Friday, November 4, 2011

KHAIRUL FAHMI CHE MAT l HENTI KRITIK SAYA



KHAIRUL Fahmi Che MatTapi bagilah kritikan membina: Khairul Fahmi

KHAIRUL Fahmi Che Mat memohon kepada peminat bola sepak segera menghentikan kritikan ke atasnya kerana mahu memberi fokus 100 peratus membantu Harimau Muda mempertahankan pingat emas Sukan SEA di Jakarta.
“Peminat boleh kritik tapi bagilah kritikan yang boleh membina semangat. Jika mahu terus mengkritik biarlah ia berkaitan prestasi di dalam padang.
“Bagi saya semua ini harus ditolak ke tepi. Saya tidak mahu terlalu memikirkan mengenai soal lain dan hanya mahu fokus kepada Sukan SEA saja,” kata penjaga gol skuad negara itu, semalam selepas dipalit kontroversi baru membabitkan soal peribadinya, baru-baru ini.

Malaysia membuka tirai perlawanan Kumpulan A menentang pasukan tetangga, Singapura, Isnin ini.

Ketika sama dia tidak menganggap ia satu masalah baru dengan pelantikan Baddrol Bakhtiar selaku kapten pasukan ke Sukan SEA.

“Tidak ada sebarang masalah,” kata Apek yang menerima apa saja keputusan jurulatih, Ong Kim Swee. 
Dia menambah: “Baddrol pemain lebih berpengalaman berbanding saya dan berhak diberi tugas ini.

“Bagi saya siapa dipilih kapten tak penting. Apa perlu dilakukan adalah beri komitmen penuh dan saya ajak rakan lain memberi kerjasama kepada Baddrol untuk pulang membawa pingat emas sekali lagi.” 


Sumber l Kosmo Online 4 November 2011




NotaKaki : Bila dah kena baru nak pikir.Bila buat tak nak pikir kesannya.

2 comments:

hUnnEE a.k.a mrS cAun said...

ko yg cari pasal....trima jer la...manusia mana yg boley tutup mulut...!!

shah said...

abih la punah karier