Showing posts with label ♥ tahukah anda ♥. Show all posts
Showing posts with label ♥ tahukah anda ♥. Show all posts

Thursday, November 24, 2011

HACKERS INDONESIA HACK LAMAN WEB 1 MALAYSIA

Salam sejahtera , tamatlah sudah perlawanan bola sepak ( akhir ) bagi sukan Sea 2011 dimana Malaysia berjaya memiliki pingat emas kerana berjaya menidakkan pemain Indonesia dengan kelebihan satu ( 1 ) gol penalti selepas seri satu ( 1 ) sama dengan pasukan garuda merah putih. Seperti yg dijangka , pastinya ada sesetengah pihak akan menggunakan alasan kekalahan ini bagi menyatakan rasa tidak puas hati mereka.

Namun pun begitu , kurang laman yang menjadi mangsa kali ini , mungkin ini suatu keputusan yang terbaik bagi penggodam ( hackers ) , namunpun begitu , masih terdapat beberapa laman yang diceroboh. Tetapi hanya melalui pencerobohan biasa , kali ini serangan pihak Indonesia diteruskan terhadap laman peribadi Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Saat penulisan KH ini , laman utama iaitu http://1Malaysia.com.my masih belum dideface , screen shot :


KH menerima laporan laman tersebut dideface di folder ( dir ) /1/ , mungkin bagi melambangkan 1 Malaysia. Mungkinlah...

Screenshot :


Sumber : LAMAN BERSAMA MUZ


NotaKaki : Rakyat Indonesia ni memang BANGSAT.

Monday, January 10, 2011

285 : PANTANG LARANG DALAM BUDAYA KITA...? APAKAH...!!


.salam.


alhamdulillah ari ni dah 10th of January 2011.Dah masok 10 hari melangkah ke tahun baru tapi syok.!Walaupun permulaan tahun baru yang agak sadis tapi xper itu sebagai cabaran hidup.! chewahh terbaek ayat..tabik springg dowh....!!!

okeh balik dari opis smlm..sembang dengan umi jap 

umi : adik..mana garam...marin ( semalam ) umi suh beli xbeli²

yani : owos ( alamak ) lupa r umi..meta² agi suh pokyeh g beli deh.

after sejam rupanya aku tidor..Astafirullahalazim.Bangun² pun sebb Cik Lo'Lo bunyi.Banyak giler masok notifications fesbuk + msg dari kanda...korang jngn ikut perangai aku ni..xelok tido lepas Asar tapi balik kerja penat dowh.!! nak² hujan lagi la masyokkkk haram xingat dunia...ngeh²...

aku ingatkan umi aku dah suruh si Pokyeh p beli garam kat kedai yg jaraknya teramatlah dekat.Jalan kaki 2minit xsampai.Rupanya Pokyeh xder rumah.Ok fine.Aku ckp nak g beli tp dok lengah² sampaila ke kol 7.Tengok terok kan perangai aku.haha..umi maafkan saya okeh...esok sy janji sy pergi beli barang dapur la..haihh...apa la aku ni..pemalas....

then aku ckp kat umi , nanti malam sy pergi la beli..then umila mula teks khutbah dia.

umi : haih mana ada orang jual garam malam²

yani : bakpo plop..kedai Tuan Pa tu hbs garam ker..? [ terasa sgt ngok tyme ni ]

umi : haih budak ni..orang tua² cakap garam mana boleh jual tengah malam...xelok..ada pantang larang..

yani : betol ker umi...xtau pun..

umi : urm mana nak tahu..balik kerja main fesbuk , malam pun depan laptop..ari cuti tubek ( kuar ) derak ( jalan² )

yani : hahahaha...sampai hati umi oyak gitu..xpo² tapi mmg betul pun..hahahha..



hahah..terbaek bukan umi aku.!! wakaka..sekali kena smackdown kaw² punya.wakaka..tapi um aku cool okeh.sgt sporting ..!!!


oke lupakan yg itu..cuma yang aku nak higlite kan disini betul ker garam xleh jual waktu malam..pelik tu..korang tau x apa pantang larang dia.serius doh aku xtau..mcm jakun jugak aku ni..kata dunia tanpa sempadan, hanya di hujung jari tapi xtau jugak..argh tapi xsemestinya kan..sebb ni cerita tok nenek kita.


sepanjang hidup aku xbanyak yang aku tahu pasal pantang ni.biasalah generasi Yuna beb..mana nak tahu..wakakkaa..lau generasi Ala kassimmm..Ibu mertuaku mayb aku tahu..lagipun xder siapa nak bercerita..Umi aku pun xpernah nak bercerita lau secara kebetulan barulah umi nak bercerita.so how can i know that.[ wah speakang dowh, hebat...ngeh² ]...


pantang pertama :


masa ni aku kat Kedah nak menghantar kakak aku study UUM..tyme ni lau xsilap aku baru form berapa ntah..xsure la..tapi aku still ingat masa tu...Kakak aku nak beli jarum nak pinkan kat tudung..kat area UUM tau jela kan, kawasan ceruk hutan..dekat Changlung masa tu xder banyak kedai mcm skrg..! aku dgn kakak aku pergi kedai bawah hotel murah kot ..waktu tu mlm..kedai cina plak tu..tapi taukey kedai tu xmo jual sebb dia kata pantang bagi orang cina lau jual jarum waktu malam.Sian kakak aku pasrah jer malam tu..xdpt nak pakai cantik² esoknya..wakaka..padan muka kak bojan..!! tapi itu pantang orang cina bukan pantang orang melayu kita kan tapi pantang la jugak..kata 1 Malaysia..Universal r..wakakka


pantang ke2..


aku xtau la betul k x..tapi kita mmg xleh ek membeli belah  pada hari rabu.Orang tua² cakap mmg suwei r hari rabu lau kita dok shooping.aku xtau samaada benda ni betul atau x tapi itulah yang selalu aku dok dengar.apa alasannya aku sendiri xtau...korang tau..? share mai tengok apa alasan dia...!!Tapi aku rasa lau pantang ni mesti jadi benda buruk ler kan lau kita xikut kan..? betoi ek!!




ha mcm man weih.Aku sebenarnya selalu sgt lol dok shoping ari rabu tapi xder menda buruk berlaku pun.Alhamdulillah bukan nak cakap besar..Xtau la kan lau benda nak jadi secara kebetulan kan.Semua tu kerja Allah swt ..Sebb tu yang baek semuanya datang dariNya dan yang buruk datang dari kita..!! wallahualam...!!


bagi aku ari² pun sama ada.sama ada suwei ker xsuwei ker tu adalah kerja Allah swt.Pantang larang ni bukan hukum Allah swt  tapi hukum manusia yang dibuat sejak dulu..kan kan kan..So terpulang la pada individu untuk mempercayainya ker x..


contoh² lain pantang larang orang dulu kala [ aku ambik dari wikipedia okeh ]

  • Jangan mencaci atau menceritakan kecacatan, dikhuatiri anak yang bakal lahir juga akan cacat. Jangan melihat gerhana, dikhuatiri anak mendapat tompok hitam atau bermata juling.
  • Jangan memukul, mendera atau mencederakan mana-mana binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahir mengalami kecacatan
  • Jangan bergaduh dengan ibu mentua, dikhuatiri mengalami kesulitan ketika melahirkan anak 
  • Ibu hamil tidak boleh melintas bawah ampaian, nanti anak gagap. 
  • Dilarang (orang lelaki) kencing atas busut, dikatakan buruk kemaluan 
  • Jangan duduk di atas bantal kerana dipercayai boleh naik bisul 
  • Jangan bergendang dalam rumah, nanti harta habis dicuri oleh orang 
  • Jangan menjahit pada waktu senja, nanti mata engkau akan buta 
  • Kalau makan nasi kena habiskan... kalau tidak nasi akan menangis

    ha ada jugak pantang larang sebelum perkahwinan [ haha ini aku suka..kan aku dah cakap aku suka bab² perkahwinan ni ] wahaha.gila gedik nak kawen nieh..

    • Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul.
    • Jangan tidur di rumah orang lain takut terkena ilmu. 
    • Jangan bebas keluar ke mana-mana kerana takut disantau oleh mereka yang mempunyai niat tidak baik. 
    • Jangan makan nasi dengan gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit. 
    • Elakkan makan ulam yang berbau busuk seperti petai dan jering. [ naseb aku xmakan ] 
    • Jangan bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri dari perkara sihir. 
    • Jangan membuang air kecil dan air besar serentak di dalam air contohnya dalam sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks. [ hahhaa, aku masih blur ] 
    • Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga. [ oh mesti syok ni ]
      haha banyak lagi ...korang usha r sendiri kat wikipedia..aku just gelak sorang²  je bila baca tentang pantang larang sebelum perkahwinan...haha..ada  44 semua tp aku bagi sikit je yer.!!!






      Salam..







      Thursday, January 6, 2011

      276 : LESUNG PIPIT PENYERI SENYUMAN EK..?

      .assalamualaikum.


      alahai hujan..sungguh lebat yer.Dari semalam sehingga ke pagi ni lena sungguh mimpiku.tapi xmimpi pun.Hampages betul.Alhamdulillah masih mampu untuk memupdatekan diri walaupun agak kebizian dgn tugasan seorang yang nak kata janda xjuga, nak kata ibu tunggal pun xjugak yang penting menjadi diri sendiri.Oh yeah ayat pujangga mariiii..



      uh kenapa ada lesung plak ni.hish hish.nak tumbuk apadia ni pagi² buta.Tensen.ambik burung pipit tu masok dalam lesung batu then tumbuk² pastu jadi Lesung PIPIT ek.haha.gelak devil dah ni.aku bukan nak jadi Chef 2 ka chef 3 kah..tapi nak bercerita mengenai lesung pipit yang ada kat wajah manusia.haha.Terima kasih pakcik google.




      uh cantik minah ni uh.auw jeles mak.i like.kenapa la dia ni cantik.Alhamdulillah Allah swt menciptakan manusia sebaik² ciptaanNya.eee gojes.oke terlalu jeles sampai nak tumbuk² cermin ..grrrrrhhorang² yang memiliki lesung pipit ni mmg diakui sangat la comel..Nak² lau lesung pipit tu dalam.bagi aku aku suka tengok lesut pipit tu kecik².belah² mulut tu auwww comel².hehe..aku pun ada lesung pipit tapi malu r nak tunjuk.[ nyorok² ] hahaha.



      xtau sapa dia tapi cantik.Pakcik google tq.senyuman mu menawan la ...adoreee!!


      Perempuan yang ada lesung pipit mmg maneh je senyuman dia.Adoii aku pun nak maneh jugak.Kena boh gula banyak² xpun minum air maneh sampai kencing manis.[ haha , gelak konyak bibir lagi ] kawan aku Puan Siti Zaliyana pun cantik giler.Dia ada lesung pipit dua² belah pipi.Oh gojess gila babas sampai aku jeles sampai bengkak hati [ haha, stail jeles kat orang ni ] tapi diulangi Puan Siti Zaliyana okeh.nampaknya xleh ngorat.Dah kawen!! muktamad.


      nampak 1 je lesung pipit..satu agi xnampak.wedding day outdoor photooshoot kat depan Istana Kubang Kerian, Kelantan.


      Tapi lau lelaki yang ada lesung pipit macam ner.Hensem ker atau jambu.Haih jambu apa..jambu air kah, jambu batu ka atau jambu asam boi.woih kalo asam boi sodap uh.Nak g beli la sat g..waakakak..melalut dah ni.[ makcik lapo terok ].



      uh Awal Ashaari ada lesung pipit weih.Hensem weih dia ni.Awek pun cun.Cair gila² lau tengok Awal dok mengacara.Adakah orang yang macam awal ni yang ada lesung pipit orang akan panggil JAMBU.Bagi aku xdernya jambu pun.hensem tetap hensem xyah dok corner² kot len.!! laula dapat boyfren sehensem mcm ni confirm setia nak mampus..!! ngeh²



      gambar hiasan ' tapi baby ni comel, geram ler '



      haih kalo budak² plak yang ada lesung pipit macam ner.Hensem kan kecik² baru je lahir dah ada lesung pipit.Dalam hati mesti pikir esok² dah besar mesti hensem/ cantik.Bertuah betol sapa² yang memiliki lesung pipit sebb bukan semua memilikinya.Laula da rawatan yang boleh membuat lesung pipit ramai dah rasa yang sanggup berhabes duit semata² untuk kelihatan cantik.pooodah..sungguh plastik cam tupperware.! ngeh².



      Sebenarnya orang yang memiliki lesung pipit ni satu bonus keatas diri dia.Lau lesung pipit dalam 40 kaki sekalipun lau perangai xelok buat apa.Lesung pipit dalam, senyuman cantik tapi hati busuk haih orang dah xpandang dah cantik tapi orang akan cakap ' alahai kesian dia, cantik tapi perangai terok ' ...oh no hbs kecantikan asli tu hilang.Yang penting budi pekerja yang mulia itu yang lebih bermakna.Bila hati yang bersih, suci , berbudi pekerti orang mesti cakap ' alahai bertuahnya dia, dah la cantik/hensem baik plak tu, bertuah sapa² yang dapat memiliki dia ni.Alhamdulillah.



      oke, xder dah sekian terima kasih.!!

      Monday, November 22, 2010

      228 : LELAKI KA PEREMPUAN KA TETAP SAKIT MENTAL OKEH..apakes..?


      Tarikh & masa : November 22 2010, Isnin 12.05 am
      Mood : Happy ..awk terima kasih
      Background Music : SOLO - IYaz..terjatuh cinta sudehh


      .assalamualaikum & very good morning to all ampa semua.haha.Sgt broken kan.abaikan okeh.


      Sisipan Kesihatan , Mingguan Malaysia , 15 Ogos 2010.


      haihh macam mana ni ampa.Muda2 dah dapat gelaran sakit mental.Hayooo mmg boleh mental dibuatnya.SHOPAHOLIC...wow wow wow..


      Menurut Pensyarah di Jabatan Psikologi Pendidikan Falkulti Pendidikan Universiti Malaya, Profoser Madya, Dr Haslee Shahril Lim Abdullah , dalam konteks ini ( shopaholic atau ketagihan berbelanjan ) ialah seseorang itu hilang kawalan dan ketagihan berbelanja.Golongan ini sering berbelanja secara berlebihan dan berterusan sehingga memudaratkan diri mereka dan orang sekeliling.Tidak kira lelaki atau perempuan mereka boleh diserang PENYAKIT MENTAL ini.


      ha ampa tgk..bukan perempuan jer okeh yg akan sakit mental, lelaki pun kena jugek hokeh..skung ni lelaki pun kemain noh dok p shopping.Bak kata pepatah : biaq papa asal bergaya.huhuhu.hebat noh pepatah ni.ampa jangan dok guna sgt satg ampa boleh jadi gila sebb hutang keliling pinggang, kaki dan lutut.


      Seronok kan ampa kalau dapat shopping.Ish meks kalau ada duit xkisah sangat ni.Silap-silap ari bulan ampa pun meks belanja tapi masalahnya meks sendiri duit sudeh kureng..so diam, tutup mulut, tutup mata je la..Muhasabah diri kojap.kikiki.Tapi kadang2 ni berbelanja lebih pun lebih kepada sikap suka menunjuk-nunjuk.Ramai yg sanggup berbelanja lebih daripada kemampuan kerana tidak mahu kurang daripada orang lain.hohohoho.



      NOTA KAKI : ginilah meks just nak bgtau.UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI THEN KITA BOLEH TGK KITA MCM NER ORANGNYA.lau kita hidup sekadar untuk menunjuk-nunjuk tetapi sebenarnya kita hampeh baik xpayah.Buat malu jer.Ikut kemampuan kita semua.


      Saturday, November 20, 2010

      224 : Pendermaan Organ, Pengorbanan Tulus Yang Terpinggir


      Tarikh & masa : November 20 , 2010 sabtu..12.15 pm
      Mood : masih lagi kuciwa
      Background music : 3 malam tanpa bintang - Fiq mentor


      .assalamualaikum.

      hai hai hai awk² semua.Ada baik kah..tadi kita syok betul read² pasal pendermaan organ manusia ni.serius meks xtau dari hukum hakam menurut islam.Meks pun xpernah nak bertanya tapi dok dengar depa dok habak je la.Ada yg habak berdosa besaq sebb mengubah ciptaanNya , mcm ner kita dilahirkan macam tu la bila kita mati esok².Tadi mcm tertarik.lepas dok read² dok baru la leh bercakap kata ooohh begitu ek..baruku tahu..!! meks baca kat Mingguan Wanita on9

      Photobucket
      cover Mingguan wanita


      Photobucket


      Sambutan Aidiladha tak akan lengkap tanpa membicarakan tentang isu pengorbanan. Dalam kita memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim yang sanggup menyembelih anaknya sendiri ke jalan Allah seharusnya kita turut mengambil kira mengorbanan apakah yang perlu kita lakukan mengikut kehendak zaman.

      Konsep berkorban tidak semestinya berkorban harta, wang ringgit, tenaga, masa dan sebagainya tetapi juga sesuatu yang boleh menyelamatkan nyawa insan yang memerlukan, yakni pendermaan organ.
      Namun, sejak dahulu apabila isu ini diketengahkan, ramai yang teragak-agak dan takut melakukan pengorbanan ini. Malah, sejak mula diperkenalkan dan setelah pelbagai kempen dilakukan, tidak ramai yang tampil untuk menjadi penderma organ.

      Adakah masyarakat tidak peka tentang isu pendermaan organ, kempen yang dilakukan tidak cukup berkesan atau masyarakat sememangnya takut untuk melakukan pengorbanan yang sebegini besar. Ikuti tinjauan MW tentang cara pengorbanan yang cukup tulus namun dipinggirkan ini.

      Sedar tapi tak sanggup

      “Pendermaan organ antara isu selalu diperkatakan, lebih-lebih lagi apabila ramai pesakit yang kini menanti dengan penuh harapan untuk mendapatkan organ baru bagi meneruskan kehidupan normal dan sihat.

      “Malangnya, sambutan dari kalangan penderma tidak memberangsangkan, malah kita kekurangan organ untuk melakukan pembedahan untuk pesakit-pesakit ini. Isu ini sengaja diketengahkan supaya dapat menambahkan kesedaran kepada masyarakat agar lebih ramai lagi yang akan tampil menderma.

      “Lima tahun lepas, empat pembedahan dapat dilakukan tetapi kini tiada lagi kerana ketiadaan organ daripada penderma. Alhamdulillah, pesakit pertama yang kita lakukan pembedahan tidak lama dahulu telah berjaya dan kini dapat meneruskan kehidupannya.

      “Tetapi kini, semakin lama semakin ramai pesakit dalam senarai menunggu dan pihak kami tidak dapat melakukan pemindahan organ oleh kerana ketiadaan organ daripada penderma. Lebih malang lagi, ada di antara pesakit yang menunggu terlalu lama meninggal dunia.

      “Sebenarnya, kita mempunyai ramai pakar untuk melakukan pembedahan, begitu juga kelengkapan yang mencukupi. Namun apa yang mengecewakan, tiada organ untuk kami jalankan pembedahan pemindahan.

      “Semakin lama, senarai pesakit menunggu semakin bertambah. Jikalau berkurangan senarai pesakit, bukanlah disebabkan kami dapat membuat pembedahan membantu mereka, tetapi disebabkan mereka meninggal kerana ketiadaan organ untuk mereka.

      “Kita kekurangan penderma dan diharap media dapat terus memberi kesedaran kepada orang ramai. Oleh itu, peranan media amat penting selain daripada usaha kami menjalankan kempen kesedaran agar lebih ramai yang menyertai menjadi penderma.

      “Sekarang, ramai yang membaca dan sedar tentang pendermaan organ, tetapi masih belum ada kesanggupan daripada mereka untuk menderma,” demikian menurut Dr. Ashari Yunus, Perunding Bahagian Respiratori, Institut Perubatan Respiratori Hospital Kuala Lumpur ketika ditemi di Majlis Temuramah Media bersama pesakit yang menanti untuk pembedahan pemindahan paru-paru di Institut Jantung Negara (IJN).
      Boleh menderma tetapi ada syaratnya

      Mengambil pandangan dari sudut agama, menurut Ustaz Rahimin Bani yang juga merupakan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Negeri Melaka yang menyatakan di Malaysia isu menderma organ bukanlah satu perkara yang baru malah ia telah dilakukan sejak lama dahulu malah fatwa asas mengenainya telah dikeluarkan pada tahun 1970-an.

      Dalam mesyuaratnya yang pertama pada 23 dan 24 Jun 1970, Jawatankuasa Fatwa Majlis Hal Ehwal Agama Islam Malaysia telah memutuskan bahawa pemindahan mata dan jantung daripada orang yang telah meninggal dunia kepada orang yang masih hidup hukumnya harus. Tidak dinafikan, segelintir umat Islam menyimpan persepsi bahawa individu yang menderma organ seolah-olah tidak sempurna jasadnya apabila ia dikebumikan kelak.

      Hakikatnya, apa yang difikirkan itu kurang tepat kerana Islam tidak pernah melarang umatnya dari menderma organ kerana ia merupakan amalan mulia sekali gus menyumbang kepada kerja-kerja kebajikan.Begitu juga fatwa-fatwa ulama di peringkat antarabangsa yang menjelaskan hukum yang sama dengan meletakkan empat syarat utama yang perlu diambil kira sebelum melakukan sebarang pemindahan.

      Antaranya, tiada alternatif lain yang boleh menyelamatkan nyawa pesakit, tidak mendatangkan mudarat besar kepada penderma dan penerima organ, pendermaan organ perlu dilakukan dengan ikhlas disusuli niat untuk membantu semata-mata kerana Allah S.W.T dan pendermaan organ hendaklah mendapat keizinan dari penderma serta seluruh ahli keluarga atau warisnya.

      “Berdasarkan fatwa yang sama, jawatankuasa memutuskan sebarang pemindahan organ perlu dilakukan dalam keadaan mendesak yakni mustahak yang mana nyawa penerima hanya bergantung kepada pemindahan organ itu sahaja sekali gus menjangkakan peratusan kejayaan yang tinggi.

      “Selain itu, bagi sebarang pemindahan jantung, kematian penderma perlulah dipastikan terlebih dahulu sebelum organnya dipindahkan kepada individu yang memerlukan. Rentetan itu, tindakan sewajarnya harus diambil supaya tidak berlaku sebarang kes pembunuhan dan pemerdagangan anggota-anggota manusia kerana dalam kes kematian biasa, kebenaran dari penderma harus diperoleh, begitu juga dengan kematian akibat kemalangan atau yang seangkatan dengannya,” terangnya bersungguh-sungguh.
      Umat Islam tak perlu ragu

      Ada ketikanya, timbul kebimbangan sama ada boleh atau tidak penerima organ Islam menerima organ dari penderma bukan Islam dan begitu juga sebaliknya. Dalam hal ini, Ustaz Rahimin mengaitkan senario tersebut dengan pandangan dari Dr. Abdul Hayei Abdul Syukur yang mengambil kira pendapat beberapa tokoh ulama semasa seperti Dr. Ahmad al-Syarbasi, Syeikh Mutawalli al-Sya’rawi, Dr al-Qaradawi dan lain-lain lagi yang dianggap bernas dan positif sekali gus menyatakan pendermaan organ masyarakat Islam kepada penerima bukan Islam atau sebaliknya tidak perlu diragui.

      Ini kerana organ-organ itu tidak boleh disifatkan sebagai muslim atau tidak kerana ia sekadar alat yang sama ada baik atau buruknya bergantung kepada empunya badan. Sekiranya ia dipindahkan dari individu kafir kepada individu Islam secara automatiknya organ tersebut menjadi anggota orang Islam yang tunduk kepada budaya serta cara hidup Islam sebenarnya kerana ia digunakan untuk bersolat dan menunaikan ibadah kepada Yang Maha Esa.

       NOTA KAKI : terbaikla Mingguan Wanita utk bulan ni.Nampak gaya kena p dok langgan la .huhuuh.banyak info yg sgt berguna .

      Thursday, November 18, 2010

      221 : BILA MENU PUN DAGING JERW...hoho


      Tarikh & masa : tghari November 18,  2010hari kamis yg terindah ( yeah awk dah xjahat
      mood : ari ari nak kena makan daging
      background music : how do live - gedik gedik weih rase


      .assalamualaikum.

      apa habak ampa semua.Seronok ek beraya.dapat banyak daging x.? hadeh minggu ni jawabnya menu utama pun daging la yerpp.hohoho.Meks pun dapat banyak daging.xmuat dah boh dalam peti sejuk sampai dah xsejuk dah peti.hahaha

      Buleh meks mintak tolong dak? sapa yg ada menu masakan daging selain dari daging masak merah, daging paprik, daging masak kicap, sup daging, daging goreng.! puaih cemuh la ampa weih dok makan menu sama jer.hoho.

      Photobucket
      * daging pun dah jadi bekuuu *

      ari² tgn dok bau daging ja.kadang² dok buat pening pala je bila bau daging.Hayooo meks rasa seperti meks ni golongan warga emas la pulek.! kikikikiki.sungguh tua remaja.ampa jgn dok ligan sangat daging.Xelok.merbahaya kesihatan.Satg ampa leh tgk la ramai² makcik² suka dok p hospital  p check darah tinggi.ampa jgn ingat kita had muda xleh kena darah tinggi cek oii..lani penyakit xkira umoq je, semua pakat dok kena sikit sorang..haha.ampa beringat noh.

      NOTA KAKI : pening pala mcm org dok nak terpregnant..hohohoho

      Tuesday, November 16, 2010

      216 : FESBUK : STATUS MARRIED , ENGAGED BG YG BELUM KAWEN..apakah..anda cuak ?



      Tarikh & Masa : November 16 2010 , Selasa 10.00 am
      Mood : Selamat hari raya aidiladha , yeahhh raya datang lagi
      Background music : Dia milikku - yovie .Huh awk sengal


      .assalamualaikum.


      Yuhuu ari ni selasa dah.Esok raya tapi meks xrasa keghairahan nak beraya ni.Biasalah raya haji kan.Tapi orang negeri lain dok habak kata sambut raya haji kat kelantan meriah sgt tp meks xrasa gitu pun.Mayb la sebb meks balik solat raya teruih p kubuq then tidoq! hehe.terok kan, xyah dok ikut perangai meks.
      Semalam meks menyembang dengan kawan lama meks.Nama dia yana.Cantik orangnya.Manis je terutama tang tahi lalat bawah bibir tgh² antara dagu.Pemanis la kot.kikiki.Serius dah lam xsembang .Masing² bz.tadi try usha kat fb dia.Aik aik aik tiba² meks tergamam.Sebb relation dia Married with si*****.


      Oh demmm dia kawen xajak meks.At least habak r sepatah dua, jemput meks bagai .meks xpergi xper haih janji meks tahu dia dah kawen.Ohh meks emo sebb meks nak bungan teluq ngan gula².wakakaka.Meks xpuas hati sgt nie.then meks chatt fb ngan dia


      meks : weih ko dah kawen ker..? meks buat muka blur
      intan : haha, kawen ...kikiki
      meks : arghh galok r ko nie.xhabak kat aku noh.kecik hati :(
      intan : alololo weih xyah dok tacing bagai ngan aku..meluat aku
      meks : aikkkk aku plak kena petir.sengal..
      intan : weih pehal aku plak nak kawen, aku mana da duit..sekolah xhbs lagi.ko nak mampus
      meks : weih gila pehal plak aku yg nak kena mampus.dush dush dush
      intan : haha ..sengal ko kan.aku saja jer la buat married dgn bf aku.baru loving sikit, papa mummy bagai
      meks: yaksss nak muntah aku..sanggap nak kawen.naseb ko kata ko xkawen lagi lau x aku nak emo lebih ngan hang
      intan : kalo aku nak kawen ko nak dtg ker...
      meks : aku dtg r..aku dtg bawak peti sejuk 2nd hand sudeh..hahah
      intan : jammed kejap aku...hahha

      haha.sgt xbole kawan meks kan.Boleh buat status relation kawen padahal xpun.Buat suspen jer.Mesti ampa ada dok perasan kan ramai budeks² skrg yg buat gitu.Kononla aweks ni aku punya, dah ko jgn nak kaco then si aweks plak anggap si laki ni dia punya dan sila jgn kaco.haha.konon je la kan.Umoq baru 16 dah ada hati nak kawen, yakss belajor hbs SPM dulu baru pikioq nak menggatal.

      meks rasa meluat la plak kan.Over tau.Kalo dah sanggap nak kawen silala kawen betul² .Xyah dok loving² sgt dlm fesbuk.Masa tgh bercinta ni mmg la indah, kentut pun bau wangi tapi bila dan gaduh dah jadi macam meks.Hinggak! haha!! padan muka meks.kalo bole org yg tgh bercinta nak tnjuk sgt yg depa ni in love tp hakikatnya pada pandangan org luaq sgt menjengkelkan.Yg meks pelik tu org yg dah betul² kawen ni pun xder la manja² over² macam depa.haha.Biasala bila belum sah ni la mmg loving capel tp bila dah kawen rasala sikit² sorang.haha.jahat meks.

      so ampa, cuba bagi komen sikit.apa komen ampa tentang status married, Engaged kat fesbuk.Kalo in relationship meks leh terima.ampa rasa cuak x?Tapi meks xjeles kan korang tp cuak sikit jela.xjeles hokeh.

      Bercinta bertahun² pun putus juga kan mcam meks.Hahaha.meks xnak mendoakan org len nyer relationship tapi meks berkata pada diri sendiri.


      NOTA KAKI : oh semalam mr duda dok kaco lagi.arghhh tension tahap tenuk.sapa ada periuk belanga yg besaq alam tu .ce mai pinjam sat sebb meks nak lingkupkan si mr duda.haha

      215 : BILA MAT REMPIT DAPAT MINAH REMPIT YG CUN...bagaimanakah?



      Tarikh & Masa : November 16, 2010 12.00 mlm  Selasa
      Mood : menyampah dengan awk awk awk tapi bukan awak tau (jgn pening noh)
      Background music : Baik Baik Sayang : Wali Band ( semoga awk okeh okeh jer ek ) kan kita bg minyak griss baru tau

      .salam.
      Sebelum tu meks nak mintak maaf dekat 2, 3 org blogger len sebb ada la yg bertanya mengenai shoutbox meks ni.Ada yg bertanya mcm ner meks buat.Tapi ikhlas hati meks bgtau meks belajaq dr belog mijie.Meks dah mintak kebenaran  nak copy dr mijie & mijie pun dah bg green light tp bila meks nak buat xdpt puloks.Panaih hati meks weih.Tapi xper meks bg link terus ampa masuk kat post pasal tutorial ni


      Pergh lega atie meks sebb dapat selesaikan hutang.hehe.hutang kah.Meks dah berjanji kan then rasa bersalah sebb xtunaikan.dok teringat².Hehehe

      Balik dari opis tadi meks singgah dekat Bank.Nak bank in duit.ish meks xleh pegang duit banyak² nanti duit laju je habis cm ayaq.hoho.Then masa otw balik meks dgn anak sepupu meks ,Amila terpandang sepasang mat rempit dengan minah rempit.Depa syok dok peluk naik moto Yamaha RXZ.Standart r rempit sejati kan.

      Pergh minah rempit seksi jugak r.Nak kata seksi sangat xder la cuma dah bila bertenggek atas moto then pakai baju ketat² plus baju saiz S  & i am pretty sure mesti nampak bontot baik punya.Tapi nampak sipi² je sebb bf dia bawak moto laju.hoho.berdesup ampa..meks pun xdpt nak potong tadi.

      " Kenapa mat rempit dapat aweks stok body bergetah + cun habes + seksi "

      Hadeh mmg meks tergamam sebb meks ada jugak kawan ngan mat² rempit ni semua dan mmg aweks² dorang mmg cun habis dan body solid molid .Macam ner dorang terai usha, had tu mmg meks xleh nak jawab.Kalo tanya depa pun, mula la depa naik ekoq sekoq².Baik tok sah dok tanya.haha.Ayat mesti manis baek punya kan.meks kena belajaq ni dr depa.mana tahu kot² dpt boyren yg hensem terok kot.huh pada awk padan muka, kita dah start nak meroyan.


      Aganknya Ampa perasaan ke x yg mat rempit dpt aweks cun bagai.Meks mmg respect tp meks xrespect depa jadi mat rempit.nama sampai hujung dunia pun akan busuk jugak.xnaik pangkat.tetap jadi mat rempit.Ish tp meks geram betul dengan mat rempit bila dorang bawak motor ngan geng² dorang.Dahla berkonvoi, bila lalu plak kita yg naek kete kena takut dgn depa bukan depa yg takut dekat kita.sgt terok kan.Langgaq kan nanti depa katoq² kete kita.Huh.gilow! hahha meks emo sudah.


      NOTA KAKI : teringat citer adnan sempit.Hahaha.Lawak.Masa tu tgk kat kedah dengan duda.Penuh dalam panggung dengan mat rempit.haha.xleh blah mat rempit layan citer lawak jugak.

      Monday, November 15, 2010

      214 : BILA LELAKI AYAT AWEKS² TAPI AWEKS² XLAYAN... APA RESPOND LELAKI..MULUT LONGKANG KAH..?

      Tarikh & masa : November 15 , 2010 , Isnin 11.30 am
      Mood : bergumbira guling guling walaupun gadoh ngan awk.Huh.Biaq p la awk.
      Background music : Right Here Waiting You - Richard Max..( teringat Pulau Redang plak )

      Assalamualaikum adik kakak abg pakcik makcik semua.

      Tajuk yg agak kuang ajaq kan ampa.hehe.peace.Jangan dem meks puloks.kesian meks xleh cr makan satg.meks bukan apa , meks tiba tiba teringat kat 2 org brader yg muka terok xhensem sedang mengusaha awek²s di pasaraya semalam.semalam meks kuar pergi cari Aiskrem Cornetto kat 7E.Syok kemain depa dok mengata weih.dia tu lagutu dia tu laguni.serba serbi xkena.sampaikan xdak lagu dah nyanyi.miahaha.

      Lelaki 1 : [phewit² AYU tu.comel nyoh awok ]

      Lelaki 2 : [aa comel yer heh, bule abe nok kenal ko., adjust num tepon tu. [ meks dlm hati sangap mamat ni,buget hensem ]

      aweks² comel : [menjeling hingga hujung dunia.]

      lelaki 1 & 2 : [holoh mace comel.muko huduh banga.mu ingat aku nok ko mu.dohla gemuk.koya² dok laut la weih ]

      awek² comel : gila ker apa..!@#$%^&*()_)(*&^%$#@#$%^&*


      hahah, meks gelak guling².meks translate ayat last lelaki 1 & 2 ek

      " awk ingat awk tu beautiful sgt kah, huduh weih,..awk ingat sy suka kat awek ek..xyah, stok yg perasan² ni baik tinggal kat laut "


      Meks terfikir tiba tiba wah lelaki sebenarnya lagi hebat kot mengumpat kat org.Tapi ofkos la apa yg depa dok mengumpat mengenai awek²s.Nak² kalo awek²s tu xlayan depa.haha.padan muka ampa.Meks macam dah boleh agak dah mesti kalo lelaki mengumpat xder lain mesti mengata awek's² yg stok gemuk.kesian weih aweks² gemuk.Gemuk comel weih cuma ampa jer yg kelabu mata suka mengata kat depa.


      Macam ni kan bila awek²s yg stok² laki² nak ayat awek² tapi awks² xlayan.Terok kot ampa.Tapi sebenarnya ampa yg laki ni dok cover malu kot bila aweks² comel xlayan.dari malu kena boo ampa fikir baik ampa malukan aweks² ni dulu kan.Kat sini la ampa leh tgk stok lelaki ni sebenarnya stok mulut longkang , mulut puaka atau org kedah dok habak mai anaharam mulut longkang.hohoho.Meks pernah kena kata lagu ni dengan kawan meks yg mulut separa longkang.


      Ampa yg lelaki ni mmg akan mengata aweks² ni kaw² kan.Hadeh.kadang² boleh menusuk kalbu.Weih kalo ampa yg lelaki gentelman ampa teguq cara elok r.xyah dok phewit² semua.Macam xdak adab je bila nak kenai org.Pergi jumpa depa, say hai boleh saya berkenalan , baru nampak lelaki sejati kot.ni apakes dok mencangkung ataih helmet, lepak tepi kaki² mall dok tunggu awek²s lalu then mula mulut gatai.Kalo yg awek² gemuk lalu, ampa buat donno tapi ace terai awek slim comel seksi lalu, mata ampa tertonjol² kuaq besaq noh.betul x betul x..haha


      ampa[laki] ni xbaik tau.xyah dok jadi mulut longkang sgt weih.tapi tu pengalaman meks semalam la.Tapi meks dulu penah la masa zaman kegemilangan kena teguq mcm ni.Skali xlayan mmg kena maki hamun bagai siap kena carut lagi.adakah anda

      1- stok aweks² comel yg penah kena maki bila xlayan stok laki² yg terai nak usha

      2- stok laki² yg memaki hamun awek² comel yg xlayan bila ampa dok phewit phewit.

      apakah...??



      NOTA KAKI : Hahaha..serius meks nak tergelak tgk muka mamat 2 org ni semalam.Gila sanggapka apa yg dok meroyan bagai depan mall.desprate ke bang..hua hua hua

      213 : MAJALAH MANGGA..relevan lagikah..??

      Tarikh & Masa : November 15 , 2010 Isnin ( alamak 15hb gaji pekerja dowh, meks xkira lagi , mampuih )
      Mood : Otak kureng sebab gaduh dengan awk.Huh.awak Jahat.mcm lagu Stacy
      Background music : Jahat > Stacy. " huh jahatnya kamu..jahatnya kamu "

      Salam Hari Isnin Semua.Hoho.Meks jiwa kacau nie tapi masih bersemangat nak berbelog.ek ada ampa kisahkan ker dak.hohoho.

      Tadi pagii meks kuar opis kejap.P beli paper.Biasalah nak baca BIPOP.gosip gosip ni.hoho.nak tgk kesah Nabil yg tgh hangat skrg ni.hoho.semangat sungguh meks.Meks pergi beli paper depan dengan sekolah meks.Tapi kebetulan ada la budak sekolah perempuan 2,3 org.xtau la depa ni form baper tp gasakla .xpenting mana pun.

      Budak sekolah i : weih mari r bengong singgah kedai pok *** meta, aku nak baco buku manggo.
      Budak sekolah ii : gilo nate nih , aku baca doh.siap beli lagi.aku bawok g sekolah.mu baco hok aku r gilow
      Budak sekolah iii : ho jolo ko gilow..beyeh la kalo gitu gaks - sambil berlalu pergi -

      oh meks pun terasa nak g baca jugak majalah mangga.Meks xtau la ampa faham ker x loghat kelate ni tp gohead jer la ampa weih.hoho.Meks pun try r belek majalah mangga.Tapi yg lama punya, tauke kedai masih lagi simpan.Tapi meks xtau la keluaran skrg ni masih lagi seksi seksa mcm ni.h my God.Terkejut meks.Seksi siot.meks rasa dah dekat bertahun tahun okeh meks xbaca buku mangga.Dulu baca la jugeks tp pinjam jela kat kawan xpun pergi kedai POK *** tu sebb POK *** xmarah kalo baco kat kedai dia.haha.

      Meks dah 25 tahun ni, tapi Majalah mangga tetap sama kan.Seksi dan seksa.Pakaian artis xsah cakap la weih.Terbukak sana sini.Takut meks tgk.Over tau.Kalo yg pompuan nampak nampak lurah, kalo yg laki bergambaq stail depan kolam renang, waima perempuan pun.adeh xhabes habes.

      Dulu negara kita xbenarkan penerbitan Majalah Playboy dalam pasaran malaysia tapi meks tgk Majalah Mangga ni pun sama jer.Purata yg baca majalah mangga ni terdiri dari remaja yg berumur 13 - 10 tahun.meks rasa jela.Sebb baya meks ni dah xlayan dah majalah majalah cm ni.Kami layan buku Pengantin..hahaha.gedik plak.

      Meks risau jugak la kalo budak budak yg tgh membesar ni terpengaruh dengan pakaian pakaian yg stok xcukup kain yg dipakai artis kita ni.Meks yg agak berumuq walaupun baru 25 pun rasa semacam ni kan pulak budeks budeks.

      Tapi sebenarnya point meks disini relevan lagi kah majalah mangga dalam pasaran malaysia ni.Relevan lagikah artis bergambaq tepi kolam renang dengan model lelakinya yg beredam dalam kolam air , relevan lagi kah artis wanita memakai pakain yg xcukup benang ni.Meks bukan nak kondem majalah mangga, bukan , tidak sekali cuma meks prihatin saja.Ingat x dulu, masa Faizal Tahir kena banned sebb xpakai baju masa concert 8TV , kena banned 3 bulan tu tapi bila artis perempuan yg mendedahkan sini sana , pakai baju xcukup kain dengan posing maut bagai xla plak kena banned.Apakes...?

      Contoh contoh cover majalah mangga







      Ampa search sendiri la kat google.Ni pun meks search kat pak Gog.hoho.Terima kasih pakcik Gog.Tapi kebanyakan artis yg berposing xhengat dunia ni bukannya femes mana pun.arapkan seksi jer kot lakonan or nyanyian yg mereka ceburi xmenjadi pun..


      NOTA KAKI : meks rasa baik haramkan terus jer pengeluaran majalah mangga ni.Lau nak publish sgt jgn over over sgt.Xelok utk tatapan budak budak yg tengah membesar.Apakes..Srkarang ni dok ada plak Mangga on9..leh baca on9

      Tuesday, November 9, 2010

      197 : MASALAH MEKS BILA BERKUNJUNG KAT BELOG KORANG..apakah!!!



      salam ari selesa malaysia.ha ha jarang² tau meks buat oppening yg sgt ramah mcm ni, sebelum ni main belasah je.wa ha ha.ari ni meks rileks je kat opis.rileks sebb bos xdak.Bos pergi Key El Lumpo , adow perbentangan tender baru.Harap² bulehs la..syok kontrak bernilai 1 million.Insyaallah amin.


      ptg kakram meks ada date ngan BFF meks, mektie.meks jugak nama dia tp mektie.ha ha.kitaorg bercadang nak p makan laksa penang.Mektie nak belanja meks sebb meks tolong dia semalam.then mlm nanti xtau la dating k x ngan mr skandal.mr skandal nak belanja aiskrem sebb semalam meks redah hujan lapaq aiskrem coneto.baby tepu dlm perut meks ni dok mengidam nak makan aiskrem coneto had yg mahal.so mr skandal nak belanja.ya bedabedu..haha..giler kentang betul meks.


      ok . utk post kali ni ialah mengenai KETIDAKPUASAN HATI MEKS BILA MEKS BUAT LENGGANG KANGKUNG KAT BELOG KORANG. huh! meks buget meks belog hebat sebb tu nak kritik belog org lain.ish ish ish xdak la..bukan gitu.sepanjang meks menerjunkan diri dlm bidang kemengarutan di belog ni ada je masalah bila meks nak lenggang² kangkung kat belog korang! maaflah sekiranya penulisan dan kritikan meks kali ni dpt menunjukkan kemulutan kepuakan mulut meks.huhu.


      1- meks xsuka la belog yg sarat dengan wiget yg entah apa² then gambaq penuh kiri kanan.meks pun xkata kat hampa semua noh, dulu pun masa mula² ada belog tyme tgh jakun lagi masa tu mmg meks gila jugak dok boh ni semua.tp bila meks sendiri timbang ngan penimbang yg dok guna kat pasar ( meks pinjam okeh ngan mak kawan meks..haha ) makkk aiii berat.. lebih berat dr sekoq gajah terus meks delete.belog yg penuh ngan wiget sgt xberfaedah ni akan melambatkan proses loading.Meks kena tunggu 5-10 minit utk 1 blog padahal banyak lagi tau belog lain yg meks nak terjah. haha buget la ek.betul! yg mana wiget² yg xpenting seperti jam ker apa ka, buangla..masing² ada jam tangan, jam dinding n jam kat laptop kan.xyah dok tgk dlm belog..huhuhu.satu lagi pasal gambaq² kat sidebar.Adeh..meks tahu la tu belog korang, korang nak menengok ( aik ada ker ayat menengok, gasak la ) org² yg korang syg..tp meks tgk dah jadi cm album gambaq.aduihh xyah la..simpan dlm hardis jela.xpn buat wallpaper kat laptop/pc.sebbkan gambaq & wiget ni la loading blog korang jadi lambat.Then sabit tu la meks terus tekan X.blah terus..malas nak ckp banyak!! huhuhu..maaf noh.


      2- blog yang ada autoplay lagu.Had ni mmg meks xsuka sgt.hadoi..kalo nak dengaq lagu xyah la dok pasang dlm belog.xyah susah² bg blogger lain dengaq lagu sbb dunia skrg canggih manggih.bole dengaq dlm radio, winamp masing², dalam tepon , MP3 & MP4, IPOD.sebbkan lagu ni laptop meks slalu heng.laptop meks memang dah nazak tahap duper..bila ada lagu yg corus tarik panjang² mmg laptop meks pun automatik akan heng.huhuhu.kesian meks kan.


      3- belog yang hadow word notifacation bila meks nak comment.kadang² kan internet ni bengong jugak kan.so bila meks over nak comment then tiba² ada plak word notifacation jadi masalah plak kt meks.bila campuq ngan internet tengah keluuu so nak kena masuk word natifacation tu bnyk kali, buatkan meks jadi cuak.serius.terus simpan komen jadi perkasam.post n3 dah best tp kena simpan komen jadi perkasam buat apa.so pada blogger² yg ada buat cam ni xyah la..setting balik okeh.


      4- belog yang ada smile yg had gerak gedik² tu.natang apow meks nak sebut pun xtau tp ada kan.korang penah perasan x.kod² smile mcm ni mmg sah² akan melambatkan loading belog anda.huhu..mmg syok kalau ampa semua bijak menggunakan smile kod ni ngan ayat anda tp byk keburukannya sebb ianya mmg melambatkan.meks ni jenis malas nak tunggu² so dah tulis kat shoutbox meks dtg meks terus blah..hua hua ..meks kejam ker..kalo meks kejam meks mintak maaf


      meks pun sebenarnya xlayak nak komen banyak² tp itula masalah bila meks nak lenggang² kangkung kat belog korang.Biarlah belog kita simple but nice.Biarlah belog kita simple tp isi padat seperti mampatan molekul² .biar belog kita simple tp traffic selalu tinggi, BE pun selalu melambai².Kan syok lagu tuh.

      Photobucket

      NOTA KAKI : maaf sekiranya ada yang puas hati ngan post meks kali ni..korang xder masalah ker bila BW kat belog org lain.huh..kalo meks jer yg ada masalah mmg meks in trouble

      Wednesday, October 27, 2010

      189 : MASYAALLAH SAPA YG KENTUT NI..




      Tadi ( waktu makan mlm ) , kita makan dinner( acewah cover ) ngan budak² ..seronok makan ngan budak² ni..meriah sungguh..xdak lauk pun jadi best bila makan ramai² kan..kemeriahan tu lain macam kan..! seronok²..lauk utk malam xder la meriah sgt cuma ikan keli masak lemak & ikan keli goreng & sambal belacan & tolor..!! syukur alhamdulillah..!!

      serius tgh syok makan..proffffff kuat jadah bunyi bom atom molotop..!! pergh bau leh tahan..semua pakat dok gelak..!! datang dari manakah weih!! sungguh durjana..!! sapa punya kerja ni weih..!! sungguh tidak sopan dan tidak enak baunya..!! terok² dan kita rasa ianya mmg sgt terok!! haha..rupanya² yg melepaskan gas asli tu budak umoq 3 tahun!! apa da kecik² pun kentut busuk giler..makan apa ntah..!! patutla busuk dia sakit perot..!! tgk dlm pampers dah berak..!! uwawawa..sgt² membantutkan proses penghadaman kami semua..tp sebab kami semua lapaq kami pun meneruskan aktiviti makan² tanpa segan silu..haha..gila kentang betul..

      so try cari kat pakcik google & pakcik yahoo pasal kentut ni..so terjumpala fakta² mengenai si kentut ni..wahahaha...

      1. Darimana asal kentut?


      Dari gas dalam usus. Gas dalam usus berasal dari udara yg kita telan, gas yang menerobos ke usus dari darah, gas dari reaksi kimia & gas dari bakteri dalam perut.

      2. Apa komposisi kentut?

      Bervariasi. Makin banyak udara anda telan, makin banyak kadar nitrogen dalam kentut (oksigen dari udara terabsorbsi oleh tubuh sebelum sampai di usus). Adanya bakteri serta reaksi kimia antara asam perut & cairan usus menghasilkan karbondioksida. Bakteri juga menghasilkan metana & hidrogen. Proporsi masing-masing gas tergantung apa yang anda makan, berapa banyak udara tertelan, jenis bakteri dalam usus, berapa lama kita menahan kentut. Makin lama menahan kentut, makin besar proporsi nitrogen, karena gas-gas lain terabsorbsi oleh darah melalui dinding usus. Orang yang makannya tergesa-gesa kadar oksigen dalam kentut lebih banyak karena tubuhnya tidak sempat mengabsorbsi oksigen.

      3. Kenapa kentut berbau busuk?



      Bau kentut kerana kandungan hidrogen sulfida & merkaptan. Kedua senyawa ini mengandung sulfur (belerang). Makin banyak kandungan sulfur dalam makanan anda, makin banyak sulfida & merkaptan diproduksi oleh bakteri dalam perut & makin busuklah kentut anda. Telur & daging punya peran besar dalam memproduksi bau busuk kentut. Kacang-kacangan berperan dalam memproduksi volume kentut, bukan dalam kebusukannya.

      4. Kenapa kentut menimbulkan bunyi?



      Karena adanya vibrasi lubang anus saat kentut diproduksi. Kerasnya bunyi tergantung pada kecepatan gas & sempitnya lubang anus.

      5. Kenapa kentut yg busuk itu hangat & tidak bersuara?



      Salah satu sumber kentut adalah bakteri. Fermentasi bakteri & proses pencernaan memproduksi panas, hasil sampingnya adalah gas busuk. Ukuran gelembung gas lebih kecil, hangat & jenuh dengan produk metabolisme bakteri yg berbau busuk. Ini kemudian menjadi kentut, walau hanya kecil volumenya, tapi SBD (Silent But Deadly).


      NOTA KAKI : pergh kentut lepas makan ubi keledek rebus atau bakar mmg power bau dia..boleh pengsan 4 keturunan..huhuhu...rau rau bau dia..sabar jela..

      Tuesday, October 26, 2010

      188 : Molekul Air Zam-Zam yang sangat Menakjubkan

       بِسْــــــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم   


      Penemuan  ini  sungguh  menakjubkan  dan wajib dikongsi bersama, kenapa dengan keizinanNYA  air  penawar  boleh  menyembuhkan  penyakit,  baca  dan hayatilah petikan dibawah:

      Petikan ceramah oleh Ustaz Abdullah Mahmud. Diantaranya :

      Air  merupakan  salah satu rahmat Allah SWT kepada manusia, Manusia tidak boleh hidup tanpa air, dan manusia tidak boleh hidup tanpa rahmat dari Allah SWT.

      Ustaz  kemudian  bercerita  bahawa  dia telah berkesempatan menghadiri satu seminar  mengenai  AIR  yang  mana  kebanyakan  peserta yang hadir terdiri daripada orang bukan Islam kecuali 2 orang.

      Penceramahnya  seorang  Profesor  yang  pakar  tentang  air  dari Jepun. Beliau menunjukkan  hasil  kajiannya  mengenai air, beberapa “slide” ditunjukkan dan dipancarkan  dilayar  putih kepada hadirin sekelian. Sampel-sampel air yang diambil  dari berbagai sumber air (sungai,laut, perigi dan bermacam lagi).

      Maka  terpancarlah  berbagai-bagai  rupa bentuk susunan molekul-molekul air tersebut. Ada yang berupa seolah-olah seperti jin tetapi samar-samar, tidak begitu  jelas  (dengan  telinga  yang besar, bertanduk dan sebagainya) rupa yang  menggerunkan  dan  menakutkan. Lalu Profesor itu berkata “banyak lagi sampel-sampel  air  yang  lain  tetapi rupa molekul-molekulnya hampir sama, sekarang  saya  nak  tunjukkan  sampel yang berlainan dari sampel-sampel air yang saya tunjukkan tadi” Profesor  itu pun tunjukkan, maka terpancarkan satu rupa bentuk molekul air yang  tersusun  cantik  berupa  seolah-olah seperti  berlian(bersegi-segi) ,bersinar- sinar   dan   sinarannya  mengeluarkan warna-warna yang menarik melebihi  12 warna.

      Lalu profesor bertanya  “Siapakah di antara  kamu  semua yang tahu sampel air apakah ini”. Hadirin semua senyap, dan  kemudian,  Pensyarah dari UM mengangkat tangan dan menjawab “saya rasa itu adalah sampel air zam-zam”. Profesor  berkenaan  memanggil Pensyarah tersebut naik ke atas dan bertanya “Berikan saya sebab kenapa awak berkata air itu adalah air zam-zam.

      “Kerana air zam-zam adalah air yang termulia didunia ini”  JawabPensyarah. Profesor  berkata  ”Saya  tak  tahu samada betul atau tidak air zam-zam itu mulia tetapi memang betul ini adalah sampel air zam-zam.”
      Kemudian  Professor  mengatakan  bahawa,  kata-kata juga dapat mempengaruhi rupa  bentuk  molekul-molekul  air.  Lalu  didalam dewan itu mereka membuat “experiment”  bagaimanakah  yang  dikatakan kata-kata dapat menpengaruhi rupa bentuk  molekul-molekul  air.  Semua  hadirin dikehendaki  membaca sesuatu kepada  air  mineral  masing-masing.Lalu seorang  ”volunteer” bangun untuk menguji  bagaimana  rupa  air   yang telah dibaca. Bila ditunjukkan diskrin, nampak  molekul  air membentuk seolah-olah  seperti  tokong  cina (dengan janggut yg panjang dan perut yang buncit).

      Bila  tiba  giliran  Ustaz,  air yang dibaca dengan Al-Fatihah, Selawat dan Ayat   Kursi   maka   nampaklah   rupa  molekul  air  seperti berlian dan berkilau-kilau. Lalu  Ustaz disuruh oleh Profesor membaca sebarang  ayat/kata-kata  yang  tidak baik…maka nampaklah diskrin molekul air berupa seperti sel-sel barah. Subhanallah. ….  daripada  ceramah  yang  Ustaz sampaikan ini marilahkita sama-sama mengambil iktibar daripadanya.Ini  adalah  kata-kata  dari  Ustaz  Abdullah :

      “Jika hendak air itu merasa manis  maka masukkanlah gula, jika hendak air itu berwarna maka masukkanlah pewarna  dan jika hendak air itu mulia maka masukanlah ayat-ayat yang mulia kepadanya”.  


      MasyaAllah, cantiknya. 


      NOTA KAKI : Saya lupa link pemilik nota ini..Sorry !!