Thursday, July 8, 2010

sy nak corak inai corak england bole...?

yuhuuu musim kawen dah habes dan perang henna atau inai pun dah xder..sapa-sapa yg pakai henna dengan corak yg xtrem pada bukan musim kawen dia adalah ' hilang kewarasan '. Sanggap k apa pakai henna..skung ni dah jadi trend kan org perempuan pakai inai dengan corak yg teroverdosh u alls..mcm ner tu..! mmgla cantik lau si pemakainnya kulit putih tp lau mcm missyani ni yg ala-ala neomi Cambell ni mcm tu u olls..sapa mau jawab ..hahaha..kebetulan ada pic inai ni dah jumpa  blog Islam is The Way of Life yg best sal islam terus copy..maaf ye incik..sy memcopy untuk pengetahuan berguna...

Photobucket

Photobucket

Penjelasan Pertama:

Imam An-Nawawi dalam fatwa al-Majmu’ berkata lelaki diharamkan memakai inai pada tangan dan kaki kecuali pada rambut mereka. Wanita bersuami diharuskan memakai henna di tangan dan kaki mereka.

Manakala mazhab Hanafi dan Maliki pula, lelaki dan perempuan diharamkan ke atas mana-mana tubuh anggota kerana ia adalah sama seperti memakai wangian.

Ini diriwayatkan daripada Khawlah Bint Hakim daripada ibunya bahawa Rasulullah S.A.W memberitahu kepada Ummu Salamah, “Jangan memakai sebarang wangian ketika kamu berada dalam ihram. Juga pada henna kerana ia juga adalah wangian.” (Diriwayatkan oleh At-Tabarani dalam Al-Kabir, Al-Baihaqi dalam Al-Ma’rifah, dan Ibn Abdil Barr di dalam At-Tamheed)

Diriwayatkan dari Aishah bahawa seorang wanita mengisyaratkan di belakang tabir bahawa dia ingin menyampaikan surat kepada Baginda s.a.w. lalu baginda melihat tangan itu seraya Baginda bersabda: “Aku tidak tahu sama ada ini tangan lelaki atau perempuan.” Perempuan itu menjawab: “Aku adalah seorang wanita.” Baginda bersabda: “Sekiranya kamu seorang perempuan, berbezalah dengan memakai henna (inai) dijarimu.” (HR Abu Dawud)

Dua hadith di dalam hal ini, wanita diharuskan memakai inai pada tangan dan kaki mereka. Tetapi berwaspada sekiranya tujuan pemakaiannya adalah untuk seperti memakai wangian dengan tujuan tabarruj, maka ia adalah haram.

Hadith yang kedua, bahawa galakan Rasulullah S.A.W menyuruh kaum wanita untuk memakai inai pada tangan adalah untuk berbeza antara lelaki dan perempuan. Di sini datang pula hadith Nabi s.a.w bahawa Allah melaknat lelaki yang menyerupai perempuan dan perempuan yang menyerupai lelaki.

Rujukan:
Fiqhus Sunnah, Sayyid Sabiq.

Penjelasan Kedua:

Dari Abu Hurairah r.a Nabi s.a.w bersabda : “Allah mengutuk wanita yang mempergunakan (memberikan) rambutnya untuk (menyambung) rambut wanita lain, wanita yang menyambung rambutnya dengan wanita lain, wanita yang membuat gambar di kulitnya (tubuh) dengan tusukan dan wanita yang meminta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan (alat pengukir)” (Hadis bil. 1685 : Sahih Bukhari)Jelas Dato’ Abu Hasan Din Al-Hafiz : “ inai berukir ala tatu tak boleh! Ia dilaknat Allah. Inai berukir bentuk awan larat atau bentuk gambar itu dalam kategori tatu, kalau nak pakai inai, pakailah betul-betul hujung jari”.

Dato’ Abu Hasan Din Al-Hafiz bekas Pegawai Agama Islam di Istana Negara, Kuala Lumpur .

Penjelasan ketiga:

Tarikh Keputusan: 2 Oct, 2009

1. Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa di dalam Islam para fuqaha’ sepakat memutuskan bahawa pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.
2. Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.
3. Muzakarah juga memutuskan bahawa pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.
4. Muzakarah juga bersetuju supaya garis panduan pemakaian inai ini disediakan oleh JAKIM dengan memasukkan bersama nas-nas hadis yang berkaitan dengan unsur-unsur syirik dalam penggunaan corak atau ukiran inai.

so u alls berpada-padala pakai inai walaupun cntik..tok sah dok ngada nak pakai suka-suka lau seru anda lom sampai..

9 comments:

Unknown said...

owh..cmtuh...
wey..cantek r corak nyer tuh...t kte nk kawen nk wt corak cm tuh lar..

Shey Lokman™ said...

alamak , mcm cantek je inai (:

Cik Kuku Besi Penumbuk said...

eiffel :

mmg cntik pun..
teringin jer nak buat..
ala beb ko nak kawen bila..
ntah3 tyme ko tu corak lahi gempak beb...

Cik Kuku Besi Penumbuk said...

shey :

cntik sgt...

terokai seni said...

eh kan ke fatwa inai yang merah kat kuku tu je, bukan inai cam hindu yang dok lukih-lukih ni yang dibenarkan kot... inai hindu tu dah cam tattoo la pulakkk

Cik Kuku Besi Penumbuk said...

cemomoi :

entahla..xleh nak jawab..
tp mmg inai hindu tu cm tatu

Nur Hawa Mohd Zin said...

awe ada bace gak pasal inai ni...tq for peringatan ni..awe copy ye

Cik Kuku Besi Penumbuk said...

hawa :

oke xper..untuk pengetahuan semua xdak masalah

bounoh said...

bangai mandum awak kah! keun kajak beut2 ilee. . .
pap ma. .