SHAH ALAM: Penyerang pasukan Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha dipilihuntuk menerima Anugerah Supermokh Pemain Paling Bernilai pada majlisAnugerah Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-Astro Arena-FAM 2011, Rabu.
Norshahrul yang juga merupakan penyerang kebangsaan menerima anugerahini dua tahun berturut-turut dan menyifatkan ia sangat bermakna dalamkerjayanya sebagai pemain bola sepak.
"Katagori ini dianggap sengit memandangkan rakan sepasukan, Khairul Fahmi Che Mat dan Safiq Rahim (Selangor)turut dicalonkan.
"Namun saya gembira dipilih untuk merangkul anugerah ini buat kali kedua berturut-turut.Saya akan jadikan anugerah ini sebagai motivasi untuk terus mempamerkan aksi terbaik pada musim depan," katanya yang juga turut dinobatkan sebagai Penyerang Terbaik.
Calon-calon bagi kategori ini dipilih berdasarkan aksi dalam Liga Super dan Liga Perdana.
Sementara itu, kategori Pemain Pertahanan Terbaik diraih oleh pemaindari pasukan Negeri Sembilan, Norhafiz Zamani Misbah manakala bagi Pemain Tengah Terbaik disandang oleh Safiq Rahim.
Kategori Penjaga Gol Terbaik menjadi milik Khairul Fahmi Che Mat selepas bersaing dengan dua lagi calon iaitu Mohd Sharbinee Allawee Ramli (Terengganu) dan Mohd Farizal Marias (Negeri Sembilan).
Irfan Bakti Abu Salim menjadi pilihan untuk merima gelaran sebagai Jurulatih Terbaik selepas membawa pasukan Terengganu juara Piala FA dan naib juara Piala Malaysia 2011.
"Saya gembira kerana penat lelah saya selama ini akhirnya dihargai. Terima kasih kepada semua, lebih-lebih para pemain yang telah meletakkan saya di tempat sekarang," katanya yang bakal melatih pasukan Selangor musim depan.
Selain itu, Anugerah Pemain Harapan Terbaik jatuh kepada Wan Zack Haikal Wan Noor (Harimau Muda A) selepas mempamerkan aksi cemerlang dalam liga tempatan dan juga peringkat kebangsaan.
Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) pula dianugerahkan sebagai Persatuan Negeri Terbaik manakala pasukan PKNS Selangor menerima anugerah sebagai Kelab Bola Sepak Terbaik.
Sumber : Mystar
1 comment:
asra xde? kecewa...huhuhuuu
Post a Comment