Saturday, June 25, 2011

PIALA PRESIDENT SI ADIK PUN HEBAT JUGAK ...GKG

Pasukan Presiden Kelantan : kredit pic untuk President Worriors


Semalam Piala Presiden telah menyaksikan pertembungan pasukan di antara Kelantan dan Johor bagi pusingan suku akhir di Stadium Sultan Muhammad IV.Kelantan telah berjaya memperolah kemenangan dengan jaringan 2 berbalas 0 ( Johor ).Gol kemenangan Kelantan di jaringkan oleh Mohd Farhan Yaacob dan Zamri Ramli.Kemenangan pasukan Kelantan menjadi bekalan  untuk pusingan seterusnya yang akan berlangsung di Johor.

Walaubagaimanapun kedua² pasukan mempamerkan aksi cemerlang dan saling balas membalas serangan tetapi malangnya masih tiada gol dapat dilakukan oleh kedua² pasukan pada separuh masa pertama.Tetapi apa yang diperhatikan separuh masa pertama memperlihatkan Kelantan banyak melakukan serangan demi serangan di gawang gol pihak lawan tetapi bola seakan susah untuk dijaringkan dan ditambah pula dengan ketangkasan penjaga gol pihak Johor, Mohd Amaro Syafiq menjada gawang.Mohd Amaro Syafiq terpaksa bekerja keras dan menghadapi tekanan yang cukup hebat dari Kelantan.

Tetapi selepas sepak mula separuh kedua ditiup, penjaga gol Johor Mohd Amaro Syafiq sekali lagi di asak dengan serangan yang berganda dari pihak Kelantan.Asakan demi asakan akhirnya membuahkan hasil apabila   minit ke 69 gol sulung Kelantan berjaya di jaringkan oleh Mohd Farhan Yaacob.

Pihak Johor mempunyai banyak peluang untuk mendapatkan jaringan tetapi peluang itu disiakan².Sekali lagi pihak lawan berputih mata apabila masuk minit ke 77 menyaksikan kehebatan Kelantan dengan berjaya menjaringkan gol hasil rembatan hebat dari Zamri Ramli.Kekecewaan berganda jelas kelihatan di setiap wajah pemain Johor dan tekanan makin dirasai selepas jaringan kedua.Asakan demi asakan dari pihak Johor masih juga tidak menampakkan hasil sehinggalah wisel penamat ditiup.

Kemenangan ini membuktikan bahawa pasukan Piala President Kelantan adalah hebat dan kemenangan ini akan menjadi bekalan selesa buat kita untuk bertemu sekali dengan Johor di Johor nanti. 


Penonton tetap penuh di bahagian Scoreboard 

Kelihatan penuh penyokong Trw di Astaka

Kehadiran penonton juga harus dipuji kerana sanggup memberi sokongan kepad pasukan piala President walaupun hujan seawal jam 8 malam.Walaupun kehadiran penonton tidak penuh tapi kemeriahan dirasai.Penonton yang berada di Astaka agak penuh sebagai langkah berjaga sekiranya hujan.Dan kemeriahan stadium juga dirasai dengan paluan gendang di sudut scoreboard yang sentiasa meriah dan penyokongnya yang ' sporting '.

Sokongan tanpa henti oleh Ultras The Red Mania juga dipuji kerana berjaya memprovokasikan pasukan lawan.Saiko yang sememangnya mampu memberikan pasukan lawan tekanan harus diberikan pujian kepada Ultras Kelantan yang memberi sokongan tanpa jemu selama 90 minit.Kehadiran komrad Ultras The Red Mania dimeriahkan oleh kehadiran kanak² yang begitu bersemangat memberi sokongan walaupun baru pertama kali bersama kami, Ultras The Red Mania.Jumlah komrad semalam di anggarkan 50 orang dan ianya boleh dikatakan ramai walaupun untuk liga piala president.


Apa² pun tahniah di ucapkan kepada pasukan piala president Kelantan kerana bergaya menewaskan pasukan Johor dengan bergaya.Diharapkan pasukan piala presiden mengekalkan corak mainan ini dan seterusnya berjaya memasuki ke peringkat akhir.Gomo Kelate Gomo.




No comments: