Saturday, July 30, 2011

SEJARAH BOLASEPAK WANITA DUNIA DAN MALAYSIA




Sejarah Bola Sepak Dunia

Sebenarnya sejarah sepak bola wanita sudah ada sejak lama iaitu dilakukan masyarakat Cina. Meskipun sepak bola modern ditemukan Inggris, namun sebenarnya permainan sepak bola memang sudah ada di China sejak lama. Khusus wanita, permainan menyepak bola itu sudah dilakukan para wanita China pada tahun 25, atau tepatnya pada Dinasti Donghan (25-220). 

Setelah itu, sepak bola wanita seolah-olah meredup. Apatah lagi pada Dinasti Qing (1644-1912) yang tak suka sepak bola. Bahkan, sepak bola wanita dilarang di negeri itu sepanjang kekuasaan Dinasti Qing. Para wanita China akhirnya bermain sepak bola secara sembunyi-sembunyi.

Baru pada tahun 1920, sepak bola wanita kembali dimainkan di China. Bahkan, beberapa sekolah sengaja mengadakan kurikulum sepak bola untuk wanita. 

Di Eropah, sebenarnya sepak bola wanita juga mulai marak dimainkan oleh para wanita, seiring maraknya sepak bola modern. Namun, kegiatan kaum hawa itu kurang berkembang dan kurang mendapat sambutan. 

Pada tahun 1921, sebuah pertandingan sepak bola wanita digelar di Everton. Penontonnya mencapai 53.000. Hairanya kerana federasi sepak bola Inggris (FA) beraksi negatif ,seeolah takut sepak bola yang didominasikan oleh lelaki kalah , Maka akhirnya persatuan itu melarang sepak bola wanita. Dalam 34 tahun kemudian, tepatnya pada tahun 1955, Jerman dan Belanda juga menerapkan larangan untuk sepak bola wanita. Semua alasannya serupa: sepak bola tak cocok buat wanita. 

Sepak bola wanita yang mulai menonjol pun, tenggelam seketika. Baru pada tahun 1970, ketiga negara Eropah itu membolehkan kembali olahraga sepak bola bagi wanita. Sejak itu, sepak bola wanita modern mulai berkembang dan pada tahun 1991 sudah ada Piala Dunia untuk wanita. Bahkan, beberapa klub akhirnya membentuk tim wanita dan mengadakan kompetisinya sendiri.

Sepak bola modern memang menjadi dominasi lelaki. Baru di akhir abad ke-20, sepak bola wanita mulai marak, bahkan akhirnya punya Piala Dunia pertama kalinya pada tahun 1991. 




pasukan bola sepak wanita negara Iran..sangat sopan santun dan masih mengekalkan ciri-ciri negara islam.


Sedikit mengenai sejarah bolasepak wanita di Malaysia




Perlawanan bolasepak wanita Piala Malaysia telah diadakan buat pertama kali pada 1976. Perlawanan akhirnya berlangsung pada 16 Ogos 1976 di Padang Stesen, Seremban, Negri Sembilan. Pasukan yang layak ke perlawanan akhir itu ialah pasukan Negri Sembilan dan pasukan Singapura. Seramai 2,000 orang penonton hadir bagi menyaksikan perlawanan untuk merebut Piala Malaysia kategori wanita yang julung kalinya diadakan.

Kelebihan bermain di tempat sendiri tidak menjamin kemenangan kepada pasukan Negri Sembilan yang akhirnya tewas kepada pasukan Singapura dengan jaringan 0-2. Pasukan Singapura menunjukkan kehebatan mereka dengan menjaringkan gol pertama seawal minit ke-4, dan kemudiannya gol kedua pada minit ke-45. Akhbar Singapura memuji pasukan Singapura dengan menulis, "It's dominance prevailed throughout the game, with accurate passing and clever moves". Walaupun tewas, pasukan Negri Sembilan tetap menunjukkan permainan yang baik. Secara keseluruhannya akhbar menyimpulkan, "The women really knew how to play football"

Nota tambahan:Kemenangan pasukan bolasepak wanita Singapura dalam perlawanan akhir Piala Malaysia kategori wanita yang pertama seakan-akan mengulangi sejarah pasukan bolasepak lelaki Singapura yang merupakan pemenang perlawanan akhir Piala Malaya yang pertama pada 1921.


Menurut Tan Sri Anuar Musa : ( info dari kosmo )

Sebagai langkah memperkasakan bola sepak wanita, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan memperkenalkan liga bola sepak wanita mulai tahun hadapan.Menurut beliau, liga bola sepak itu akan menjadi medan terbaik buat FAM memilih pemain yang bakal menyarung jersi pasukan wanita kebangsaan bagi menyertai kejohanan di peringkat antarabangsa.
"Inilah platfrom terbaik buat kita untuk mencari bakat-bakat baru yang boleh diketengahkan ke peringkat lebih tinggi."Selain itu, perjalanan sistem liga bola sepak wanita ini hampir menyamai format Liga Malaysia yang sedang dijalankan sekarang. Saya yakin dan percaya liga ini bakal mendapat sambutan daripada pasukan setiap negeri," katanya di Kota Bharu semalam.
Annuar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Bola Sepak Wanita FAM memberitahu, pihaknya akan menganjurkan satu karnival bola sepak wanita peringkat kebangsaan pada 23 Julai ini.Katanya, karnival tersebut bertujuan memilih barisan pemain yang akan menyarung jersi kebangsaan pada satu kejohanan anjuran Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) di Laos, Oktober ini.


NotaKaki :Semoga tahun depan menjadi titik tolak kepada usaha murni ini dalam memartabatkan bolasepak negara.


p/s : saya memohon maaf sekiranya fakta saya ini tidak lengkap.!!


1 comment:

Unknown said...

Slm, Bola sepak adalah satu jenis sukan yang baik.walaubagai mana pun perlulah di perkasakan sebagaimana zaman Mokhtar Dahari supaya ia tidak terus terpinggir dari persada antarabangsa