Showing posts with label ♥ tazkirah minggu ini ♥. Show all posts
Showing posts with label ♥ tazkirah minggu ini ♥. Show all posts

Thursday, April 14, 2011

DOA SEORANG HAMBAMU YA ALLAH...



assalamualaikum








"Wahai Ya Allah!... 
ku tak layak ke Syurgamu ... 
namun tak pula aku sanggup ke Nerakamu... 
kamilah hamba yang mengharap belas darimu .... 

"Ya Allah... 
jadikanlah kami hamba-hamba mu yang bertaqwa .. 
ampunkan dosa-dosa kami, kedua ibubapa kami, 
dosa semua umat-umat islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"...... 







NotaKaki : menangis² meks dengar doa taubat ni.Sesungguhnya terasa sangat berdosa! Astafirullahalazim.!Ya Allah sesungguhnya hambaMu ini sangat kerdil Ya Allah.









SILA KLIK OLDER POST



silalah LIKE jika suka  =)

Wednesday, January 12, 2011

286 : TENANGKAN HATI DAN JIWA DENGAN SELAWAT SYIFA'...

salam.



Syukur alhamdulillah kerana ari ni aku mampu untuk mengupdate sikit.hehe.semalam bz sangat..! semalam sebelm tido dengar dulu selawat syifa' sampai terlena.! naseb dalam BB aku ni bukan autoplay lau x nanya BB aku kong macam ni..
saja pagi² ni nak share dengan korang..









Terjemahan:
Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, nabi Muhammad S.A.W. yang dengan berkat baginda, engkau menyembuhkan hati-hati, menjadi penawar dan menyihatkan tubuh badan juga memberi kesembuhan penyakit serta mengurniakan cahaya penglihatan dan kurniakanlah juga rahmat keberkatan dan kesejahteraan keatas keluarga dan sahabat baginda.


Kegunaan ayat-ayat menurut Darussyifa:

1. Surah-Al-Fatihah dibacakan bersama Selawat Syifa’ untuk semua penyakit.

2.Surah-Al-Fatihah, Selawat Syifa’& Lauanzalna untuk menurunkan sesuatu, seperti untuk memudahkan kelahiran bayi, memulihkan masalah kesukaran buang air kecil atau besar, kesukaran menelan atau tercekik tulang dan seumpamanya.

3. Surah-Al-Fatihah, Selawat Syifa’ , Selawat Tafrijiyyah untuk menghadapi masalah yang rumit atau merawat pesakit yang tidak diketahui puncanya.






sumber : SEKOLAH MENENGAH TAHFIZ AL-QURAN CHENDERAH, MELAKA

Monday, January 10, 2011

285 : PANTANG LARANG DALAM BUDAYA KITA...? APAKAH...!!


.salam.


alhamdulillah ari ni dah 10th of January 2011.Dah masok 10 hari melangkah ke tahun baru tapi syok.!Walaupun permulaan tahun baru yang agak sadis tapi xper itu sebagai cabaran hidup.! chewahh terbaek ayat..tabik springg dowh....!!!

okeh balik dari opis smlm..sembang dengan umi jap 

umi : adik..mana garam...marin ( semalam ) umi suh beli xbeli²

yani : owos ( alamak ) lupa r umi..meta² agi suh pokyeh g beli deh.

after sejam rupanya aku tidor..Astafirullahalazim.Bangun² pun sebb Cik Lo'Lo bunyi.Banyak giler masok notifications fesbuk + msg dari kanda...korang jngn ikut perangai aku ni..xelok tido lepas Asar tapi balik kerja penat dowh.!! nak² hujan lagi la masyokkkk haram xingat dunia...ngeh²...

aku ingatkan umi aku dah suruh si Pokyeh p beli garam kat kedai yg jaraknya teramatlah dekat.Jalan kaki 2minit xsampai.Rupanya Pokyeh xder rumah.Ok fine.Aku ckp nak g beli tp dok lengah² sampaila ke kol 7.Tengok terok kan perangai aku.haha..umi maafkan saya okeh...esok sy janji sy pergi beli barang dapur la..haihh...apa la aku ni..pemalas....

then aku ckp kat umi , nanti malam sy pergi la beli..then umila mula teks khutbah dia.

umi : haih mana ada orang jual garam malam²

yani : bakpo plop..kedai Tuan Pa tu hbs garam ker..? [ terasa sgt ngok tyme ni ]

umi : haih budak ni..orang tua² cakap garam mana boleh jual tengah malam...xelok..ada pantang larang..

yani : betol ker umi...xtau pun..

umi : urm mana nak tahu..balik kerja main fesbuk , malam pun depan laptop..ari cuti tubek ( kuar ) derak ( jalan² )

yani : hahahaha...sampai hati umi oyak gitu..xpo² tapi mmg betul pun..hahahha..



hahah..terbaek bukan umi aku.!! wakaka..sekali kena smackdown kaw² punya.wakaka..tapi um aku cool okeh.sgt sporting ..!!!


oke lupakan yg itu..cuma yang aku nak higlite kan disini betul ker garam xleh jual waktu malam..pelik tu..korang tau x apa pantang larang dia.serius doh aku xtau..mcm jakun jugak aku ni..kata dunia tanpa sempadan, hanya di hujung jari tapi xtau jugak..argh tapi xsemestinya kan..sebb ni cerita tok nenek kita.


sepanjang hidup aku xbanyak yang aku tahu pasal pantang ni.biasalah generasi Yuna beb..mana nak tahu..wakakkaa..lau generasi Ala kassimmm..Ibu mertuaku mayb aku tahu..lagipun xder siapa nak bercerita..Umi aku pun xpernah nak bercerita lau secara kebetulan barulah umi nak bercerita.so how can i know that.[ wah speakang dowh, hebat...ngeh² ]...


pantang pertama :


masa ni aku kat Kedah nak menghantar kakak aku study UUM..tyme ni lau xsilap aku baru form berapa ntah..xsure la..tapi aku still ingat masa tu...Kakak aku nak beli jarum nak pinkan kat tudung..kat area UUM tau jela kan, kawasan ceruk hutan..dekat Changlung masa tu xder banyak kedai mcm skrg..! aku dgn kakak aku pergi kedai bawah hotel murah kot ..waktu tu mlm..kedai cina plak tu..tapi taukey kedai tu xmo jual sebb dia kata pantang bagi orang cina lau jual jarum waktu malam.Sian kakak aku pasrah jer malam tu..xdpt nak pakai cantik² esoknya..wakaka..padan muka kak bojan..!! tapi itu pantang orang cina bukan pantang orang melayu kita kan tapi pantang la jugak..kata 1 Malaysia..Universal r..wakakka


pantang ke2..


aku xtau la betul k x..tapi kita mmg xleh ek membeli belah  pada hari rabu.Orang tua² cakap mmg suwei r hari rabu lau kita dok shooping.aku xtau samaada benda ni betul atau x tapi itulah yang selalu aku dok dengar.apa alasannya aku sendiri xtau...korang tau..? share mai tengok apa alasan dia...!!Tapi aku rasa lau pantang ni mesti jadi benda buruk ler kan lau kita xikut kan..? betoi ek!!




ha mcm man weih.Aku sebenarnya selalu sgt lol dok shoping ari rabu tapi xder menda buruk berlaku pun.Alhamdulillah bukan nak cakap besar..Xtau la kan lau benda nak jadi secara kebetulan kan.Semua tu kerja Allah swt ..Sebb tu yang baek semuanya datang dariNya dan yang buruk datang dari kita..!! wallahualam...!!


bagi aku ari² pun sama ada.sama ada suwei ker xsuwei ker tu adalah kerja Allah swt.Pantang larang ni bukan hukum Allah swt  tapi hukum manusia yang dibuat sejak dulu..kan kan kan..So terpulang la pada individu untuk mempercayainya ker x..


contoh² lain pantang larang orang dulu kala [ aku ambik dari wikipedia okeh ]

  • Jangan mencaci atau menceritakan kecacatan, dikhuatiri anak yang bakal lahir juga akan cacat. Jangan melihat gerhana, dikhuatiri anak mendapat tompok hitam atau bermata juling.
  • Jangan memukul, mendera atau mencederakan mana-mana binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahir mengalami kecacatan
  • Jangan bergaduh dengan ibu mentua, dikhuatiri mengalami kesulitan ketika melahirkan anak 
  • Ibu hamil tidak boleh melintas bawah ampaian, nanti anak gagap. 
  • Dilarang (orang lelaki) kencing atas busut, dikatakan buruk kemaluan 
  • Jangan duduk di atas bantal kerana dipercayai boleh naik bisul 
  • Jangan bergendang dalam rumah, nanti harta habis dicuri oleh orang 
  • Jangan menjahit pada waktu senja, nanti mata engkau akan buta 
  • Kalau makan nasi kena habiskan... kalau tidak nasi akan menangis

    ha ada jugak pantang larang sebelum perkahwinan [ haha ini aku suka..kan aku dah cakap aku suka bab² perkahwinan ni ] wahaha.gila gedik nak kawen nieh..

    • Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul.
    • Jangan tidur di rumah orang lain takut terkena ilmu. 
    • Jangan bebas keluar ke mana-mana kerana takut disantau oleh mereka yang mempunyai niat tidak baik. 
    • Jangan makan nasi dengan gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit. 
    • Elakkan makan ulam yang berbau busuk seperti petai dan jering. [ naseb aku xmakan ] 
    • Jangan bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri dari perkara sihir. 
    • Jangan membuang air kecil dan air besar serentak di dalam air contohnya dalam sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks. [ hahhaa, aku masih blur ] 
    • Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga. [ oh mesti syok ni ]
      haha banyak lagi ...korang usha r sendiri kat wikipedia..aku just gelak sorang²  je bila baca tentang pantang larang sebelum perkahwinan...haha..ada  44 semua tp aku bagi sikit je yer.!!!






      Salam..







      Wednesday, January 5, 2011

      273 : REMAJA , AKU DAN CERAMAH..?

      ini entri keislaman



      .salam.



      euwww hujan kat luar still xmo berhenti.eh eh kena cakap elok² sebb nak buat n3 sivik mayat sikit.ngeh².macam poodahh tetiba jadi suci.aip Kerana Diriku sungguh berharga okeh.! cepoookk untuk diri sendiri.


      Nak tanya korang la kan, agak²nya remaja zaman skrg ni dengar ke x ceramah agama, taskirah ataupun ceramah² yang berbentuk islamik.! lau tanya remaja kertu macam aku ni payah sikit la tapi lau p mengantor orang p dengar ceramah buleh haih, xda hal..tolong menolong katakan.Tapi nak singgah Im sorry [ bak kata amir raja lawak, dok mano mu leni amir ].. ? terok kan aku.Dush pukul sampai bengkak bibir cam justin bibir..haha


      kawan baik aku, Sangkurakura ada ajak p dengar ceramah agama Tuan Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat di Bandar Kota Bharu,Jumaat 2 minggu lepas.uh dalam hati aku " aik dah nak mampos agaknya, sebb dia bukan ketegori yg suka pergi dengar ceramah..! diulangi okeh, bukan dalam ketegori yg suka dengar ceramah.[ boh jangan dimaros aku ] kakaka.Sangkurakura bgtau dia pergi sana sebb anta adik dia tuesyen then alang² dah ada kat bandar KB terus jalan² sampaila ke tempat ceramah.Ok fine good.ko dah insaf enne, tapi aku xinsaf² jugekk!! haha!!


      Tapi sejak adanya SOAL ASHRAF dekat Astro, aku jadi syok plak dengar ceramah. diaMayb sebb Ashraf muka manis sampai boleh semut dok hurung.alahai Ashraff..tergugat iman.Naseb aku bukan jenis sialan orang punyaaaa!! oke tabik spring dekat Ashraf sebb membuatkan aku ingin sahaja menonton Soal Ashraff walaupun tgk yang ulangan punyaaa....asraff mmg ada aura sendiri dan aku tengok dia sngt dekat dengan remaja mayb sebb dia masih muda lagi.kelassss


      oke umi, saya suka dia tapi sy suka lebih dekat orang len...^___^


      aku rasa Ashraf mendekatkan remaja dengan agama.Aku suka bila tgk tangan asraff bergerak²,haha.siap boleh tiru gaya dia lagi.Cool habes mamat ni.Manehh jer muka bila bercakap.muka berseri² macam pakai botox pencuci muka Safi Gold Rania.haha².Topik² yang dibincangkan plak mengenai Remaja.Sesuai la dengan aku walaupun aku dalam golongan remaja kertu .aipp jgn gelak weih.pukul kan..???


      so korang pun kena tengok jugak sebb mmg sempoi habes.Ari² senyum manehh je bang asyraf ni.Sengaja tau...suke.[ tiba² dalam hati ada pokok kelapak ]


      bila dah mencapai umur Remaja Kertu ni kan..mulalah fikir nak kawen.APAAAA...nak kawen.OFKOS bebeh.Nak kawen..! dok tengok kawen naik pelamin aku pun nak merasa, naik jugak tapi naik bergambar je la kan.haha.oke la..sedih ni..haha.


      jgn dok kata aku gatal plak sebb aku suka tengok SEMANIS KURMA [ sipu² malu, nak nyorok dalam almari walaupun xbrapa nak muat ] haha.sukala weih lau bab nikah kawen ni.dulu masa kat USM masok kelas MUNAKAHAD.Paper ni pasal nikah kawen.Haha.Kelas ni selalu pergi.awal lagi pergi tau walaupun ada clash dengan paper lain.hhaha tapi dapat B+ jer seb lari dari soalan yg diberi dan tidak menyatakan hadis dan ayat Al-Quran.huhuhu.


      jugak suka tengok Tangan Ustazah Bahyaah..kalut kehulur kehilir tapi tradmark dia.wah aku rasa seperti esok jugak nak kawen.Eh Mr Sugardaddy jom kawen.wakakaka.gedik aku ni!!!



      hehe..masih lagi bab² nikah kawen sebb aku suka dengar Ustaz Azhar Idrus ceramah dalam Youtube.Ni kawan aku yg tolong promotekan.Haha.xcaya .Siap kena perli bagai.Siot jer...




      percaya kan.Kawan aku perli aku dia cakap ' lau aku xmau dengar pun xper '



      u know what i bengkak² hati i ni tau u bercakap sedemikian.I nak belajar u nanti i kawen i dah ada praktikal cuma tunggu nak buat tutor aje.Hahahaha..gila bapak sengal..i nek menengok video seperti sebb persedian untuk menjadi ISTERI MITHALI okej.Di ulangi Isteri Mitahli.hahaha..Best jugak layan video Ustaz Azhar Idrus sebb dia telus dalam ceramahnya.Bak kata kawan aku BERCAKAP CAM SISTEM DIRECT SELLING.hahaah




      oke dah xder dah.Aku harap agar semua mendapat iktibar...yang baik itu datang dariNya dan yang buruk datang dari kita sendiri.1 tangan kita menuding kepada si dia tapi 9 lagi menuding ke arah kita.Renung². kanlah dan selamat beramal.




      oke tamat.sekian terima kasih.






      Tuesday, November 16, 2010

      217 : Pelajar UIA mimpi bertemu Rasulullah s.a.w...Subhanallah..syukur


      Tarikh & Masa : November 16 2010 , Selasa 13.40
      Mood : menginsafi diri di opis.keseorangan.uwekkk!!
      Background music : Rasullullah Hijjaz : sungguh jahil meks rasa diri meks.

       .assalamualaikum.

      Tengahari ni meks dah setel kerja meks.Duit pekerja meks pun meks dah selesaikan semua.Alhamdulillah meks harap pekerja opis meks bekerja dengan dedikasi noh.Kalau ampa kerja elok² noh, nanti dpt bonuss..haha.Insyaallah. 

      So meks ni berkira² nak balik rumah k dak.Kalo meks balik ofcos meks membungkang jadi bangkai jer.so baik meks menambahkan meter elektrik opis meks kan.uwa uwa uwa.ada meks kesah! so reje meks layan fesbuk.Tgh layan² ni terjumpa satu note yg sgt membuatkan meks insaf.Ya Allah meks rasa diri meks ni sgtla kerdil.Ya Allah Engkau ampunkanlah dosa² yg pernah aku lakukan sebelum ni,Amin.!


      ni tuan punya fesbuk Muhammad Nor Sahabudin.maaf noh meks xmintak kebenaran nak kongsi. 
       
      Pelajar UIA mimpi bertemu Rasulullah s.a.w.oleh Muhammad Harmain Bin Palal pada pada 15hb Oktober 2010 pukul 10.56 ptg

      Pelajar UIA mimpi bertemu Rasulullah s.a.w.

      Assalamualaikum w.b.t

      Berkata Abu Salamah, “Telah berkata Abu Qatadah, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, sesiapa yang telah melihat daku dalam mimpinya, maka sesungguhnya dia telah melihat yang benar (al-Haqq).Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim.

      Muhasabah: Mimpi pelajar UIA berjumpa Nabi Muhammad S.A.W

      Luangkan masa kalian untuk membaca.. ambil peringatan dari Baginda Nabi sempena keputeraannya tahun ini.. tunjukkan kecintaan pada Rasulullah s.a.w…

      Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. ..

      Ya Allah..lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga dr seorang insan yg dipilih Allah utk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006.
      yg dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud ‘kesayanganku’ , jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih Nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah2an suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik.

      Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah yang mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik2 yg lain. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi’ dgn ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ini.

      Akak ni memang diuji dengan sakit yg tak tahu apa punca sejak lebih setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya.Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu’ 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu’ itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari.

      Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yg terus2an menyakiti diri. Diceritakan makhluk2 halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata tempat, berjumpa doktor2 pakar, malah ulama’ yg faqih dalam ilmuperubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.

      Pagi Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah terlalu lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira2 jam 4.30 pagi utk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yg digagahkan, beliau ke bilik air utk berwudhu’ dgn memapah dinding dan segala apa yg mampu membantu beliau untuk berdiri. Habis berwudhu’, beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yg menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik,beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut. Disebabkan sakit yg mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, “Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd Rasulullah s.a.w. sendiri..”

      Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke dalam biliknya dan di baringkan di sana . Waktu itu, sahabat2nya telah pun ‘forward message’ pd rakan2 yg lain agar dibacakan surah Yasin kerana beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dgn nombor2 ahli keluarganya utk dihubungi kiranya ada apa2 berlaku dengan izin Allah. Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dgn tenang dalam waktu qoilullah, beliau bermimpi. Beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dgn tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya.

      Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dgn wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira2 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah. .indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya2, siapakah orang ini? cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruhkesengsaraan yg ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan, Assalamu’alaikum, ana Rasulullah.. ”

      Subhanallah. .baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan “Enti fil masjidi” (kamu sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi).. Allahuakbar!

      Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata: QalAllahuta’ ala;”InnaAllahama’ assobirin” (sesungguhnya Allah bersama orang2 yg sabar).

      Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan diciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tpditerjemahkan di sini) ; “Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti pelihara di dlm hati, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana..”

      Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya “Ya Allah..Baginda kenal ummatnya!”. Ya Rasulullah.. . Ketika itu, beliau dapat merasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya.

      Kemudian Nabi katakan lagi; “Sampaikan salamku buat sahabat2 seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti..” Nabi s.a.w. kemudian melafazkan; “Ummati.. ummati..ummati. ..” dan beliau nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yg suci mengalir utk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi.

      Beliau merintih, “Jangan pergi Ya Rasulullah.. ” tetapi Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi yg mulia, Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini? wallahua’lam. ..

      Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau masih dikelilingi oleh rakan2 yg turut terdengar rintihan beliau dalam tidurnya “Jangan pergi Ya Rasululah… ” Beliau kemudian menceritakan kpd para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah buat ummat Baginda. Semua yg mendengar menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang2 ingat pada Baginda sedangkan kita amat terhutang budi padanya. Lebih2 lagi kita sedar bahawa hanya syafaat Bagindalah yg dikejar di akhirat kelak.

      Ya Allah..ketika itu, tiada kata yg lebih tinggi drpd kalimah Alhamdulillah utk di rafa’kan pada Allah atas ni’mat yg begitu besar yg Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn ujian yg hanya sedikit berbanding insan2 yg lebih berat diuji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini.

      Usai solat Zuhur, rasa sakit yg ditanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau pujuk diri utk tidak menangis. “Apa sangatlah sakit yg aku tanggung ini berbanding nikmat yg Allah telah bagi utk melihat Baginda Nabi s.a.w..”

      Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi, tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan “Ya Allah, apa lagi yg hendak Engkau berikan buat hambamu yg hina ni, rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah…” Kemudian dgn izin Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan; “Assalamu’alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa’ ar-rasyidin. Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin ‘affan dan Ali..” Subhanallah. .Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yg mulia. Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakr yg amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah tegasnya, Saidina Uthman yg cantik sekali dan Saidina ‘Ali yg agak kecil orangnya.

      Para Sahabat mengatakan; “Kami diutuskan oleh baginda Nabi utk membantu enti..” Kemudian keempat2 mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg bermaksud:

      “Dan mereka mengikuti apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut.

      Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan ’sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir.’ Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu..”

      Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk2 yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar.

      Subhanallah. .waktu itu terus terasa seolah2 tubuhnya yg sakit dahulu ditukarkan Allah s.w.t. dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg setahun lebih ditanggung beliau dgn sabar. Saidina Abu Bakr mengatakan;

      “Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar..”Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya.Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus duduk. Rakan2 sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dgn mudah . Kemudian sahabat2nya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan alhamduliLlah. .dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar bilik. “Ya Allah, penyakit ana dah sembuh..” Semua sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu’. Dengan tubuh yang ‘baru’, beliau sujud syukur pada Allah s.w.t. “Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat diriku menjadi hamba-Mu yg bersyukur atas nikmat yg telah Engkau berikan..”

      Beliau berpesan pada kami; “Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik2 dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar…”

      Keperibadiannya indah. Cerminan al-Quran katanya ‘Aisyah ra.

      Dari semua aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah mengajar manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui baginda. Menuruti sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman.

      Mencintainya suatu kemuliaan…

      Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul didalam satu majlis bersama para sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelosah melihat sesuatu yang tidakmereka senangi di wajah Rasulullah saw. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah saw, “bukankah kami ini ikhwanmu?” Rasulullah menjawab, “Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku. .. Aku sangat rindu bertemu dengan mereka..”

      Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat- Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56)

      p/s: sungguh…berderaian air mataku mengalir..daku rindu akan dirimu..Ya Rasulullah!

      (kisah ini dinukilkan oleh sahabat Syamimi hasil pengalaman benar yang telah dilalui..pernah disebarkan melalui e-mel & blog sebelum ini..)sesungguhnya, ana sangat bersyukur kerana dilahirkan didunia ini sbgai ummat nabi Muhammad S.A.W…banyakkan lah berselawat dan mendengar zikir..insyaAllah kita semua akan mendapt syafaatnya di Akhirat kelak..wallahu’ alam..(*_ *)

      Nota: Orang2 yang bijaksana itu mengambil i’tibar, justeru, ambillah pengajaran kisah ini. 

       NOTA KAKI : ya allah bahagianya bila kita dapat bertemu dengan baginda Rasulullah saw.Manusia² yg terpilih sahaja yg mampu bermimpi bertemu dengannya.

      Friday, November 12, 2010

      204 DUNIA CUBA LAGI MEMPERSEDAKAN AGAMA KITA...ALLAHUAKHBAR..SUBHANAALLAH...!! :(

      salam semua.Yeah ari ni jumaat noh.Meks dah cuti.Lambat sikit update sebb meks buek kije rumah.hohoho.ingat cuti leh membuta tapi hampages.Tapi xper.mmg dah kije org perempuan.Memasak , membasuh pakaian, kemas rumah ..So the best terapi is SABAQ.kalo malas-malas mak mertua pun naik hantu da...hohoho walaupun meks xdak mak mertua lagi.walewa mekss gatal...

      Oke.masa meks buka fesbuk tadi meks ada terperasaan kawan meks share link.Meks dengan penuh ransangan membukannya.Perghh mata masa tu dah sakit walaupun nampak kecik besaq kecik besaq je gambaq tu. ni tuan punya fesbuk YAM SALLEH. Walaupun meks xmintak kebenaran nak kongsi gambaq ngan pemilik fesbuk tp meks percaya Puan Yam Salleh xkisah sebb meks cuba menyebarkan kelakhatan manusia yg cuba menjatuhkan agama kita, agama islam.huh meks emo ni!

      so ampa tgk la pix kat bawah ni.Sgt celaka dan lakhanat betul manusia yg cuba mendajalkan agama kita dan merendah-rendahkan agama islam.Kenapa agama Islam perlu dihina sebegini .DAMN IT!!!!


      Kenapa dunia mempermainkan agama kita..Ish meks nak ckp lebih pun takut, sebb takut tersalah cakap.risau...!!! tapi meks nak ampa tgk sendiri la kejahilan barat terhadap agama kita.!!!!

      NOTA KAKI : sedih teramat :(

      Tuesday, October 26, 2010

      187 : SYAITAN PUN TERKEJUT

      sekarang ni banyak betulkan cerita² kat FB..dulu byk video yg pelik² dan skrg ni cerita² yg penuh ketaqwaan..bgslah..!! berdakwah...ada baiknya juga ada fesbuk ni kan...Guna utk yg baik xper..jgn menyalahgunakannya sudeh..!! haha

      oke ari ni kita nak berkongsi sikit ceita..macam bagus utk dijadikan pandauan dan peringatan pada kita..sama² kita saling mengingati dan berkongsi perkara yang elok...Insyaallah ada jalan untuk kita..Amin..Kita ambik cerita ni kat fesbuk anas abdullah

      jom kita godek²

      -------------------------------------------------------------------------------------------------------------

      Ada seorang manusia yang bertemu dengan syaitan di waktu subuh.Entah bagaimana awalnya, akhirnya mereka berdua sepakat mengikat tali persahabatan.Ketika waktu subuh berakhir dan orang itu tidak mengerjakan solat,maka syaitan pun sambil tersenyum bergumam, "Orang ini memang boleh menjadi sahabatku..!"Begitu juga ketika waktu Zuhur orang ini tidak mengerjakan solat,syaitan tersenyum lebar sambil membatin, " Rupanya inilah bakal teman sejatiku di akhirat nanti..!"Ketika waktu asar hampir habis tetapi temannya itu dilihatnya masih juga asik dengan kegiatannya, syaitan mulai terdiam......

      Kemudian ketika datang waktunya maghrib, temannya itu ternyata tidak solat juga, maka syaitan nampak mulai gelisah,senyumnya sudah berubah menjadi kecut. Dari wajahnya nampak bahwa ia seolah-olah sedang mengingat-ngingat sesuatu.Dan akhirnya ketika dilihatnya sahabatnya itu tidak juga mengerjakan solat Isya', maka syaitan itu sangat panik.Ia rupanya tidak boleh menahan diri lagi, dihampirinya sahabatnya yang manusia itu sambil berkata dengan penuh ketakutan,"Wahai sahabat, aku terpaksa memutuskan persahabatan kita !"Dengan keheranan manusia ini bertanya, "Kenapa engkau ingkar janji bukankah baru tadi pagi kita berjanji akan menjadi sahabat ?".

      "Aku takut !", jawab syaitan dengan suara gemetar. "Nenek moyangku saja yang dulu hanya sekali membangkang pada perintah-Nya, iaitu ketika menolak disuruh sujud pada "Adam", telah dilaknat-Nya; apalagi engkau yang hari ini saja kusaksikan telah lima kali membangkang untuk bersujud pada-Nya (Sujud pada Allah). Tidak terbayangkan olehku bagaimana besarnya murka Allah kepadamu !", kata syaitan sambil beredar pergi.


      NOTA KAKI : Syaitan ada dimana²

      Sunday, October 24, 2010

      184 : JANJI SYAHID ALLAH ITU BENAR....

      salam..kita terpanggil utk berkongsi maklumat dari fesbuk..kita tgk pun dari fesbuk sepupu kita..dia pun ambik link..ni kot tuan puna link : Nur Fadzilah Md Jamil



      KISAH BENAR!!!(BUKTI GAMBAR DISERTAKAN..)

      Assalamualaikum Semua Warga BP,

      Pada 4/5/2010 (Selasa Pukul 10.00 pagi) saya dikejutkan dengan satu panggilan memberitahu anak saudara saya (anak abang) talah meninggal kerana mati lemas ketika keluar berdakwah selama 40 hari mengikut Jemaah Tabligh ke pendalaman Sabah. Tempat sebenar kejadian di Daerah Beluran,lebih kuran 21/2 jam perjalanan ke Bandar Sandakan. Remaja ini bernama Muhammad Huzaifah Bin Muhammad Huzazi. Berumur 21 tahun. Pelajar Ijazah Teknologi Alam Sekitar, Universiti Malaysia Terengganu.

      Kami berusaha membawa balik ke rumahnya di Sabak Bernam secepat mungkin. Namun kerana peraturan dan dokumentasi, jenazah hanya berjaya di bawa balik pada keesokan harinya. Tiba di Masjid Sri Petaling sebaik sahaja solat Asar berakhir. Sebaik sahaja kain kapan di buka saya melihat wajahnya seperti sedang tidur tanpa menunjukkan kulit pucat dan kaku seperti kebiasaan mayat. Saya teringat beberapa hadis yang memberikan tanda-tanda orang yang mati dalam keadaan baik(Husnul khatimah). Antaranya dahi berpeluh. Saya cuba mengusap dahi dan mukanya memang terasa berpeluh dan lembab. Darah juga masih mengalir segar.

      Ketika saya cuba menggantikan kapas di mulutnya kerana kapas tersebut telah penuh dengan darah, saya terkejut kerana darah segar merah masih keluar dari mulutnya dan mengenai kapas baru. Saya menyangkakan dia seperti masih hidup. Ramai jemaah selepas solat asar juga bertanya adakah benar dia sudah mati kerana nampak seperti sedang tidur. Ketika ibunya ingin menciumnya untuk kali terakhir, ibunya tertekan dadanya. Sekali lagi darah merah cair keluar dari mulutnya. Mengikut kelaziman, selepas hampir 2 hari dan disimpan didalam peti aiS jenazah ketika menunggu untuk dihantar pulang, sudah tentu mayat menjadi beku dan pucat. Darah pun sudah tentu telah menjadi beku dan mati. Namun kebesaran Allah s.w.t dan janjinya memang benar. Ketika manusia berlumba-lumba mengejar keduniaan, masih kedapatan manusia-manusia yang terpilih untuk mati syahid.

      Saya terpanggil menulis dan berkongsi cerita ini kerana dalam keadaan sosial para remaja yang semakin larut dengan budaya barat, marilah kita mengajak diri kita, anak2 dan kaum keluarga untuk kembali kepada ajaran Islam sebenar dan mengamalkan amal-amal Islami secara bersungguh-sungguh. Mudah-mudahan suatu hari nanti kita akan TERPILIH dalam golongan orang-orang yang mati syahid di jalan Allah s.w.t. Mengikut Ayahnya, Ayah angkatnya dan rakan2 universitinya, Huzaifah ini seorang remaja sangat berakhlak. Setiap masa terluang dihabiskan dengan berkunjung ke masjid dan surau bagi menunaikan ibadah dan kerja-kerja agama.

      Malahan sebahagian wang pinjamannya PTPTN; selain dari untuk yuran pengajian, digunakan untuk dakwah dan kerja-kerja agama.Malahan beliau beberapa kali memberitahu kepada ayahnya yang setiap kali cuti semester panjang, beliau akan ke Sabah kerana disana terlalu ramai orang sudah tinggal kan Islam (Murtad) dan jika masih Islam pun tapi tiada amalan Islam. Masjid dan surau kosong tiada jemaah. Ketika selepas sembahyang Subuh hari sebelum beliau meninggal lemas ketika mandi di sungai, beliau telah berpesan kepada rakan-rakannya supaya meneruskan usaha dakwah dan mengembalikan orang-orang yang jauh daripada Islam kepada Islam semula. Amat mengagumkan dan membuatkan saya terasa amat kerdil dan tiada nilai.

      Semoga roh beliau ditempatkan dalam golongan syuhada sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah s.w.t.

      PERSOALANNYA, diri kita, keluarga dan anak-anak kita bagaimana? adakah
      telah pasti terselamat dari seksa alam akhirat? sama-sama kita renungkan.

      ** gambar2 diambil ketika jenazah sampai di masjid sri petaling.

      wassalam

      ..sumber: dari email







      NOTA KAKI:
      Bagi kita pemuda ini adalah contoh terbaik untuk di ikuti oleh remaja sekarang..kita tidak berpesan pada org lain..sama ada org lain nak ambik serius , kita xkisah..kita cuma terinsaf seketika.. Subhanaallah..itula ayat pertama yg kuar dari mulut kita..semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman..Amin..

      Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya, “Setiap mata akan menangis pada hari kiamat kecuali mata yang menutup dari melihat sesuatu yang haram, mata yang berjalan malam dalam jihad pada jalan Allah dan mata yang menitiskan air mata sekali pun sebesar kepala lalat kerana takutkan Allah.” (H.R Abu Naim)

      Saturday, October 16, 2010

      CANTIK KER KUKU PANJANG

      View Image


      Jangan simpan kuku panjang walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayang kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.


      Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi, jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut. potonglah kuku anda.

      mengikut fakta sains pula, kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri.


      RASULULLAH S.A.W BERSABDA: YANG ERTINYA: Barang siapa yang mengerat/memotong kukunya pada ;

      * Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit

      * Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan

      * Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

      * Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
      * Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

      * Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

      * Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya
      rahmat daripada Allah Taala.


      so kepada sesiapa yg berasa diri sgt cantik bila mempunyai kuku yg panjang cam langsuir anda silap la weihh!! cantik kat dunia tp better cantik kat sana kan...!! kan


       NOTA KAKI : pada para isteri xyah dok simpan kuku panjang-panjang, sat g kan ..kan kan kan...abg marahh..tercakar benda len..huahuahua..