Sunday, June 26, 2011

SIFAT PEMAAF ADALAH SATU KEMULIAAN.






Memaafkan itu adalah lebih baik kan.

Kisah mengenai Cik Wahyu Liana telah mendapat perhatian dari segenak lapisan masyarakat terutamanya yang bergiat aktif dalam facebooking ni.Inilah realiti alam yang sedang berlaku sekarang , semakin canggih dan berteknologi dunia manusia semakin gila .Gila Gila dan terus menjadi gila kerana tidak pandai menggunakan teknologi ini.




Semasa saya menulis entry tersebut , memang saya akui saya dalam keadaan yang beremosi tapi cepat² saya buang perasaan itu agar entry saya tidak menyakitkan hati mana² pihak dan saya risau sekiranya saya mengeruhkan lagi keadaan.InsyaAllah dan Alhamdulillah niat saya hanya satu ..Ingin membuktikan bahawa KAMI ORANG KELANTAN TIDAK SEBURUK DAN SEHINA SEPERTI YANG DI JAJA



Alhamdulillah Cik Wahyu Liana telah pun membuat kenyataan maaf secara terbuka di dalam blognya.Alhamdulillah sekali lagi saya panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana keberanian beliau ini.Keberanian beliau harus dibanggakan kerana saya sangat percaya beliau sekarang di dalam tekanan yang sangat teruk .Hebat sungguh dugaan adik kita ini.Dikecam oleh rakyat Kelantan dan juga rakyat negeri² lain yang tidak bersetuju dengan tindakannya dan juga tentulah mendapat tekanan dari keluarga dan juga rakan² terdekat.Wallahualam.

Saya tahu ramai yang tidak dapat menerima permaafan terbuka yang dibuat beliau tetapi sekurang²nya beliau mengakui silapnya dan meminta maaf.Memang saya akui parut dan kepedihan itu masih ada tetapi kenapa kita sebagai manusia yang qhilaf , yang sentiasa membuat kesilapan dengan senang hati memaafkannya.Siapa kita untuk tidak memaafkan orang lain.Nabi sendiri memaafkan umatnya inikan kita hanya manusia biasa.!!

Saya menyeru semua rakyat Kelantan agar memaafkan Cik Wahyu Liana kerana sikap kurang cerdik dan matang beliau.Sudah²lah membenci beliau.Memaafkan itu adalah lebih baik .Seperti yang sedia maklum , beliau baru berumur 17 tahun dan masih lagi belum matang.Masih mencari hala hidup dan masih lagi terkapai².Beliau memerlukan 'guide ' yang sempurna untuk terus melayari kehidupan ini.

Sesungguhnya balasan bagi orang yang memaafkan dengan ikhlas adalah pahala dari Allah Subhanahu wa

'' Ta’ala. Allah Ta’ala berfirman yang artinya''

“Maka barang siapa memaafkan dan berbuat baik, maka pahalanya atas (tanggungan) Allah.”(QS. Asy-Syuuraa:40)
Sekali lagi.maafkan beliau.Biarlah dosa pahala semua ditanggung oleh beliau, jangan kita menambah dosa kita pula.Saya bukan menasihatkan anda tetapi sekadar peringatan bukan untuk orang lain tetapi untuk diri saya.Sharing is Caring kan..Selebihnya biarlah dia dengan Maha Pencipta, Allah swt.

'' Ketahuilah bahwa balasan bagi sifat pemaaf adalah kemuliaan.''

Allah tidak menambahkan apa pun kepada hamba-nya yang pemaaf kecuali kemuliaan, dan tidak ada balasan bagi seorang yang tawadhu’ kepada Allah kecuali Allah mengangkat (derajat)nya.” (Diriwayatkan oleh Imam Muslim)

Kita seharusnya menasihatinya kembali ke pangkal jalan, bukan sebaliknya.Perjalanan hidupnya masih jauh.Saya percaya , Tuan Guru kita pun pasti akan senyum gembira kalau rakyatnya memaafkan orang lain kan..? Itu lagi mulia...

'' Ingat bahwa Allah mencintai orang yang pemaaf.''

“Maka maafkanlah mereka dan biarkan mereka, Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.” (QS. Al-Maa’idah:13)

Dan pada orang luar, jadikan kes ini sebagai satu pengajaran yang sangat berguna.Maaf bukanlah paksaan yang tidak akan terlahir kecuali dari hati yang tulus dan tidak akan berbuah pahala kecuali bagi hati yang ikhlash. Wallahu Ta’ala a’lam.





Nota Kaki : Peduli dengan apa orang nak mengata.Yang penting hanya kita dan mereka yang tahu mengenai kita orang Kelantan.Biarlah si provokasi dengan dunianya yang penting kita rakyat Kelantan tetap teguh mempertahankan Kelantan hingga hujung nyawa kita.AKU CINTA KELANTAN.


update !!!!

alhamdulillah, Ibu dan Kakak kepada Wahyu Liana meminta maaf secara terbuka.



kredit to KELANTAN.FA


closed topic .!!!!!

Nota Kaki ii : Semoga anak makcik akan lebih berjaya kelak dan menjadi anak yang berguna.Saya mendoakan kesejahteran makcik sekeluarga.InsyaAllah semoga semuanya dipermudahkan olehNya..AMin

6 comments:

Aini Azman said...

betul,.setiap manusia kan pernah melakukan kesilapan,. sama2 kita maafkan dia,.=)

PuanPepel said...

kemaafan dendam yg terindah

Cik Bucken said...

nak order nasik krabu kt cni boleh?:p chill...:)

madfanfootball said...

mestilah minta maaf. kalau x, habis la real life die. minta maaf dalam blog. dalam diri die sendiri? kita x tahu. ermm..

miji_amin said...

pd akak liana..mmg xkutuk,tp dia mnyamakn ulama' dgn fanatik bola!bola,bola la..jgn nk smkn pmimpin lak!cm yg trse,liana..liana la kn!jgn nk smkn dgn fmly liana lak!btol x..m just nk luahkn je!sowey..

Anonymous said...

haktui sorry konon