Kemeriahan Piala Malaysia 2011 edisi yang ke 85 dicemari dengan kenaikan harga yang dibuat oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM ) yang agak melampau dan tidak salah jika dikatakan ianya merupakan tiket paling TERMAHAL dalam sejarah.Ekoran dari itu, Wisma FAM dilaporkan telah di simbah dengan plastikplastik yang mengandungi catcat yang berwarna merah, dan laman rasmi milik FAM dan MSL juga telah digodem oleh orang yang tidak bertanggungjawab.Ha ha ha , tak bertanggungjawab kah, tapi aku rasa memang padan muka FAM.Bangsat pada anak bumi sendiri.Huh.
Lupakan apa yang berlaku .Cuma apa yang aku ingin sampaikan disini adalah kemeriahan Piala Malaysia tahun ini pasti tidak sama seperti tahuntahun sudah ekoran dari kegagalan Kelantan memasuki final.Dulu, bila bercakap tentang Kelantan dan bola, pasti akan ada yang beranggapan yang tidak baik pada Kelantan.Ya yang buruk itu, datang dari Kelantan dan yang good good itu dari negeri lain.Pasni kalau ada berita berita kurang enak bila tamatnya Piala Malaysia pada sabtu ini, yang pasti bukan dari peminat dari Negeri Kelantan sebab kami semua berada di depan TV sahaja.Hanya menjadi penonton sambil makan fish and chip .Yeah Peace yeah!!!
Tapi kerinduan untuk memasuki final itu pasti akan ada.Teringat akan gelagat para penyokong yang sentiasa gilagila dan happening.Inilah kami sebagai seorang peminat tegar bolasepak Kelantan.
tak pedulilah apa orang nak kata pada penyokong Kelantan.Hanya jauhari yang mengenal manikan dan kalau lagi sweet orang kata tak kenal maka xkenal cinta, bila dah kenal terjatuh cinta.Aduhh sayang..
tak pedulilah apa orang nak kata pada penyokong Kelantan.Hanya jauhari yang mengenal manikan dan kalau lagi sweet orang kata tak kenal maka xkenal cinta, bila dah kenal terjatuh cinta.Aduhh sayang..
Dan pastinya fenomena anakanak gadis ke stadium sudah sinomin tanpa pandangan prejudis.Kini wanita dan bola sepak adalah suatu trend hidup di dunia yang semakin maju.Kedatangan anakanak gadis yang bergaya ke stadium menjadi penyeri selain memberi sokongan pada pasukan sendiri.Kemeriahan ini pasti akan menghidupkan suasana yang sedia happening. :) Tahniah aweksaweks. !
Dan bila bercakap mengenai peminat bolasepak, pastinya ianya tidak akan tertumpu pada orang dewasa mahupun dikalangan anak gadis, tetapi jugak turut diminati oleh golongan cilik ini.Pastinya pendedahan dari peringkat yang lebih muda ini, pasti akan menyemarakkan lagi semangat cintakan The Red Warriors di masa hadapan.Tahniah kepada ibubapa anak cilik ini yang telah menerapkan semangat Warriors dalam anakanak mereka.Kehadiran anak kecil ini pasti akan mencuit hati penonton lain dengan aksi comel mereka.
dan gambar ini mampu memberi sejuta inspirasi kepada kita betapa semangat nya anak cilik ini.
Dan pastinya saatsaat ini akan menjadi kerinduan kepada seluruh peminat bolasepak di negeri Kelantan.Kita terpaksa akur akan kegagalan pasukan kita untuk mempertahankan Piala Malaysia setelah berjaya merangkul kejuaraan Piala Malaysia yang pertama kali dalam sejarah bolasepak Kelantan.Tetapi insyaAllah kita akan kembali merampas takhta kejuaraan ini kembali pada tahun hadapan dengan dimantapkan lagi dengan barisan pemain yang terbaik yang telah dipilih .Jadi ayuh bangkit Warriors. Gomo Kelate Gomo.
Penyokong Kelantan adalah penyokong terbaik di Malaysia.Seperti yang pernah di katakan oleh Zainal Abidin Rawop pengulas sukan di Nadi Arena, Kalau ingin merasakan dunia bolasepak sebenar, kunjungilah Stadium Sultan Muhammad IV.
No comments:
Post a Comment