Thursday, August 4, 2011

HARIMAU MUDA GARANG DI SLOVAKIA



Skuad Olimpik negara



SKUAD Olimpik negara semakin garang di Slovakia. Semalam mereka mencatat kemenangan ketiga berturut-turut pada siri aksi persahabatan di negara tersebut dengan menewaskan kelab Liga 1 Slovakia, Tatran Liptovsky Mikulas 2-1. Slovakia kini menduduki ranking ke-29 dunia dan pernah layak ke pusingan akhir Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.

Pada kempen di Afrika Selatan itu, Slovakia berjaya melangkah ke pusingan kedua melibatkan 16 pasukan terbaik sebelum tewas 1-2 kepada Belanda. Dalam dua perlawanan sebelum ini, skuad bimbingan Ong Kim Swee itu berjaya menewaskan Bodva Moldava 1-0 pada 26 Julai lalu dan Topvar Topolcany 2-1 pada Sabtu lalu. Menurut Kim Swee, secara keseluruhannya, persembahan para pemainnya semakin menunjukkan peningkatan, namun masih banyak yang boleh diperbaiki.

"Perlawanan ini cukup sengit dengan intensiti yang cukup tinggi. Pemain telah berjaya mengawal permainan dengan baik. “Tapi pada babak kedua, kita kurang mengasak apabila pasukan lawan memberi tekanan terutama di bahagian tengah,” kata Kim Swee ketika dihubungi Kosmo! di Slovakia semalam. Pada perlawanan itu, dua gol skuad Olimpik negara dijaringkan Ahmad Hazwan Bakri pada minit ke-11 dan Irfan Fazail minit ke-86 sebelum Mikulas merapatkan kedudukan menerusi tandukan Virgala Thomas pada minit ke-88.

Kim Swee menurunkan enam pemain kesebelasan bertemu Moldava iaitu Fandi Othman, Amer Saidin, Gary Steven Robbat, Zubir Azmi, Shukor Jusoh dan Irfan serta tiga pemain kesebelasan bertemu Topolcany iaitu Ferris Danial Mat Nasir, Azrif Nasrulhaq Badrul dan Hazwan. Dua lagi pemain iaitu penjaga gol, Zamir Selamat dan Syahrul Azwari Ibrahim turun buat kali pertama dalam kesebelasan utama. “Sepanjang separuh masa kedua, saya membawa masuk Izuan Solahuddin, Wan Zack Haikal Wan Nor, Nazirul Naim Che Hashim, Affize Faisal Mamat, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria dan A. Thamil Arasu,” ujar Kim Swee. Untuk aksi keempat, skuad Olimpik negara akan bertemu kelab Hungary, Honved Budapest pada Selasa depan.

Petikan Kosmo : Khamis ( 04-08-2011) LINK


Manakala Sinar Harian juga nenceritakan tentang Skuad bimbingan Ong Kim Swee ini.




Peluang Olimpik lakar sejarah 



SEPANJANG bulan lalu, peminat bola sepak tempatan bagaikan dilanda fenomena ‘demam bola’ apabila kelab tersohor Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal, Liverpool dan Chelsea mengadakan kunjungan ke negara ini, bagi pertemuan persahabatan menentang pasukan Pilihan Malaysia.

Seperti diketahui, skuad Pilihan Malaysia kendalian Datuk K Rajagobal ‘dibedil’ Gunners dengan keputusan 4-0 pada 13 Julai lalu dan kemudiannya ‘ditaji’ The Reds 6-3 tiga hari selepas itu di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Meskipun tewas pada perlawanan persahabatan tersebut, pemain negara seharusnya mendapat pengajaran berguna sebelum berdepan Singapura untuk Kelayakan Piala Dunia.

Namun, ia bertukar menjadi bencana apabila skuad Harimau Malaya mudah dijinakkan pasukan Singapura yang dibarisi pemain naturalisasi pada pusingan kedua dengan kiraan agregat 4-6 walaupun mengikat anak buah Radojko Abramovich 1-1 di Bukit Jalil.

Walhal, beberapa hari sebelum itu mereka berpeluang beraksi hebat berdepan jaguh EPL namun terpaksa berputih mata dan mengecewakan harapan menggunung peminat setia tempatan yang mula memberikan sokongan padu sejak sekian lama menyepi.

Tetapi, tidak wajar untuk kita menyalahkan Rajagobal semata-mata kerana setiap pemain juga perlu bertanggungjawab atas kegagalan itu.

Pendek kata, tutup buku lama dan buka lembaran baru. Apa pun, syabas buat pemain kebangsaaan kerana berusaha bersungguh-sungguh membawa nama Malaysia di puncak kecemerlangan namun bukan rezeki untuk memasang impian layak ke Brazil 2014.

Kini, tumpuan peminat terarah kepada satu lagi pasukan iaitu skuad Olimpik negara pimpinan Ong Kim Swee yang ‘berguru’ di Vion, Slovakia.

Siapa sangka, skuad junior negara itu menjadi 12 pasukan terbaik di Asia dan menjadi pasukan wakil tunggal membawa cabaran rantau ini bersaing memburu slot ke Temasya London 2012.

Biarpun perlu berhadapan juara Piala Asia 2010, Jepun dalam satu kumpulan termasuk Bahrain dan Syria, adalah diharapkan anak didik Kim Swee tidak mudah panik dan hilang tumpuan.

Malah, perkembangan terbaru diperoleh di Vion apabila mereka sudah memenangi dua perlawanan awal daripada kesemua tujuh pertemuan diatur Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Berita ini sedikit sebanyak memberikan keputusan positif menjelang perlawanan pusingan ketiga bermula September depan selepas mereka hampir memalit arang pasukan Chelsea apabila tumpas 1-0 hasil jaringan kontroversi Didier Drogba, 21 Julai lalu.

Kali terakhir Malaysia layak ke temasya sukan terbesar itu di Sukan Olimpik Moscow 1980 selepas beraksi di Sukan Olimpik Munich 1972.


Petikan sinar Harian = Khamis 04-08-11 LINK



Walaupun Harimau Malaya tidak mampu menunjukkan taring untuk layak ke pusingan seterusnya dalam Kelayakan Piala Dunia yang tewas di tangan Singapore dengan agreget 6-4 tetapi skuad bimbingan Kim Swee ini diharap mampu mengharumkan nama negara sekaligus layak untuk ke kejohanan Sukan Olimpik.Kita berbangga memiliki Shahrul Idlan Talaha yang bermain cemerlang bersama Safie Sali, kita juga berbangga dengan Syafiq Rahim dalam skuad senior tetapi dalam skuad Olimpik pula kita berbangga dengan Wan Zack Haikal dan juga pemain muda kelahiran Kelantan, Izuan Solehuddin.Kita berharap skuad Olimpik ini melupakan detik hitam yang berlaku kepada skuad Harimau Malaya dan tidak gentar dengan pihak lawan.







1 comment:

zaty luvlianncez said...

go go harimau muda !

S a l a m r a m a d h a n~
Jum hayati di sini (^o^)
suatu kisah di ramadhan