Friday, August 5, 2011

KELANTAN,NEGERI SEMBILAN SATU KUMPULAN..?





FINALIS dua edisi Piala Malaysia berturut-turut, Kelantan dan Negeri Sembilan sekali lagi berdepan kemungkinan berada satu kumpulan pada majlis undian di Stadium Nasional, Bukit Jalil petang ini.


Negeri Sembilan muncul juara Piala Malaysia musim 2009 selepas menewaskan Kelantan 3-1 pada aksi final.


Secara kebetulan pada majlis undian Piala Malaysia musim lalu, kedua-dua pasukan dijodohkan berada dalam Kumpulan A bersama-sama KL Plus dan PKNS FC.


Namun kedua-dua mereka tetap bertembung sekali lagi pada final tetapi pertaru- ngan kali kedua itu dimenangi pula Kelantan menerusi kemenangan 2-1 untuk kejuaraan sulung Piala Malaysia buat negeri Pantai Timur itu.


Kini bagi undian Piala Malaysia 2011, Kelantan dan Negeri Sembilan diletak dalam balang berbeza berdasarkan prestasi kedua-dua pasukan dalam saingan Liga Super musim ini, sekali gus berkemungkinan diundi sama kumpulan lagi.


Kelantan selaku juara Liga Super musim ini berada dalam Balang 1 bersama-sama Terengganu, Selangor dan Kedah. Empat pasukan ini tidak akan berada dalam satu kumpulan.


Negeri Sembilan pula yang sekadar menduduki tangga kelapan Liga Super musim ini berada dalam Balang 2 bersama-sama Perak, Johor FC dan T-Team.


Juara Liga Premier, PKNS FC pula dalam Balang 3 bersama-sama Sabah, Felda United, Kuala Lumpur manakala Balang 4 dianggotai semua pasukan Liga Premier iaitu Sarawak, PDRM, Johor dan Sime Darby.


Majlis undian di pentas utama Stadium Nasional bermula pukul 5.30 petang ini turut akan dihadiri Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan ia di- siarkan secara langsung di Astro Arena Saluran 801.


Saingan Piala Malaysia musim ini akan bermula pada 6 September depan dan final dijangka akan berlangsung pada 29 Okto- bernama. 


( Kosmo, Jumaat , 15-08-11) KLIK LINK

HARI ini debaran undian Piala Malaysia 2011 bakal berakhir apabila 16 pasukan bertanding bakal diundi bagi menentukan kumpulan masing-masing. Selain pasukan negeri, sebanyak enam pasukan berstatus kelab bakal memberi saingan untuk menjulang trofi berprestij itu. Kelantan, Terengganu, Selangor dan Kedah yang menduduki carta teratas Liga Super dilihat sebagai pasukan pilihan mencabar gelaran tahun ini.

Tidak kiralah dengan siapa pun lawannya , apa yang pasti The Red Worriors akan memberikan saingan yang sengit dan akan cuba mempertahankan kejuaraan ini dari dirampaskan oleh pasukan lain.Dengan formula baru yang dibawa oleh jurulatih Kelantan , diharap pasukan Kelantan dapat memberi saingan yang sengit kepada musuh tradisi seperi Negeri Sembilan dan juga Selangor.

Undian Piala Malaysia hari ini jam 5.30 ptg...siaran langsung di Astro Arena....801

NotaKaki : Adakah Kelantan akan membawa kembali Piala Malaysia ke Negeri Cik Siti Wan Kembang.Sama-sama kita berdoa agar kemenangan berpihak kepada kita.



No comments: