Sunday, March 6, 2011

317 : Isteriku Robot

assalamualaikum

arghh pagi ahad yang sangat malas dan lemau.Malas betul p kerja ari ni.Semalam xdpt tido.zzzzzz...tido satg kat opis kot.haha.teruk betul...

ampa baca dak lagi Berita Harian Edisi BMDUA [ bole klik SINI ]..uits hebat bebenor la orang Jepun ni.Depa leh cipta Robot yang boleh mengambil alih tempat wanita.terer terer terer.memang meks tabik spring la dekat sainstis depa.Pulun sungguh depa ni..


Foto

mengikut artikel itu

" Kehadiran robot ini bukanlah masalah sebaliknya satu hikmah andai memudahkan urusan orang ramai seperti membantu golongan memerlukan baik yang kurang upaya dan warga tua, namun jika sudah sampai menyalahgunakan kemajuan teknologi untuk menghasilkan mesin kaku menggantikan fungsi sebenar manusia, ia bukanlah sesuatu yang boleh dipertimbangkan lagi. "

tetapi,
" Maka lahirlah gelaran isteri tiruan yang mungkin pelik bagi kita tetapi satu keseronokan kepada segelintir insan yang mengutamakan nafsu. Situasi yang tidak dapat diterima akal ini dilihat sebagai satu bentuk diskriminasi zaman moden, dengan menterjemahkan perkahwinan sebagai hubungan antara tuan dan hamba.

Buktinya, bulan lalu, robot perempuan dihasilkan oleh sebuah syarikat Britain sebagai alat bantuan seks. Ia digelar 36C berdasarkan ukuran dadanya. Ia menyusuli ‘kelahiran’ robot perempuan seperti Actroid - setiausaha serba sempurna oleh saintis Jepun pada 2003 dan robot projek Aiko pada 2007 yang boleh bercakap dalam bahasa Jepun dan Inggeris, yang dicipta di Kanada.

Bagaimanapun, kelahiran Actroid dan Aiko lebih mulia peranannya berbanding 36C yang dicipta seorang jurutera elektrik dan saintis komputer Amerika Syarikat, Douglas Hines, yang pernah bekerja di Makmal AT&T Bell.
Hines turut berterus terang yang rekaan terbarunya, Roxxxy itu adalah ‘robot seks.’

“Ia adalah hamba cinta,” kata Hines ketika ditemubual ABCNews.com ketika itu sambil menambah ia berharga antara AS$500,000 (RM1.5 juta) dan AS$1 juta (RM3 juta) dan mengambil masa sehingga dua tahun setengah untuk dicipta.

Pelanggan yang mahukan Roxxxy sebagai teman boleh meminta syarikat berkenaan menghasilkan robot mengikut kehendak mereka. Bagi menghasilkan robot yang kelihatan dan dapat beraksi sebagai pasangan sesuai, pelanggan perlu mengisi soal selidik untuk memberikan petunjuk kepada jurutera mengenai personaliti robot berkenaan.

Walaupun prototaip robot itu dihasilkan berdasarkan seorang penuntut wanita kulit putih dengan ketinggian 1.5 meter dan 54 kilogram berat, pelanggan boleh memilih warna rambut dan mata,
 
urm xnak la cakap banyak,Tapi yang pasti lepas ni meks pasti ramai yang akan jadi macam ni

-
-
V

 


sebab pemalas sangat.Semua robot nak buat.Fungsi manusia pun dah xnampak manusia sangat dah!!!! 




oke sekian!!
NotaKaki : tapi lau memang dasar pemalas tu pemalas la jugak gemuk jugak..!!!

3 comments:

efa said...

huhu isteri robot kehkeh ada gak yea hehehe

Anonymous said...

sume nak guna robot ni susah jugak... abis la pempuan-pempuan tak laku... robot tak tukar bentuk badan.. huhuhu

fasham said...

eeh takut lah dah mcm x de perempuan dh ke kat muka bumi ni...