Wednesday, December 14, 2011

APA NASIB SAFEE SALI DI LIGA ‘HARAM’ INDONESIA? | ISL TIDAK DIIKTIRAF PSSI, FIFA DAN AFC |




 

Safee Sali kemungkinan akan berdepan risiko yang cukup parah sekiranya beliau terus kekal bersama Pelita Jaya FC yang bersaing dalam Liga Super Indonesia (ISL). Kenapa? Kerana ISL kini merupakan liga ‘haram’ yang tidak mendapat pengiktirafan badan induk bola sepak dunia, FIFA dan juga AFC.
Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) tidak mengiktiraf ISL berikutan beberapa krisis yang melanda persatuan berkenaan dengan pentadbir ISL, dan kini PSSI menubuhkan Liga Premier Indonesia (IPL) sebagai liga rasmi bola sepak negara berkenaan. Kita tak perlu memikirkan sangat pasal isu bola negara berkenaan yang serabut perut tu. Kini nasib Safee Sali menjadi taruhan. Sekiranya beliau terus kekal bersama liga yang tidak diiktiraf oleh FIFA dan AFC maka beliau tidak akan dibenarkan sama sekali bermain untuk mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa. Jadi apa tindakan Safee selepas ini? Khabarnya beliau akan terus kekal bersama kelab berkenaan.


CikKuKuBesiPenumBuk : Balik Main dengan Malaysia la Safee, kalo ada tawaran dari kelab luar lain baru terima..Sayangi kerjaya anda yang sedang meningkat naik.


1 comment:

Unknown said...

tengah best form safee tu...mcm2 hal pulak kat indo..