KOTA BHARU – “Nasihat saya, berilah keutamaan kepada kerjaya sebagai pemain bola sepak.”
Itu nasihat Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa kepada penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat atau Apek yang dilaporkan putus tunang, baru-baru ini.
“Putus tunang merupakan masalah peribadi.
“Sebenarnya, sebelum bertunang dia pernah menghubungi saya dan saya memberi sedikit nasihat.
“Saya fikir perkara putus tunang tidak terlalu besar dan kalau ia sudah ditakdirkan begitu, dia harus reda dengan apa yang terjadi. Saya berharap dia dapat menangani masalah ini dengan sebaik-baiknya,” katanya.
Kharul Fahmi, 22, dilaporkan memutuskan pertunangan dengan Aimie Harmelia Mohd. Hashumi, 23, dua hari selepas Kelayakan Piala Dunia menentang Singapura di Stadium Nasional, Bukit Jalil baru-baru ini.
Dalam pada itu, Annuar mengakui ada pihak yang cuba menggunakan populariti Apek dalam pelbagai bentuk publisiti, yang mungkin boleh memberi kesan tidak baik kepada pemain itu dalam mengatasi masalah peribadinya ketika ini.
Tinggal kenangan . |
“Perkara ini kalau tidak dikawal mungkin boleh memberi tekanan dan dia harus menangani sebaik mungkin. Kita tidak mahu masalah emosi yang berat menganggu tumpuannya.
“Apa yang berlaku, saya tidak boleh mencampuri secara langsung. Tinggal lagi dia merupakan anak didik KAFA dan kita akan jaga kepentingannya memandangkan dia merupakan pemain utama kita,” ujarnya.
Jelas Annuar, sekiranya Apek perlukan nasihat, pihaknya bersedia membantu.
“Kita akan beri bantuan kepadanya dalam bentuk nasihat dan bimbingan. Dia mempunyai masa depan yang cerah dan kita tidak mahu kariernya hancur di tengah jalan,” katanya.
Ehsan dari , Utusan 08-08-11
Notakaki : Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dengan beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas karunia itu.
Sementara itu ,Skuad Red Warriors menerima 'duit raya' apabila Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mengumumkan pemberian bonus tambahan berjumlah RM222,000.
Tambahan bonus itu menyaksikan skuad itu bakal menerima habuan berjumlah RM502,000, di mana sebelum ini mereka menerima bonus berjumlah RM280,000 selepas menjuarai Liga Super 2011, buat kali pertama.
KAFA turut mengumumkan pemberian bonus sebanyak RM2,500 membabitkan jumlah keseluruhan RM60,000 bagi skuad Piala Presiden di bawah bimbingan Zahasmi Ismail.
Pemberian bonus terbaru itu dilakukan oleh Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa yang turut berbuka puasa bersama para pemain dan pegawai kedua-dua pasukan di kediamannya di Sri Puri, Bukit Marak dekat sini, kelmarin.
Annuar Musa (tengah) menyampaikan bonus kepada ketua pasukan Kelantan, Mohd. Badri Radzhi pada majlis berbuka puasa bersama pemain dan pegawai Red Warriors serta skuad Piala Presiden di Kota Bharu, kelmarin. |
"Setakat ini kita telah membayar bonus kemenangan bagi tiap-tiap satu perlawanan berjumlah RM280,000. Memandangkan mereka berjaya mencipta kejuaraan buat kali pertama (Liga Super), kita putuskan untuk menambah sebanyak RM222,000 lagi menjadikan bonus keseluruhan sebanyak RM502,000 kepada semua pemain," katanya.
Annuar memberitahu, bonus tambahan itu diharap menyemarakkan lagi semangat pemain Red Warriors sebelum bermulanya saingan Piala Malaysia selepas Aidilfitri.
Mengenai imbuhan untuk skuad Piala Presiden pula, beliau berkata, ia merupakan insentif kepada pemain dan berharap pasukan itu mampu mengekalkan kecemerlangan.
"Mereka merupakan pemain-pemain pelapis yang akan menyarung jersi pasukan negeri pada masa akan datang.
"Seramai lima pemain daripada skuad ini akan diserapkan ke dalam pasukan utama bagi menghadapi saingan Piala Malaysia nanti. Kita harap dapat memberi peluang kepada mereka untuk mengembangkan lagi bakat ke peringkat lebih tinggi," kata Annuar.
NotaKaki : Pemberian intensif ini seharusnya menjadi pembakar semangat untuk anak buah Dato' M.Karathu untuk memulakan langkah yang positif untuk menghadapi Piala Malaysia 2011 yang akan bermula selepas raya nanti.Pemain -pemain seharusnya mengambil peluang ini untuk membuktikan bahawa mereka akan terus maju dan seterusnya mampu membawa pulang Piala Malaysia untuk kali kedua.
No comments:
Post a Comment