Hey perempuan , pernah tak kau rasa dipermainkan oleh manusia yang bernama LELAKI.Sebelum kau memperoleh kebahagian, kesedihan dan kekecewaan yang bakal kau terima.Pahit bukan tetapi inilah lumrah kehidupan.
Lelaki, ah memang pandai berkata kata , memang ayat manis.Sebelum kau dapat cinta si perempuan , rambutan pun kau sanggup kopekkan, tetapi bila kau dah dapat cinta si perempuan , ' kau ada mulut, ada tangan kau gasaklah sendiri.Hmmmm emang dasar.Memang kau kejam la jantan.
Aku pun dulu pernah mengalami nasib yang sama.Tapi aku tidak pernah menjadikan kegagalan aku bercinta untuk memusnahkan kehidupan aku.Ya aku juga tidak kuat seperti kalian.Menangis siang malam..Adalah jugak tetapi aku masih mampu tersenyum walaupun kelat tapi tetap nampak manis.
Lelaki senang menabur janji tapi untuk menunaikan tersangatlah payah.Kau bercerita itu ini padahal kau macam haram.
Dulu , aku bercinta 8 tahun.Dunia aku hanya dengan dia.Kemana dia pergi, aku ada.Ada mulut busuk yang bercakap , AKU, tak da masa nak fikirkan mulut kau orang.Bagi aku selagi aku tidak mengganggu hidup kau, takdapehal pun.Lantak kau orang lah.
Tapi bercinta 8 tahun belum tentu kau kenal sepenuhnya hati budi jantan itu walaupun kau dah pernah berjumpa dengan keluarga dua belah pihak.Aku tidak pernah menyesal mengenali kau.Aku rehda tapi harus ingat What You Give You Will Get Back.
DENDAM!
Aku tidak berdendam tapi jika diberi peluang aku ingin sangat SEPAK muka kau sebagai pengajaran.Harga sebuah kesetiaan aku selama 8 tahun bersama kau.Harga siang dan malam aku menjaga kau di hospital, harga air mata aku dan harga untuk sebuah kebodohan aku bersama-sama ayat manis kau.Memang masa kau dengan aku terhad.Kau di Utara dan aku masih di kampung.Tapi jauh bukan bermakna kau boleh macam macam.
Dunia sekarang penuh dengan kepura-puraan.Haruan makan anak Kau jangan kata bila perempuan , penghuni paling ramai di Neraka . Kau pun jahanam jugak.Sifat kau bukan melindungi kaum lemah macam aku tapi kau lebih bangsat dari binatang.Kau permainkan perempuan yang sememangnya lemah , kau jadikan mereka tempat nasfu serakah kau tapi kau sedarkah yang kau siapa yang lahirkan kau.Fak.!
Perempuan, walau pun kau dikecewakan lelaki, tetapi tidak bermakna hidup kau musnah.Bukan, dan kau silap.Kau masih ada kawan, masih ada keluarga.Jangan kau musnahkan hidup kau hanya kerana kau dipermainkan oleh janji janji lelaki.Ahh aku benci lelaki seperti ini.
Dan perempuan kau harus sedar , Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dengan beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas karniaNya itu.
Perempuan jangan kau rosakkan diri kau hanya kerana seorang lelaki, Kau harus tahu Perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik sahaja dan begitu juga sebaliknya.Kau pilihla perempuan.Jangan kau tunjuk kau lemah, kau bangkit seperti mana aku pernah bangkit.
p/s : aku rasa sangat cute bila aku boldkan dan large kan permulaan huruf itu.Kan...?
No comments:
Post a Comment