Sunday, August 7, 2011

PADI CAFE - MAJLIS BERBUKA PUASA ULTRAS UKTRM -




Padi Cafe di Berak 12, Bersebelahan dengan Ani Sup Utara.


Hari : Khamis
Tarikh : 4hb Ogos 2011
Masa : 6 Petang
Bayaran : RM15 ( perhead )
Venue : Padi Cafe & Restaurant ( Bersebelah Ani Sup Utara )




Padi Cafe & Restaurant menjadi pertemuan kepada kami adik bradik Ultras dalam usaha untuk mengeratkan lagi ikatan ukhwah yang sedia terjalin.Alhamdulillah perjalanan program berjalan dengan lanjar walaupun ianya di rancang pada malam Rabu.Semua perancangan di buat dalam masa yang tergesa-gesa dan tidak teratur tapi atas sikap kerjasama kami, akhirnya program ini berjaya walaupun terdapat cacat cela ( ada ke, mana adalah ).

Pada peringkat awal perbincangan yang dibuat dalam wall salah seorang dari kami , Restoran The Ritz , New Horizzon menjadi pilihan utama kami.Tapi memandangkan buget kami adalah sedikit , maka kami putuskan untuk makan di Padi Cafe sahaja.Ini kerana ada diantara kami yang masih bersekolah jadi tidak adil bagi kami untuk menyusahkan mereka.Perbincangan dibuat serta merta dan kemungkinan yang akan turut serta dalam program ini seramai 15 orang.

Perbincangan di buat dengan pemilik Padi Cafe iaitu Kak Amy.Alhamdulillah perbincangan berjalan dengan lancar.Kami menempah 15 kerusi untuk mengelakkan dari penuh.Umm Kak Amy okeh, melayan apa yang kami mahukan.Untuk persedian menu saya yang aturkan tetapi telah diuruskan oleh Liss Suha untuk berurusan dengan pemilik cafe.

Kerjasama dari komrad Ultras sangat terbaik.Tiada kesulitan langsung yang berlaku kerana kami sememangnya adik beradik yang sentiasa akan membantu.Ramai yang sampai awal dan saya yang sampai sedikit lewat sempat mencuri sedikit waktu untuk ke Bazar di Stadium Sultan Muhammad IV membeli kuih muih untuk santapan kami adik beradik.Akok kedut , Jala Mas , dan kuih muih ( saya xkenal sangat nama kuih ni , HAHHAHA ) kami beli sebagai pembuka selera kami.Ada juga antara komrad kami yang membeli Ayam percik dan pelbagai jenis air seperti air kelapa dan air asam boi.Sedap.Terima kasih semua.

Menu : Tomyam Campur , Ikan Siakap Masak 3 Rasa , Daging Masak Merah , Sayur Campur , Telur Dadar dan  Air Bandung

Kehadiran komrad yang sporting
 Makanan di Cafe Padi sangat sedap terutamanya Ikan Siakap 3 Rasa nya.Memang meletups.Kalau boleh kami nak ratah je ikan tu tapi pikirkan slogan yang selalu saya tekankan pada komrad lain dalam fb saya ialah BEHAVE YOURSELF...so then maka kami pun memang behave perangai kami.Hahahaha.sangat kelakar.

Tapi yang lebih penting nasi yang dihidangkan untuk komrad kami banyak sangat .Memang beza kalau makan di kedai lain.Kalau kedai lain , memang sure mintak nasi tambah tapi kami xtambah walaupun ada komrad lelaki yang tambah ( saya kata perempuan la xtambah,BAHAHAHAH )


Liss Suha yang baru je sembuh dari sakitnya masih sempat bersama kami.

Nampak tak yang manusia itu yang sedang buat peace! itu ialah Nada Pokok.Urmm dulu Bunyi Tanah lani Nada Pokok, lepas ni AKAQ TUNJANG.

Semua berselera menikmati juadah berbuka.BISMILAHH

Sebenarnya tujuan utama program berbuka ini ialah kerana kami rindukan adik beradik kami yang bernama Faisal Mohammad yang sekarang sedang berehat kerana terlibat dalam kemalangan setelah  pulang dari Kuala Lumpur selepas tiba dari Sabah untuk memberi sokongan dan membawa nama Ultras Kelantan untuk bersama-sama penyokong lain dalam Final Liga Super 2011 baru-baru ini.Beliau bersama Wawan Faiz yang juga ahli Ultras Kelantan The Red Mania cedera dan sekarang difahamkan semakin stabil.Alhamdulillah.

Apabila Faizal Muhammad atau pesa menyatakan persetujuan untuk menyertai bersama-sama kami,ramai komrad yang pada mulanya tidak dapat bersama akhirnya mengetepikan kerja lain semata-mata ingin bersama adik bradik yang lain.SALUTE.

Faizal Muhammad yang membuat peace! 

Sejujurnya kami merindui pukulan gendang saudara kami ini.We love you we love you.!!

Saya bukan bercakap kosong apabila saya menyatakan betapa eratnya hubungan kekeluarga kami semua.Walaupun niat dan permulaan kami hanyalah satu iaitu menyokong TRW tapi kami boleh bergelak ketawa,bertepuk tangan bersama.Kami saling tidak mengenali satu sama lain dan dari latar belakang yang berbeza , namun  bila kami menerapkan WE ARE BROTHERHOOD, yes ianya memang berlaku.Kami seperti adik bradik yang sentiasa ada untuk kami.Saya tahu ramai yang mempertikaikan kewujudan kami tapi apabila ianya di provok kami disinilah bermulanya ikatan adik bradik yang sangat erat dan seterusnya kami saling memerlukan.Anda join kami dan akhirnya anda akan mengiayakan kata-kata saya ini. :D

Kami tidak akan berpecah walaupun terdapat banyak rintangan dan halangan.Walaupun jelas sekarang , ramai yang ingin menjatuhkan kami tapi kami tetapi berdiri di belakang ULTRAS THE RED MANIA.Tiada yang lain selain UKTRM.Kami bangga menjadi sebahagian dari UKTRM.Bukan nama yang kami inginkan tapi semangat kami yang lebih bermakna.We Are Brotherhood.

Alhamdulillah rezeki kami.

Ini jeddy ( sedang makan ) sila abaikan jeddy, sila perhatikan di Jambu macam kumpulan JAMBU, Payed.Uh so sweet.Gila jambu.Bolehla kalau nak berkenalan.

Sila abaikan Alief Danial ini, Sila perhatikan ikan siakap 3 rasa yang habis .AUm aum aum



 Untuk yang menghadiri program ini terima kasih diucapkan.Insyaallah kita akan membuat lagi program seperti ini dikemudian hari.Walaupun jumlah komrad yang hadir seramai 17 orang tetapi itu sudah memadai bagi kami .Kami tidak pentingkan kuantiti tapi kualiti yang lebih bermakna :D .

Terima kasih kepada semua yang sudi meluangkan masa menghabiskan masa bersama adik bradik yang lain.A big thank pada Faizal Muhammad walaupun masih lagi tidak sembuh sepenuhnya tapi tetap meluangkan masa untuk kami.Dan untuk Liss Suha jugak walaupun mulanya idea berbuka puasa ini datang darinya.arghh pecah rahsia ( wink wink ).


Terima kasih kepada Po Ok, Besry Ahmad, Amran Pulse, Mayang Sari , Jeddy, Apik Aiman , Radin Ahmad , Nada Pokok, Andika Faisal , Syed , Alief Danial ,Papa Yed Yed , Cikgu Hasbi ,Wan Amaney dan terima kasih untuk diri sendiri ( nak jugekk )



NotaKaki : Saya sayang adik bradik saya dalam Ultras.

5 comments:

Radin Ahmad said...

Terharu Bila Bersatu... (=

Anonymous said...

we are brotherhood...selamanya kami tetap bersama...=)

Gamez loVer said...

:)

Anonymous said...

stim molek!

Anonymous said...

selamanya kami the red mania..