malam sudeh kan..hu hu hu..apa citer yg menarik malam ni..!! mcm xder citer best jer kan..!! eh korang penah baca paper x sal ada bahaya meletakkan laptop atas peha! hohoho..saja nak kongsi maklumat sebb aku pun suka sgt letak laptop atas peha tp ada alas bantal okeh..tp still jugak rasa bahang panas tu..
sumber : KOSMO
tarikh : xtau..
Pengguna-pengguna yang suka meletakkan komputer riba di atas paha mungkin perlu memikirkan semula tabiat itu kerana ia boleh mengakibatkan sindrom kulit terbakar, menurut sebuah kumpulan penyelidik dari Switzerland dalam satu artikel yang disiarkan oleh jurnal *Pediatrics*.
Sindrom itu menyebabkan warna kulit tidak sekata dan berbintik-bintik ekoran terdedah pada bahang panas dalam tempoh yang lama. Dalam satu kes terbaru, seorang budak lelaki berusia 12 tahun mengalami
simptom tersebut di paha kiri selepas dia bermain permainan video beberapa jam sehari dalam tempoh beberapa bulan. Kes lain turut melibatkan seorang pelajar jurusan undang-undang dari Virginia, Amerika Syarikat (AS) yang terpaksa mendapatkan rawatan setelah kakinya mengalami masalah sama.
Dr. Kimberley Salkey yang merawat pelajar tersebut terkejut apabila mengetahui dia menyiapkan tugasan dengan menggunakan komputer riba yang diletakkan di atas pahanya selama enam jam sehari.
GAMBAR yang disiarkan dalam jurnal Pediatrics menunjukkan paha kiri seorang budak lelaki 12 tahun berwarna kemerah-merahan seperti melecur akibat meletakkan komputer riba di atas pahanya.
Suhu di bahagian bawah komputer itu boleh mencecah 52 darjah Celsius. Ia merupakan salah satu daripada sepuluh kes berkaitan komputer riba yang dilaporkan dalam jurnal-jurnal perubatan sejak 2007.
Walaupun secara umumnya tidak berbahaya, ia bagaimanapun boleh mengakibatkan kulit menjadi gelap secara kekal.
Menurut Dr. Andreas Arnold dan Peter Itin dari Hospital Universiti Basel, kerosakan kulit itu boleh menyebabkan kanser kulit. Sebelum ini, sindrom itu berlaku dalam kalangan pekerja yang terpaksa berada
dekat dengan haba panas seperti pembuat roti dan peniup kaca. - AP
nota kaki : so beringat la dulu sebelum terkena...aku pun dah naik seram dowh..better follow jer ...apa apa pun yg baik kita ikut dan yg xbaik tu xyah la kita ikut..huhuuhuhu
24 comments:
woah . kene hati2 nieh :) nnti hitam la peha . hee~
@ⒸⒶⒽⒶⓎⒶ
tula beb..kena hati2 dah lepas ni
x sanggup letak laptop atas peha utk tempoh yang lama...
panas beb!
selalu letak laptop atas betis kering:)
wuih... bahayanya...
@belalang hijau
tula belalang..mmg xsanggup kan..
eeee panas ...
info yg menarik ni..thanks sy bru tau..
@L@g3nd@ buD@k N@k@L
bahaya tu..nanti betis tinggal tulang jer..hahha..
@Amirrah Zawani
beb hati2 lepas ni tau
bahaya seyh.. leh kanser.. huh!
kalo lappy atas fail???hehehe..sje wat pelik...thanks 4 da info
@cintatehO
sharing is caring
@ASaDa RyutaRo
tau xper..so kena hati2 hokeh
@Silent Walker
ha saja buat pelik kan dia nih..hehehe
tp bkn laptop tu maksud dia atas peha ke?
@Hairun Ariffsyah Bin Yusof @ Hashim
huhuh.xsurela plak hairun
nasib baek sy jenis suka layan lappy atas meja.. hehe.. mmg panas pon kalau letak kt atas paha..
nice sharing.. =)
@Solihin Zubir
oke solihin..sy dah takut nak letak atas peha..hehee
yeah..!! nsb bek xwat camtu pun..
letak atas meja.. wehee~
letak atas meja sudah..=)
latest entry ringan sedikit beban di bahu
hahah....klu yang warna kulit hitam letak lelame xpe..
@ello
so lepas ni jgn buat tau..bahaya..huhuhhu
@ZACK ENTRY
aa letak atas meja sudeh
@fendi_scropio
makin hitam le beb...
nanti xleh pakai skirt..xder market
Post a Comment