Saturday, August 20, 2011

ALEX MAMPU BERGANDINGAN DENGAN MAT YOO



Azamuddin Mohd Akil (kiri) ketika beraksi bersama Pahang ketika melawan Kelantan dalam liga super 2011.


PENYERANG pinjaman Kelantan, Azamuddin Mohd Akil dilihat mampu menjadi gandingan hebat Norshahrul Idlan Talaha selepas berjaya meraih gol tunggal buat The Red Warrior dalam perlawanan persahabatan kelmarin.

Jurulatihnya, Datuk M Karathu berkata, beliau berpuas hati dengan corak permainan yang ditunjukkan pemain skuad Pahang yang lebih dikenali sebagai Alex itu.

”Namun begitu, kita akan terus menilai Alex dalam beberapa perlawanan lain, sebelum menghadapi saingan Piala Malaysia musim 2011 kelak, walaupun dia dilihat semakin serasi dengan corak permainan pasukan Kelantan,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Sementara itu, Karathu menafikan mengintai khidmat pemain Kuala Lumpur selepas pasukan itu dikatakan sedang mengalami masalah kewangan.

“Buat masa ini, kita masih belum ada perancangan untuk mendapatkan khidmat pemain lain kerana saya mahu memberi peluang kepada pemain muda negeri ini untuk beraksi di peringkat yang lebih tinggi,” katanya.

Yong Kuong Yong, Shahrul Abdul Kalam dan Norazlan Razali merupakan antara nama yang dikatakan sedang dalam pemerhatian beberapa pasukan Liga Super termasuk Kelantan, Perak dan Johor FC.


Sumber : Sinar Harian, 20 August 2011


sila klik untuk menyaksikan hasil jaringan Alex : KLIK



NotaKaki : Saya  melihat Alex menunjukkan aksi yang sangat hebat bersama-sama dengan The Red Worriors.Alex telah menjaringkan dua gol setakat ini hasil dari dua siri perlawanan persahabatan Kelantan dalam Pra Piala Malaysia 2011.Go Alex.Anda sangat hebat.Diharap anda dapat bersama-sama dengan pemain lain membantu mempertahankan Piala Malaysia.Gomo Kelate Gomo.

2 comments:

Anonymous said...

GOMO! WE'RE WARRIORS.....

Admin said...

Assalamualaikum....

alhamdulilah... berita bola sepak tempatan dah mendapat tempat dalam review di blogger-blogger di Malaysia... kalau sebelum ini asyik sangat blogger-blogger kita dengan liga luar negara..

Kelantan membangun dengan perancangan sukan yang terancang dan bersistematik. Dari jatuh ke Liga FAM hingga kini menjadi pencabar utama tiap perlawanan dalam Liga Malaysia...