KISAH BENAR!!!(BUKTI GAMBAR DISERTAKAN..)
Assalamualaikum Semua Warga BP,
Pada 4/5/2010 (Selasa Pukul 10.00 pagi) saya dikejutkan dengan satu panggilan memberitahu anak saudara saya (anak abang) talah meninggal kerana mati lemas ketika keluar berdakwah selama 40 hari mengikut Jemaah Tabligh ke pendalaman Sabah. Tempat sebenar kejadian di Daerah Beluran,lebih kuran 21/2 jam perjalanan ke Bandar Sandakan. Remaja ini bernama Muhammad Huzaifah Bin Muhammad Huzazi. Berumur 21 tahun. Pelajar Ijazah Teknologi Alam Sekitar, Universiti Malaysia Terengganu.
Kami berusaha membawa balik ke rumahnya di Sabak Bernam secepat mungkin. Namun kerana peraturan dan dokumentasi, jenazah hanya berjaya di bawa balik pada keesokan harinya. Tiba di Masjid Sri Petaling sebaik sahaja solat Asar berakhir. Sebaik sahaja kain kapan di buka saya melihat wajahnya seperti sedang tidur tanpa menunjukkan kulit pucat dan kaku seperti kebiasaan mayat. Saya teringat beberapa hadis yang memberikan tanda-tanda orang yang mati dalam keadaan baik(Husnul khatimah). Antaranya dahi berpeluh. Saya cuba mengusap dahi dan mukanya memang terasa berpeluh dan lembab. Darah juga masih mengalir segar.
Ketika saya cuba menggantikan kapas di mulutnya kerana kapas tersebut telah penuh dengan darah, saya terkejut kerana darah segar merah masih keluar dari mulutnya dan mengenai kapas baru. Saya menyangkakan dia seperti masih hidup. Ramai jemaah selepas solat asar juga bertanya adakah benar dia sudah mati kerana nampak seperti sedang tidur. Ketika ibunya ingin menciumnya untuk kali terakhir, ibunya tertekan dadanya. Sekali lagi darah merah cair keluar dari mulutnya. Mengikut kelaziman, selepas hampir 2 hari dan disimpan didalam peti aiS jenazah ketika menunggu untuk dihantar pulang, sudah tentu mayat menjadi beku dan pucat. Darah pun sudah tentu telah menjadi beku dan mati. Namun kebesaran Allah s.w.t dan janjinya memang benar. Ketika manusia berlumba-lumba mengejar keduniaan, masih kedapatan manusia-manusia yang terpilih untuk mati syahid.
Saya terpanggil menulis dan berkongsi cerita ini kerana dalam keadaan sosial para remaja yang semakin larut dengan budaya barat, marilah kita mengajak diri kita, anak2 dan kaum keluarga untuk kembali kepada ajaran Islam sebenar dan mengamalkan amal-amal Islami secara bersungguh-sungguh. Mudah-mudahan suatu hari nanti kita akan TERPILIH dalam golongan orang-orang yang mati syahid di jalan Allah s.w.t. Mengikut Ayahnya, Ayah angkatnya dan rakan2 universitinya, Huzaifah ini seorang remaja sangat berakhlak. Setiap masa terluang dihabiskan dengan berkunjung ke masjid dan surau bagi menunaikan ibadah dan kerja-kerja agama.
Malahan sebahagian wang pinjamannya PTPTN; selain dari untuk yuran pengajian, digunakan untuk dakwah dan kerja-kerja agama.Malahan beliau beberapa kali memberitahu kepada ayahnya yang setiap kali cuti semester panjang, beliau akan ke Sabah kerana disana terlalu ramai orang sudah tinggal kan Islam (Murtad) dan jika masih Islam pun tapi tiada amalan Islam. Masjid dan surau kosong tiada jemaah. Ketika selepas sembahyang Subuh hari sebelum beliau meninggal lemas ketika mandi di sungai, beliau telah berpesan kepada rakan-rakannya supaya meneruskan usaha dakwah dan mengembalikan orang-orang yang jauh daripada Islam kepada Islam semula. Amat mengagumkan dan membuatkan saya terasa amat kerdil dan tiada nilai.
Semoga roh beliau ditempatkan dalam golongan syuhada sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah s.w.t.
PERSOALANNYA, diri kita, keluarga dan anak-anak kita bagaimana? adakah
telah pasti terselamat dari seksa alam akhirat? sama-sama kita renungkan.
** gambar2 diambil ketika jenazah sampai di masjid sri petaling.
wassalam
..sumber: dari email
NOTA KAKI:
Bagi kita pemuda ini adalah contoh terbaik untuk di ikuti oleh remaja sekarang..kita tidak berpesan pada org lain..sama ada org lain nak ambik serius , kita xkisah..kita cuma terinsaf seketika.. Subhanaallah..itula ayat pertama yg kuar dari mulut kita..semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman..Amin..
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya, “Setiap mata akan menangis pada hari kiamat kecuali mata yang menutup dari melihat sesuatu yang haram, mata yang berjalan malam dalam jihad pada jalan Allah dan mata yang menitiskan air mata sekali pun sebesar kepala lalat kerana takutkan Allah.” (H.R Abu Naim)
59 comments:
nice entri, org yg baik akan dibalas ngn baik. semoga rohnya aman disana.
Kasi Pecah! : http://goo.gl/TOwP
insyaallah,semoga roh beliau dicucuri rahmat.jikalah allah tk bukakan hidayah pada seseorang itu memang susah bagi orang itu taat pada ajaran islam.sebab itu itu bila sembahyang..bykkan minta ampun pada allah dan bukakan pintu hati..kita pun tk tau bila akan dipanggil juga..mungkin arini ,esok..allah saja yg tahu...aminnn
moga kita pun ditempatkan dikalangan org yg beriman insyaAllah....
jom baca entry Ibu Pembohong
moga rohnya sentiasa dirahmati allah..
@suffer8zine
insyaallah..roh2 org yg beriman mmg dijanjikan tempat yg paling mulia..
insyaallah..amin
@diana
yela kot..sebb td buka fb ..tgk cazen kita share link macam menarik tu yg nak dikongsi bersama..moga2 kita mendapat ikhtibar
@bloggerman
betul tu..kita xtau ajal kita bila..semua ni kerja ALLAH swt ..pada yag masih hidup jadikannya sebagai satu teladan yg sgt berguna..
@Nasir Bravo
insyaallah..semoga kita ditempatkan dikalangan org yang beriman..amin
@tiefazatie
insyaallah amin..semoga roh arwah ditempatkan dikalangan org yg beriman..amin
thanks for sharing :) al-fatihah utk arwah
Semoga rohnya ditempatkan bersama orang2 yang beriman...
@Mama Zharfan
sama2 kak.
semoga menjadi teladan bg sy dan juga blogger lain
@Izzuddin Fauzi
insyaallah.amin
semoga rohnya bersama para fisabilillah...
masyaAllah...hebatnya kuasa Allah kan. moga rohnya di tempatkan di kalangan org2 yg soleh~~
Besarnye kekuasaan Allah.. di dunia pun Dia dah tunjuk..
mampukah kite menjadi sepertinya? :(..
@si biskut
insyaallah amin..
@Izan Ishak
amin...insyaallah..semoga rohnya ditempatkan di kalangan org yg beriman
@LadyBird
insyaallah..sama2 la kita berdoa agar kita juga ditempatkan dikalangan mereka2 yg beriman..amin..
subhanallah..!!!!!
@Khazanah_Illahi
semoga arwah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman
al-fatihah....
Subhanallah..
Teringat masa myna uruskan jenazah adik untuk di bawa pulang ke kampung.. agak rumit urusannya. Kalau bernasib baik akan jadi cepat urusan penghantaran pulang tu diuruskan..
Moga Arwah tenang di sana & ditempatkan di kalangan hamba2 yang soleh.
Jadikan apa yang tersurat ini sebagai satu pengajaran buat kita ke depan hari. InsyaAllah.
Al-fatihah~~
@tsaicoutic tranmorphersys
alfatihah..semoga arwah ditempatkan di kalangan org yg beriman
@Amyna
kita teringat masa arwah abah kita...tp abah kita meninggal sebb sakit..huhuhu...tp terkesima jugak la bila membaca tadi..teringat terus dkt arwah..
yer jadikan ianya satu pengajaran pada kita..amin
semoga arwah abah kita dan pemuda ini berada di kalangan org yg beriman..amin
subhanaallah...
insyaallah... amin.... Allah maha besar
@mama hidayahamin
semoga dosa2 arwah semasa hayatnya diampunkan..amin..
@hbb
allah swt telah menjanjikan yg elok bila umatnya melakukan apa yg disuruh dan menghindari kemungkaran..insyaallah
al-fatihah..
smg rohnya aman di sana..
@NOOR FATIN
insyaallah fatin..amin
pernah baca kisah ni dalam blog saudara arwah sblm ni...wnita atau lelaki sentiasa mempunyai peluang utk dapat syahid andai sentiasa mendekatkan diri kepada Allah..
yang paling seronok dan menakutkan ialah,wanita paling mudah masuk syurga dan paling ramai dalam neraka..semoga Allah memelihara kita.
@masmur
ya betul tu..mudah2an allah mempermudahkan urusan kita di bumi ini..
semoga rohnya sentiasa diberkati dan ditempatkan di kalangan orang orang beriman .
subhanallah... semoga arwah d tptkan bsama mereka yg beriman... Al Fatihah...
saya follow awak... thanks singgah...
Ya Allah, kisah ini bagaikan seruan kepada hati untuk bertaubat.. moga Kau beri kekuatan dan hidayah kepada kami juga.
Amin.
Salam ziarah. Mohon backlink.
@bungakuning .
Amin..sama2 la kita berdoa kesejahteraan nya disana..Insyaallah..
@Asma Jalalyna
alfatihah
@Asma Jalalyna
thansk sebb follow sy
salam, subhanallah...beruntung krn menjadi pilihan Allah utk mati syahid...semoga kita juga mendapat peluang yg sama..InsyaAllah
Saya follow blog yg hebat ni n sudilah pula follow Mazha 2010...tq
peristiwa memali yang sgt menyedihkan...
kerajaan jahanam!
Al-FATIHAH...
@apokalips
insyaallah ..harapannya ianya dapat membuka hati bukan sahaja saudara tp juga saya..insyaallah..amin..mudah-mudahan
@Abhamz
yer beliau seorang yg sgt beruntung kerana menjadi pilihannya..alhamdulillah..
terima kasih kerana folow belog sy..sy tidak hebat cuma berkongsi maklumat...
@Solihin Zubir
kenapa..sy xfhm ayat anda..huhu..
knp tiba2 ada kerajaan jahanam
@Solihin Zubir
Alfatihah
wah..beruntungnya sesiapa yang dapat penghormatan begini..dunia sebenar hanya ruang untuk mencipta peluang di akhirat....alhamdulillah...bebarlah janji Allah
Al Fatihah...
@ASSOYFINGER67
tula..hanya insan2 yg terpilih sahaja yg diberi keistimewaan ini..
subhanaAllah..anak muda ini memang syahid..alhamdulillah
Al-Fatihah buat allahyarham... Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan tempat orang2 yang solih.. amin....
@orang muo
yer ..beliau syahid kerana agamanya..alhamdulillah...
@muazlumut
al fatihah..
@Wanzie
amin..insyaallah..sama2 kita mendoakan kesejahteraan arwah..amin
baca sampai hbs...nice n3..thks dear
subhanAllah...ya Allah...smgoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan org2 yg soleh...bestnye mati syahid..
berdoa sentiasa supaya syahid dijalanNya..walaupon mninggal ketika blaja atau kerja,andaikata niat dan nawaitu jihad keranaNya,insyaAllah mndapat syahid:)
@suzie rahman
sama2 kasih..sharing is caring
@alexa yussida
insyaallah amin...
Post a Comment