ]
jurujual : kak, xdop pun ikan pakai jacket sini..namo saintifik dia gapo.sayo baru kijo sini.
Yani : alosss..urm..pikir kejap.Urm ikan Cencaru.[ dlm pala sedo budak ni.]
jurujual : ho adow doh kak..nak kelik[balik] bakar ikan ko kak.
Yani : hola dik heh..lapo perot la kato....hahahah [ terus blah ]

aku pun tergelak sorang² semalam.Hadeh ada juga yg buat kelakor antarabangso.Silap aku jugak kot sebb p cakap Ikan Pakai Jacket.Dahla lelaki yg jaga kaunter, budak baru plak tu.mesti la dia xtau.hehe.


kenapa ikan pakai jacket  ek.aku pun ddulu panggil ikan Konge je.lau p key el lumpo lpun au nak makan ikan ni sebut slow² je sebb xtau bahasa bakunya.haha.jakun bukan.ye tahu aku mmg jakun.haha.Malu weih lau aku order ikan Konge sah² makcik kedai tu gelakkan aku.


Serius denga orang panggil ikan pakai jecket/ikan baju besi ni masa study USM dulu.masa tu 1st day daftar kat USM.Cafe Desa aman damai.hehe.

yani : makcik tolong yang saya punya makanan..?
arwah Cik Som : lauk apadia dik.mai sini Cik Som kiro noh..
Yani : urm..aku garu² kepala..senyap sambil tunjuk ikan ni..
arwah Cik Som : oh ikan pakai jacket...
Yani : ohh..ikan pakai jacket rupanya ni[ dlm hati je la ]
arwah Cik  Som : bla bla bla....


haha..rupanya Arwah Cik Som lagi adband dari aku doh.haha.serius aku jakun.lalala.korang jangan gelak aku weih.Malu.Sampai skrg la ikan pakai jacket ni lekat aku panggil.hehe.sedap ohh isi dia.Bakar cicah air asam mmg jilat jari r..haha.


 pic google



korang panggil ikan ni ikan apa.Ikan Baju Besi/ikan Pakai jacket/ikan cencaru ker.Kulit dia tebal kan.Tapi sedap lau ikan tu segar bugar macam aku.lalala.lau umur muda² macam aku ni ha [ kembang idung ni ] mmg panggil ikan ni ikan pakai jacket kot tapi lau makcik², ibu² skema sikit kot panggil ikan cencaru.Yang penting maksud sama , bila makan habes , kenyang masok tido.zzzzz!!!


269 : BILA KHAIRUL FAHMI & ELIA ........

.salam malaysia .ada baekkah ?





Skrg ni kiri kanan orang dok crita pasal Khairul Fahmi Che Mat & Elia : Short & Sweet .Femes mengalahkan Dato K dulu masa kena gosip dengan Dato Ct Nurhaliza.Serius fenomena KFCM meledak cm gunung brapi dekat Indonesia.Betapa femesnya abe kito soram nih.Tabik spring sikit.


Serius, saya suka pasangan ni .Kekasih Khairul Fahmi pun cool habes.Memang seorang yg sangat cool mcm mat cool.buat rileks jer.Orang len plak yg tolong sakitkan hati fikir pasal hubungan dorang.nampak sangat dengki.Jangan dok dengki weih.Kawan baik aku pun Cik Yana bercinta dengan pemain bola PKNS, dulu main dengan negara tapi cool je.Mayb sebb pemain bola tu dah xsehebat dulu, sebab tu awek² xpandang sangat.


aku pernah buka fesbuk KFCM..ada la peminat gegurl yg konon sweet, ambik pic edit cantik punya konon nak mengayat si KFCM.kesian dekat stok perempuan cm ni.Bila kawan tu dah femes, poket tebal baru terhegeh² nak minat la, i leb u la i adore u la..bla bla..Dulu masa KFCM main dengan Kelantan , xsuka...sebb apa sebb isu kenegerian la kan.Semua yg Kelantan busuk tapi bila si KFCM dah femes, terhegeh² menonjolkan diri.Haha.makcik emo pagi ni sebb xmakan lagi.kakaka.


Tempias KFCM terkena dekat si Elia.Kesian dia.Ada plak yg bongok buat fesbuk kutuk² dia.Biasalah manusia ni bila ada perasaan hasad dengki , mcm ni la jadinya.Sangat ngok!! Biarlah dorang dengan kehidupan mereka.Jangan kaco.dorang xkaco korang pun.Dorang xmintak satu sen pun duit korang.Cukuplah kita meminatinya atas dasar peminat dan jangan memecah belahkan hubungan dorang.Biarlah elia nak berbelog pun,belog tu wujud sebelum KFCM femes lagi pun.Aku dah lama dah jadi silent reader belog dia, sejak Kelantan menang Juara, xkecoh pun.


Bila dah femes, hensem plak tu ada la plak artis² negara yg ketegori gedik ni terjatuh cinta.Xpayah la aku sebut tapi yang penting sangat la over artis mcm ni.Nampak sangat mementingkan harta.Dulu xfemes, pandang jeling guna anak mata pun xmau tapi skrg PERIGI CARI TIMBA.buat malu golongan artis la tue.


aik, aku plak yg tolong emo pasal pasangan ni.Hahaha.Jangan dimarah..nanti cepat tua.ngeh².terbaca dalam belog Elia : Short & Sweet mengenai N3 KFCM diterumah oleh SOKERLEAKS.haha.terhibur gila membacanya.


tapi 1 je aku respect dekat Khairul Fahmi ni mengenai awek dia..

SokerLeaks: Jap, kemain setia dan yakin sekali gua tengok statement lu tu.
Khairul Fahmi: Bro, gadis ni la yang follow gua dari bawah. Masa gua main Piala Presiden dulu dia dah kenal gua. Masa gua tak tahu gua nak naik macam sekarang lagi dia dah sapot gua, apa nak lagi?

so aweks² dan para artis² yg buget hot tu makan asap la nampaknya.jangan dok berangan lebih.Elia cinta mati dia doh.Jangan jadi sakit hati sangat dengan pasangan ni.syuh syuh syuh p main jauh².





Notakaki : Harap KFCM mengekalkan mementom sebegini dalam liga Malaysia nanti.hehe.Jangan cepat hanyut dengan pujian yang diberikan dan untuk Elia banyakkan bersabar.Allah swt akan sentiasa bersama dan ganjaran yang lebih tinggi untuk orang yg bersabar dengan dugaanNya.Insyaallah.

Monday, January 3, 2011

267 :BILA KEMENANGAN DIPERTIKAIKAN...!!!

.salam.


hehe.awal malam ni aku update belog.hehe.dah 3 hari masok tahun baru, mcm syok jugak.hehe.! start 1st Januari 2011 aku on diet.Waleweeeh siot habes .buget nak hot.kikikiki.makanan utama aku sup dengan mushrom sup dengan roti.sedapppp...!! mintak² leh kurus.! haha.


oke.macam biasa buka mukabuku yg dah xbest.kan serius xbest.dah xmcm dulu.Dulu wajib dan harus membuka  mukabuku xkiralah bz mcm mana pun.lau xbuka 1 hari xsah.!! ngeh².aku ckp akula kan..deme aku xtau..!!


kadang² fesbuk ni bagus lau kita pandai menggunakannya.Fesbuk boleh cari kawan dan fesbuk jugak boleh jadi lawan.Ha yg ni mmg kena beringat la yer.mcm ngek plak kalau ada fesbuk dok bergaduh bagai kan.

skrg ni dah ramai yg dah menyalahgunakan fesbuk.Fesbuk dijadikan sebagai tempat untuk memaki, mengutuk , menghina dan fesbuk juga la yg memecah belahkan manusia.apa nak jadi la kan.


sapa tuan punya admin ni yer.Betul ker pasangan kembar negara.Tapi dalam tu semua kutuk² Malaysia. mcm sial je fanpage ni.Kewujudan fb kami kemba terhebat ni ekoran dari ketidakpuasan rakyat Indonesia terhadap kemenangan Negara kita dalam perlawanan akhir Piala Suzuki baru² ni kot.Nampak sngt la orang² Indonesia ni sgt tidak ' bermaruah ' kerana masih mempertikaikan kemenangan pasukan kita.APAKES!!!

dalam fesbuk Kami Kemba Terhebat pun dorang kutuk gila² negara kita.Hadoi rasa nak marah pun ada.Haih dorang ni xsedar ker apa .Suka² jer nak kutuk negara orang.BTW kemba pun salah eja ada hati nak caras negara orang.

kesian dekat pasangan kembar negara kita, xpasal² menjadi mangsa kutukan.Lau la aku jadi pasangan ni aku saman.Peduli apa...nampak sgt dorang menjatuhkan maruah, kredibiliti anda.!fikir²kanlah...hehe


Notakaki : orang² Indonesia xsedar ke Malaysia tempat dorang mencari rezeki!!! 


contoh² yer kawan².





lau nak lebih tengok dalam fb ni.aku xLIKE pun.Mcam bodoh plak lau aku LIKE.Lau LIKE sama bodoh dengan orang yg buat fesbuk ni.Tapi lau xLIKE mcm ner nak balas² komen.DALAM DILEMA!! hahaha

Thursday, December 30, 2010

259 : KENAPA JUMAAT ....!! sabo jela kak piah



xpuah hati cuti ari jumaat.! Kat Kelantan mmg cuti ari jumaat.Dem dem dem.......hahahhaah..bulex nak anta surat dekat abam najib kita.!! haha


apa² pun tahniah untuk pasukan negara kerana telah menjadi Juara.! hehe!!
cayok²..!
apek terbaek!!!
Notakaki : esok mau pergi terengganu.Hahaa.Sambut new year di Terengganu kot kali ni.Sedih tripod camera hilang.Umi xtau letak mana!!

Wednesday, December 29, 2010

258 : SURAT DARI ADIK UNTUK ABAM RIMAU..!!




mood : yakin boleh..


+ assalamualaikum +



dear abam Rimau..,

abam rimau main elok² malam ni tau.abam buat semampu boleh.Abam jangan takut tau.Lau abam takut, adik pun takot.! abam belasah garuda.Rimau dgn garuda mesti rimau menang , kan abam kan..? cayalah abam rimau.Abg rimau kan ganaz.xder orang boleh lawan keganasan abam tau.Adik pun takott............!!!


abam rimau , nanti lau garuda boo pun abam buat pekak badak je la ye.Alah kacang je nak kalahkan garuda.Buat macam abam makan bakso.urm.pergh bakpo xsedap pun abam kan.Yaks!!! Abam rimau tunjuk gg taring abam rimau sikit, biar garuda lari ..biar patah sayap garuda.


abam rimau, adik nak pesan.nanti lau Julia Perez  menengok jugak dekat Stadium , abam rimau pakai Spek Rayban yg adik bagi tau.Ala dia nak pakai Coli Laser ker apa ker, biar dia la..dah dia rasa dia menarik tertarik de boom, padahal adik² kat Malaysia lagi ayu dan sopan santun.xpayah nak tunjuk²...kan abam kan..

abam,

adik doakan abam rimau jgn segan silu menunjukkan kehebatan abam rimau ye.Adik² di Malaysia sentiasa mendoakan kejayaan abam.Adik nak pergi Indonesia tapi tiket flight habes dah.Adik xmola masuk negara garuda naek tokang, buat malu negara ja haih..!

abam..sekian terima kasih.! abam kirim salam dekat apek yer!! hehe.yakin boleh abam rimau yer.Abam rimau yang terbaek...Ngaummmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm!!!!Abam dengar tau lagu adik bagi ni.Sure abam gedik².




Notakaki : Sukasuka hati je Indonesia nih.Panaih hatiii!!