Saturday, August 6, 2011

KELANTAN TEMPANG



Umum mengetahui bahawa Kelantan mempunyai laluan mudah untuk bergelar Juara Piala Malaysia 2011 apabila diletakkan di dalam Kumpulan C bersama -sama dengan Serawak, Felda United dan juga Johor Fc.Laluan yang mudah ini juga mempunyai halangan kerana dikhabarkan 2 pemain Kelantan iaitu Khairul Fahmi Bin Che Mat dan Izuan Solehuddin diperlukan khidmat mereka dalam skuad Olimpik pada bulan September ini nanti.

Menurut Dato' M.Karathu yeng dipetik melalui Harian Metro berkata, penjaga gol kedua Mohd Shahrizan Ismail atau Mat Chah  akan dipanggil dan seterusnya memegang tugas sebagai penjaga gol The Red Worriors.

“Saya harap mereka dapat kembali bersama Kelantan. Namun kami mempunyai Mohd Shahrizan Ismail yang tidak bolos dalam tiga perlawanan ketika diturunkan sebelum ini dan saya percaya dengan kemampuannya mengawal gawang sekiranya Khairul Fahmi tiada,”katanya semalam.

Mohd Shahrizan Ismail menggalas tugas sebagai  penjaga gol  Kelantan.

Namun ketiadaan dua pemain harapan itu diburukkan lagi dengan kecederaan  pemain utama Kelantan yang juga pemain negara iaitu Shahrul Idlan Talaha yang mengalami kecederaan Hamstring.Manakala empat kali pemain The Red Worriors iaitu S.Chanturu, Mohd Farisham Ismail , Mohd Shakir Shaari dan Rizal Fahmi Abdul Rosid sedang menjalani latihan bersama skuad negara.

Menurut Dato' M.Karathu yang dipetik melalui Harian Metro berkata :

“Saya berharap dapat mengumpulkan mereka secepat mungkin apabila sesi latihan pusat tamat untuk membentuk kembali persefahaman serta momentum kerja sepasukan. Kami akan mengadakan sekurang-kurangnya tiga perlawanan persahabatan untuk menghadapi Piala Malaysia ini,”katanya.

Saingan Piala Malaysia 2011 bermula 6 September ini dengan dua pasukan teratas setiap kumpulan akan layak ke suku akhir yang dijadualkan berlangsung pada 4 dan 8 Oktober manakala perlawanan akhir dijadualkan pada 29 Oktober.

Kita berharap kali ini Kelantan akan terus mengekalkan kecermelangan dan berharap jurulatih Dato' M.Karathu dapat memantapkan pasukan kita sekaligus dapat merangkul juara buat kali kedua.InsyaAllah Amin.

Diharap Mat Chah dapat bermain dengan baik sekali dan inilah masanya beliay membuktikan bahawa beliau juga mempunyai skill dan gaya yang tersendiri disamping dapat menambah pengalaman beliau.Mat Chah you go.We always support you.!!

sumber, Harian Metro . Sabtu 06 Ogos 2011 ( LINK )


NotaKaki : Sangat tidak sabar untuk bersama-sama Ultras - The Red Mania di Gate H di Stadium Sultan Muhammad IV.



p/s : APEK DAN DEHLIA TECK DI SINGAPURA ..KLIK SINI




No comments: