Saturday, August 6, 2011

LALUAN MUDAH BUAT JUARA BERTAHAN..KELANTAN INILAH PELUANGMU...



JAHMAD SHABERY (tengah) melakukan undian sambil disaksikan oleh Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad (kanan) dan Penolong Setiausaha Agung FAM, Ahmad Fuad Daud pada majlis undian Piala Malaysia 2011 di Stadium Nasional, Bukit Jalil semalam.

JUARA bertahan, Kelantan dilihat mendapat laluan mudah pada saingan Piala Malaysia 2011.

Gergasi Pantai Timur itu diundi dalam Kumpulan C bersama Johor FC, Felda United dan Sara- wak pada majlis undian Piala Malaysia 2011 yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil petang semalam. Hadir pada majlis itu ialah Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Begitupun, halangan sukar bakal menanti mereka pada peringkat suku apabila mereka berkemungkinan bertemu naib juara musim lalu, Negeri Sembilan atau juara Piala FA musim ini, Terengganu.

Kumpulan A :Kedah, Perak , Sabah dan JohorKumpulan B : Terengganu, Negeri Sembilan , PKNS dan Sime DarbyKumpulan C : Kelantan, Johor FC,  Felda United dan Serawak.Kumpulan D : Selangorc, T-Team ,Kuala Lumpur dan PDRM.

 Dua pasukan dari Liga Premier diserap masuk dan kedua-duanya di dalam Kumpulan B bersama-sama dengan Terengganu dan Negeri Sembilan.

Menurut Dato M.Karuthu

"Memang kemungkinan aksi suku akhir yang bakal kami hadapi nanti agak sukar. Ia umpama misi hidup atau mati jika berdepan Terengganu mahupun Negeri Sembilan.
"Apa pun, semua pasukan mahu muncul juara tetapi kita juga akan cuba untuk mempertahankan kejuaraan musim lalu dan meneruskan momentum menjuarai Liga Super musim ini," kata jurulatih Kelantan, Datuk M. Karathu ketika selepas majlis undian itu semalam.
 Karathu tidak menganggap Kelantan memiliki jalan mudah untuk bergelar juara kumpulan kerana pasukan-pasukan lain juga dilihat mempunyai kekua- tan terendiri, terutamanya Johor FC yang beliau anggap sebagai penghalang utama.
"Johor FC tetap pasukan yang kuat berdasarkan pengalaman ketika Kelantan bertemu mereka pada saingan Liga Super dan Piala FA musim ini.
"Jadi, saya menjangkakan saingan yang agak sengit juga pada aksi Kumpulan C ini dengan dua lagi pasukan iaitu Felda United dan Sarawak tidak boleh dipandang rendah," jelas Karathu.

Bagi jurulatih Selangor, K. Devan, ia merupakan satu peluang terbaik buat pasukannya menebus kekalahan kepada T-Team pada saingan Liga Super musim ini.

"Setelah tewas dua kali kepada T-Team dalam aksi liga tempoh hari, saya harap kami tidak akan mengulangi kesilapan yang sama pada aksi Piala Malaysia ini.
"Kami akan buktikan Selangor masih sebuah pasukan yang unggul dan kuat. Para pemain pun begitu bersemangat untuk menghadapi Piala Malaysia selepas kecewa pada Liga Super," kata Devan pada majlis tersebut.
Devan turut berharap badi tewas di suku akhir pada dua edisi berturut-turut sebelum ini berakhir apabila mereka tidak diundi pada suku akhir maut pada saingan kali ini.
"Memang laluan untuk layak ke suku akhir tidak begitu sukar tetapi kita biasanya kandas di suku akhir. Diharapkan kali ini kami lebih bernasib baik, melepasi suku akhir dan seterusnya berusaha mara ke final," jelas Devan.


Petikan dari Kosmo : 06  Ogos 2011 ( LINK )

------------------

Jadual Penuh Piala Malaysia 2011

Jadual Perlawanan Peringkat Kumpulan:
1st Round: 6, 10 dan 13 September
2nd Round: 17, 24 dan 27 September
Lihat Di Bawah Untuk Jadual ¼ Akhir, ½ Akhir dan FINAL

Jadual ¼ Akhir (4 dan 8 Oktober 2011):
J Kump A vs N.J Kump D
J Kump B vs N.J Kump C
J Kump C vs N.J Kump B
J Kump D vs N.J Kump A

Jadual ½ Akhir (14 dan 22 Oktober 2011):
Juara A / N.Juara D vs Juara C / N.Juara B
Juara B / N.Juara C vs Juara D / N.Juara A

Jadual Perlawanan Akhir: 29 Oktober 2011


NotaKaki : Kita bako ore brani.Tak penah takot walaupun siapa.Kita akan berlawan habis habisan demi maruah dan demi sebuah kejayaan.Kekalkan Piala Malaysia di bumi Kelantan.Bumi dan rakyat Kelantan belum puas bersamamu.Dan kami sebagai penyokong yang setia dan ULTRAS THE RED MANIA akan setia memberi sokongan tanpa penat lelah.



" hujan ribut panas getir badai taufan..jiwa kami tetap teguh sama Kelantan.Walau Jatuh walau berhalangan , kalah menang teruskan perjuangan. "

Selamanya kami sokong Kelate..Selamanya sokong Kelate 




sila dengar untuk lebih kesegaran telinga.



untuk menjadi seorang ULTRAS










1 comment:

amiera said...

hehe..takmo takmo, nak N9 rampas balik dari Klate..^_*