Sunday, December 11, 2011

ULTRAS KELANTAN THE RED MANIA l BANNER HIDUP MATIKU KELANTAN DITURUN , PRIDE OF KELANTAN DINAIKKAN



Setelah hampir sebulan bercuti dari Curva Gate H, semalam menyaksikan komrad komrad UKTRM melepaskan KESURUPAN di curvanya.Kemeriahan stadium Sultan Muhammad IV bertambah apabila dikhabarkan 20,000 ribu penonton memenuhi segenap stadium walaupun ianya merupakan perlawanan persahabatan sahaja.Kehadiran penonton yang membanggakan ini adalah disebabkan ingin melihat kelibat pemain import Muhammad Ghaddar itu sendiri.Tetapi jumlah ini memang biasa bagi Stadium Sultan Muhammad IV.

Alhamdulillah, Kelantan berjaya membenam pasukan lawan dengan mudah dengan jaringan 2 berbalas 0 dengan salah satu daripadanya merupakan jaringan dari pemain import Kelantan iaitu Muhammad Ghaddar.Ramai penonton yang memuji pemain ini bermain dengan baik disamping gandingan mantap beliau bersama 'pemain paling bernilai' , Shahrul Idlan Talaha.

Tetapi motif utama artikel ini ditulis bukan untuk mengulas mengenai perlawanan semalam sebaliknya ingin menulis tentang banner ultras kelantan yang menjadi perdebatan hangat di kalangan peminat bola sepak Kelantan.

HIDUP MATIKU KELATE menjadi tajuk atau perdebatan yang hangat oleh semua peminat bolasepak Kelantan.Apabila hal banner ini diutarakan atau dibincangkan, ramai yang memberi pendapat , ada yang mencemuh, ada yang memberi sokongan dan ada juga menjadi silent readers.Seperti yang telah dijelaskan oleh pihak kami sendiri, perkataan HIDUP MATIKU KELATE digunakan hanya sekadar simbolik kepada semangat kesukanan sahaja.

Namun ramai yang mempertikaikan HIDUP MATIKU BUKAN KELATE SEBALIKNYA HIDUP MATIKU HANYA ALLAH SWT.Pelbagai hadis dan terjemahan serta tafsir Al-Quran yang diberikan kepada pihak kami termasuklah printscreen persoalan yang lebih kurang sama dari Ustaz Azhar Idrus.

Dan disini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peminat bolasepak Kelantan khususnya yang memberi komen dan pendapat ke arah kebaikan.Jutaan terima kasih.Atas inisiatif kami yang menerima pendapat orang ramai, kami telah bersetuju untuk menurunkan banner HIDUP MATIKU KELATE tetapi sebaliknya di gantikan dengan PRIDE OF KELANTAN.

Penurunan banner HIDUP MATIKU KELATE bukan kerana kami kalah dengan psikologi perang yang di berikan oleh penyokong KELANTAN tetapi kami  menerima pendapat umum sekiranya pendapat itu mampu membawa kepada kebaikan.Dakwaan yang mengatakan bahawa ada diantara golongan atau puak puak ultras tidak boleh menerima pendapat umum adalah disangkal sama sekali kerana kami memang boleh menerima kritkan asalkan ianya boleh membawa suatu perkembangan ultras yang lebih maju dan kami menolok pergaduhan sesama peminat hanya kerana banner kami kerana kita sama sama menyokong pasukan kita , yang berbeza adalah cara sokongan sahaja.





Jadi diharap dengan pergantungan banner baru kami iaitu PRIDE OF KELANTAN yang pertama kali digantung di GATE H semalam berjaya membuka mata penonton Kelantan khususnya untuk mendekatkan diri di GATE H dan bersama sama menyertai UKTRM dalam satu usaha untuk mewujudkan satu fenomena baru di dalam stadium.

Untuk pengetahuan semua juga, ULTRAS KELANTAN tidak ditaja oleh mana mana pihak sebaliknya kami mengeluarkan duit poket kami untuk membuat semua banner ini dan alatan alatan lain.Kami bergerak secara sendiri dan segala kos perbelanjaan samada untuk membuat banner, alatan seperti gendang  dan lain lain serta alatan untuk tifo adalah menggunakan duit sendiri yang dikumpul setiap kali perlawanan.

Besar juga harapan kami agar semua pihak dapat membuka mata serta tidak ada lagi ada suara suara yang masih mempersoalkan perihal banner kami ini.Biarkan ada mulut mulut yang masih berbunyi akan kehadiran ULTRAS di stadium, kerana kami akan tetap berada di curva kami.Ultras tidak akan meninggalkan curvanya dan akan sentiasa ada.

Dan secara peribadi saya ( cikkukubesipenumbuk ) PRIDE OF KELANTAN  yang ditulis di dalam penggunaan bahasa Inggeris adalah untuk kearah INTERNATIONALE..Biar satu dunia tahu tentang negeri KELANTAN memandangkan kita juga akan bertanding dalam Piala AFC.

jadi mari kita sama sama memartabatkan sukan bolasepak KELANTAN .

Cebisan gambar sekitar perlawanan di antara KELANTAN VS TERENGGANU T-TEAM















JADI KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT UNTUK BERSAMA KAMI , ANDA BOLEH DATANG TERUS KE CURVA KAMI DI GATE H .ANDA HANYA PERLU MEMBAWA JIWA DAN SEMANGAT SERTA MEMAKAI KASUT SERTA MEMAKAI TSHIRT HITAM DAN MAFLA KELANTAN ATAU MALAYSIA.

JANGAN MALU JANGAN SEGAN KERANA KAMI SENTIASA MENGALUKAN KEDATANGAN ANDA.

No comments: