SELEPAS teruk dikritik kerana menaikkan harga tiket final Piala Malaysia sehingga RM50, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) cuba untuk ‘menyejukkan’ hati peminat bola sepak tanah air apabila membenarkan mereka masuk secara percuma menyaksikan perlawanan persahabatan skuad bawah 23 tahun negara menentang Laos di Stadium Shah Alam, Ahad ini, jam 4.45 petang.
Keputusan FAM itu pastinya akan disambut baik Ultras Malaya yang sebelum ini merungut kerana badan induk bola sepak tanah air itu mengenakan tiket RM20 bagi menyaksikan perlawanan skuad muda negara menentang Nepal dalam aksi persahabatan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, 15 Oktober lalu.
Ketika ditanya apakah alasan di sebalik sifat ‘bermurah hati’ FAM kali ini, Pengerusi Jawatankuasa Tiket dan Pintu FAM, Datuk S Sivasundaram berkata, pihaknya sentiasa cuba membantu meringankan beban penyokong tempatan jika mampu berbuat demikian.
“Jika boleh, kami bagi masuk percuma, kami akan bagi. FAM akan cuba memberi keutamaan kepada penyokong bola sepak Malaysia,” katanya. ketika dihubungi Arena Metro semalam.
Sementara itu jurulatih negara, Ong Kim Swee menyambut baik keputusan FAM yang membenarkan penyokong Malaysia masuk secara percuma untuk memberi sokongan kepada anak buahnya menentang skuad bawah 23 tahun Laos.
Sumber : Harian Metro ( 28 Oktober 2011)
Notakaki : Hamboi pandai plak FAM play with wind ni ye.Ingat pemberian tiket Malaysia vs Laos ini akan menutup segala kelemahan mereka.Istilah membodek peminat bolasepak dengan pemberian tiket percuma ini berjaya untuk peminat bola yang kaki ampu, yang menyokong bila dalam keadaan macam ini, tetapi tidak bagi seorang peminat bolasepak sejati.Apa pun yang dibuat oleh FAM tetap tidak dapat mengaburi mata seorang peminat bolasepak sejati.FAM perlu telus dalam tindakannya.Jangan mengambil kesempatan atas kecintaan kami terhadap bolasepak.Tanpa kami sukan bolasepak tak kan kemanamana dan jangan membunuh bolasepak Malaysia wahai FAM.