[ assalamualaikum ]
aku terbaca soratkabar pagi ni..tiba tiba
Guru dipenjara 11 tahun, 10 sebatan
MELAKA – Sepatutnya seorang guru perlu memberi contoh teladan yang baik kepada masyarakat terutama bab penyalahgunaan dadah yang menjadi musuh nombor satu negara.
Namun semalam, seorang guru Bahasa Melayu sekolah rendah di Tengkera dihukum penjara 11 tahun dan 10 kali sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini atas dua pertuduhan memiliki dadah tahun lalu.
Hakim Datuk Ahmadi Asnawi menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd. Sallehin Abu Samah, 29, yang mengaku salah dan selepas meneliti semua fakta kes yang dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Salwa Mhd. Asrar.
Pada pertuduhan pertama, tertuduh didakwa memiliki dadah jenis kanabis seberat 270.86 gram di tempat letak kereta Jalan Melaka Raya 3, Taman Melaka Raya, Bandar Hilir pada 11 Mac 2010 pukul 7 petang.
sumber : kosmo
NotaKaki : Aku rasa terus hilang respek bila ada segelintir guru yang sanggup menggadai dan merogol kesucian dan kewibawaan profesion seorang guru.Sepatutnya guru menjadi contoh yang terbaek untuk masyarkat di luar.Tapi sebaliknya yang berlaku.Nak kata tiada didikan agama dan tidak mempunyai kelayakan yang bagus , xmungkin....Tapi fenomena yang berlaku dalam negara skrg ni yang mana profesion perguruan dijadikan sebagai pilihan utama sebagai jalan mudah setelah tidak mendapat pekerjaan.Ramai sangat dah skrg bila habis belajar,apply untuk menjadi cikgu walaupun mempunyai Ijazah / Diploma .Profesion perguruan zaman sekarang tidak seperti zaman dahulu yang menjadikan profesion sebagai satu amanah yang sangat berat.Korang sendiri boleh membezakan sendiri...apa yang pasti skrg " MUDAH SANGAT SEKARANG NAK JADI CIKGU " kerana nila setitik rosak susu sebelanga.
16 comments:
itu belum doktor lagi.uhu
adus memalukan profesion perguruan....
mama da follow you....
kat tempat saya lg dahsyat..seperti kata nazmi raja lawak "ehhhh...dahsyat betollah..!!" seorang ustaz (mengajar kat skolah mnengah) sanggup mencabul kehormatan seorang pelajar O.K.U..
adoii..memalukan... tp xsemua guru cam tue.. hanya kerana nila setitik... abis semuanyer...
susah nak cakap kan..
professsion sesorg tu bkn lagi lambang keperibadian org itu.
tepuk dada tny selera..
angkara dadah, semua lingkup. tak kisah laa guru ke apa ke. dadah memang najis yg sngt2 kotor. smoga i akan jd guru yang sentiasa mnjaga keperibadian and nilai seorg guru yg sebenar. amin.
angkara dadah, semua lingkup. tak kisah laa guru ke apa ke. dadah memang najis yg sngt2 kotor. smoga i akan jd guru yang sentiasa mnjaga keperibadian and nilai seorg guru yg sebenar. amin.
jln2 sambil follow.. :)
@tulus sweet
HAHAHA..DOKTOR KER..AISEMEN..NGERI3X
@mama wanie
TAU XPER MAMA..MMG MEMALUKAN
@mrs.sabri
YA ALLAH MMG DASYAT...
TU BUKAN USTAZ TU TAPI MANUSIA YANG BERTOPENG BINATANG....
HUH BENCI ORG MACAM NIE
@cikgu ainura
TAU XPE..XSEMUA MCM TU...HANYA SEGELINTIR
@kakngah
AA KAK NGAH...SKRG NI MANUSIA SAMA JER...
PROFESION SESEORANG TIDAK MENJAMIN KEHORMATAN DAN KEPERIBADIAN SESEORANG
@Attoae
INSYAALLAH...I DOAKAN U BERJAYA MENJADI PENDIDIK YANG MENDIDIK ANAK BANGSA DENGAN BERDEDIKASI
@Attoae
INSYAALLAH
@eclipsesweet
TENKIU DEAR
Post a Comment