Wednesday, November 24, 2010

231 : L.O.V.E


tarikh & masa : November 24, 2010 1.00 pm ..
mood : sedang ingin bercinta
background music : Bintang 14 - Kangen Band


oh meks sebenarnya dalam hati ada taman sabit tu meks nak tulis pasal L.O.V.E. maaf noh .meks jadi begitu romantika de amor kejap utk post kali ni.Tapi awk bacalah..


dear Ahmad Faiq bin Haji Ahmad Farid 

awak, saya sayang awak.Apa yg saya luahkan adalah bukan kerana paksaan tapi kerana telus dari hati saya.Dari pengalaman cinta kita sebelum ini.:))


0000000000000000000000000000000000000000000000000 


Cinta itu sesuatu yg sangat indah jika kita memilikinya.Keindahan cinta mampu membuat keseluruhan hidup menjadi lebih bermakna.Bermakna kerana memiliki seseorang yang menyintai kita dengan tulus hati.Keagungan cinta akan lebih menjadi indah andai kata kita menyintainya tanpa perasaan ragu.Keraguanlah sebenar yang akan meragut keindahan cinta kita padanya.


Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tiada di sini kita utk mendampingi kita.Akan ku sebut namamu di dalam setiap doaku.Hanya doa sahaja yg mampu diberikan sebagai untukmu tahu keikhlasan hati ini.


Bila cinta sudah tiada musnahlah hidup.Musnahla harapan.Segala impian hanya tinggal impian.Perginya cinta akan merobek segala-segalanya.Merobek impian untuk bersama, merobek impian untuk sehidup semati dan akan merobek sehingga terjatuh tanpa mampu bangkit kembali.Hanya kenangan dan air mata yang akan menemani, menjadi peneman yang paling setia sehingga di mamah usia.Cinta janganlah pergi......


Cinta bukan mengajar kita untuk menjadi lemah, tetapi sebenarnya cinta lah yg membangkitkan kekuatan.


Sakit bila menyintai seseorang yang tidak menyintai kita tetapi lebih menyakitkan bila kita menyintainya tetapi kita tidak berani untuk menyatakan rasa cinta kita.Jangan simpan kata-kata cinta kita pada insan yg kita cintainya sehingga dia meninggal tanpa mampu dia mendengarnya dan hanya mampu menyatakan rasa cinta kita pada pusara yang kaku dimamah bumi.Sebaliknya ungkaplah rasa cinta kamu selagi dia ada dan selagi hayat dikandung badan tanpa rasa jemu.


Jangan pernah putus asa untuk mencari cinta sekiranya cinta yg sebelumnya tidak mampu memberi kebahagian.Allah swt mungkin ingin menemukan kita dengan cinta yang salah sebelum kita bertemu dengan orang yang betul betul tepat untuk kita dan berdoalah untuk mendapat cinta yang sempurna dan kita seharusnya mengerti untuk berterima kasih atas peluang dan kurnianNya.


Sesiapapun akan pandai bercakap mengenai cinta tetapi tiada siapa yang pandai untuk menilai sebuah cinta kerana cinta hadir tanpa paksaan , hadir bersama kasih sayang dan hadir bersama perasaan.tidak perlu untuk menghina cinta jika kita pernah gagal bercinta.


0000000000000000000000000000000000000000000000000 


xder dah! sudehhh..to be continue........................


NOTA KAKI : Tuhan mengangerahkan kita 2 kaki untuk berjalan, 2 tangan untuk memegang , 2 telinga untuk mendengar dan 2 mata untuk melihat.Tetapi mengapa Tuhan menganugerahkan sekeping hati pada kita?Kerana Tuhan telah memberikan sekeping hati lagi pada seseorang untuk kita mencarinya.Itulah namanya CINTA.