Sunday, November 27, 2011

KELANTAN TERSINGKIR DARI SAINGAN PIALA EMAS RAJA RAJA 2011





JUARA bertahan, Kelantan gagal meneruskan kemaraan ke suku akhir Kejohanan Piala Emas Raja-Raja 2011 selepas sekadar seri tanpa jaringan dengan Perlis dalam aksi Kumpulan D di Kota Bharu petang tadi.

Sebaliknya Perlis yang merupakan finalis musim lalu, mengiringi Melaka ke suku akhir dari Kumpulan D.

Melaka muncul juara Kumpulan D sekalipun tewas 2-3 di tangan Kuala Lumpur dalam perlawanan terakhir kumpulan petang tadi.

Melaka mengumpul enam mata diikuti Perlis dan Kelantan dengan empat mata.
Perlis mengetepikan Kelantan berdasarkan kelebihan gol yang lebih baik berbanding juara bertahan itu.

Pasukan lain yang turut mara ke suku akhir ialah Selangor, PDRM dan Pulau Pinang.

Sumber l Sokernet


No comments: