Saturday, November 20, 2010

224 : Pendermaan Organ, Pengorbanan Tulus Yang Terpinggir


Tarikh & masa : November 20 , 2010 sabtu..12.15 pm
Mood : masih lagi kuciwa
Background music : 3 malam tanpa bintang - Fiq mentor


.assalamualaikum.

hai hai hai awk² semua.Ada baik kah..tadi kita syok betul read² pasal pendermaan organ manusia ni.serius meks xtau dari hukum hakam menurut islam.Meks pun xpernah nak bertanya tapi dok dengar depa dok habak je la.Ada yg habak berdosa besaq sebb mengubah ciptaanNya , mcm ner kita dilahirkan macam tu la bila kita mati esok².Tadi mcm tertarik.lepas dok read² dok baru la leh bercakap kata ooohh begitu ek..baruku tahu..!! meks baca kat Mingguan Wanita on9

Photobucket
cover Mingguan wanita


Photobucket


Sambutan Aidiladha tak akan lengkap tanpa membicarakan tentang isu pengorbanan. Dalam kita memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim yang sanggup menyembelih anaknya sendiri ke jalan Allah seharusnya kita turut mengambil kira mengorbanan apakah yang perlu kita lakukan mengikut kehendak zaman.

Konsep berkorban tidak semestinya berkorban harta, wang ringgit, tenaga, masa dan sebagainya tetapi juga sesuatu yang boleh menyelamatkan nyawa insan yang memerlukan, yakni pendermaan organ.
Namun, sejak dahulu apabila isu ini diketengahkan, ramai yang teragak-agak dan takut melakukan pengorbanan ini. Malah, sejak mula diperkenalkan dan setelah pelbagai kempen dilakukan, tidak ramai yang tampil untuk menjadi penderma organ.

Adakah masyarakat tidak peka tentang isu pendermaan organ, kempen yang dilakukan tidak cukup berkesan atau masyarakat sememangnya takut untuk melakukan pengorbanan yang sebegini besar. Ikuti tinjauan MW tentang cara pengorbanan yang cukup tulus namun dipinggirkan ini.

Sedar tapi tak sanggup

“Pendermaan organ antara isu selalu diperkatakan, lebih-lebih lagi apabila ramai pesakit yang kini menanti dengan penuh harapan untuk mendapatkan organ baru bagi meneruskan kehidupan normal dan sihat.

“Malangnya, sambutan dari kalangan penderma tidak memberangsangkan, malah kita kekurangan organ untuk melakukan pembedahan untuk pesakit-pesakit ini. Isu ini sengaja diketengahkan supaya dapat menambahkan kesedaran kepada masyarakat agar lebih ramai lagi yang akan tampil menderma.

“Lima tahun lepas, empat pembedahan dapat dilakukan tetapi kini tiada lagi kerana ketiadaan organ daripada penderma. Alhamdulillah, pesakit pertama yang kita lakukan pembedahan tidak lama dahulu telah berjaya dan kini dapat meneruskan kehidupannya.

“Tetapi kini, semakin lama semakin ramai pesakit dalam senarai menunggu dan pihak kami tidak dapat melakukan pemindahan organ oleh kerana ketiadaan organ daripada penderma. Lebih malang lagi, ada di antara pesakit yang menunggu terlalu lama meninggal dunia.

“Sebenarnya, kita mempunyai ramai pakar untuk melakukan pembedahan, begitu juga kelengkapan yang mencukupi. Namun apa yang mengecewakan, tiada organ untuk kami jalankan pembedahan pemindahan.

“Semakin lama, senarai pesakit menunggu semakin bertambah. Jikalau berkurangan senarai pesakit, bukanlah disebabkan kami dapat membuat pembedahan membantu mereka, tetapi disebabkan mereka meninggal kerana ketiadaan organ untuk mereka.

“Kita kekurangan penderma dan diharap media dapat terus memberi kesedaran kepada orang ramai. Oleh itu, peranan media amat penting selain daripada usaha kami menjalankan kempen kesedaran agar lebih ramai yang menyertai menjadi penderma.

“Sekarang, ramai yang membaca dan sedar tentang pendermaan organ, tetapi masih belum ada kesanggupan daripada mereka untuk menderma,” demikian menurut Dr. Ashari Yunus, Perunding Bahagian Respiratori, Institut Perubatan Respiratori Hospital Kuala Lumpur ketika ditemi di Majlis Temuramah Media bersama pesakit yang menanti untuk pembedahan pemindahan paru-paru di Institut Jantung Negara (IJN).
Boleh menderma tetapi ada syaratnya

Mengambil pandangan dari sudut agama, menurut Ustaz Rahimin Bani yang juga merupakan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Negeri Melaka yang menyatakan di Malaysia isu menderma organ bukanlah satu perkara yang baru malah ia telah dilakukan sejak lama dahulu malah fatwa asas mengenainya telah dikeluarkan pada tahun 1970-an.

Dalam mesyuaratnya yang pertama pada 23 dan 24 Jun 1970, Jawatankuasa Fatwa Majlis Hal Ehwal Agama Islam Malaysia telah memutuskan bahawa pemindahan mata dan jantung daripada orang yang telah meninggal dunia kepada orang yang masih hidup hukumnya harus. Tidak dinafikan, segelintir umat Islam menyimpan persepsi bahawa individu yang menderma organ seolah-olah tidak sempurna jasadnya apabila ia dikebumikan kelak.

Hakikatnya, apa yang difikirkan itu kurang tepat kerana Islam tidak pernah melarang umatnya dari menderma organ kerana ia merupakan amalan mulia sekali gus menyumbang kepada kerja-kerja kebajikan.Begitu juga fatwa-fatwa ulama di peringkat antarabangsa yang menjelaskan hukum yang sama dengan meletakkan empat syarat utama yang perlu diambil kira sebelum melakukan sebarang pemindahan.

Antaranya, tiada alternatif lain yang boleh menyelamatkan nyawa pesakit, tidak mendatangkan mudarat besar kepada penderma dan penerima organ, pendermaan organ perlu dilakukan dengan ikhlas disusuli niat untuk membantu semata-mata kerana Allah S.W.T dan pendermaan organ hendaklah mendapat keizinan dari penderma serta seluruh ahli keluarga atau warisnya.

“Berdasarkan fatwa yang sama, jawatankuasa memutuskan sebarang pemindahan organ perlu dilakukan dalam keadaan mendesak yakni mustahak yang mana nyawa penerima hanya bergantung kepada pemindahan organ itu sahaja sekali gus menjangkakan peratusan kejayaan yang tinggi.

“Selain itu, bagi sebarang pemindahan jantung, kematian penderma perlulah dipastikan terlebih dahulu sebelum organnya dipindahkan kepada individu yang memerlukan. Rentetan itu, tindakan sewajarnya harus diambil supaya tidak berlaku sebarang kes pembunuhan dan pemerdagangan anggota-anggota manusia kerana dalam kes kematian biasa, kebenaran dari penderma harus diperoleh, begitu juga dengan kematian akibat kemalangan atau yang seangkatan dengannya,” terangnya bersungguh-sungguh.
Umat Islam tak perlu ragu

Ada ketikanya, timbul kebimbangan sama ada boleh atau tidak penerima organ Islam menerima organ dari penderma bukan Islam dan begitu juga sebaliknya. Dalam hal ini, Ustaz Rahimin mengaitkan senario tersebut dengan pandangan dari Dr. Abdul Hayei Abdul Syukur yang mengambil kira pendapat beberapa tokoh ulama semasa seperti Dr. Ahmad al-Syarbasi, Syeikh Mutawalli al-Sya’rawi, Dr al-Qaradawi dan lain-lain lagi yang dianggap bernas dan positif sekali gus menyatakan pendermaan organ masyarakat Islam kepada penerima bukan Islam atau sebaliknya tidak perlu diragui.

Ini kerana organ-organ itu tidak boleh disifatkan sebagai muslim atau tidak kerana ia sekadar alat yang sama ada baik atau buruknya bergantung kepada empunya badan. Sekiranya ia dipindahkan dari individu kafir kepada individu Islam secara automatiknya organ tersebut menjadi anggota orang Islam yang tunduk kepada budaya serta cara hidup Islam sebenarnya kerana ia digunakan untuk bersolat dan menunaikan ibadah kepada Yang Maha Esa.

 NOTA KAKI : terbaikla Mingguan Wanita utk bulan ni.Nampak gaya kena p dok langgan la .huhuuh.banyak info yg sgt berguna .

2 comments:

aibaks said...

uih..mulia tul sikap ni.. menderma organ.. huhu.. takutnyer..

zaL_cdpx said...

berkorban lah demi kebaikan umat islam bersama