Assalamualaikum..
Ramadhan bakal berakhir dan Syawal bakal menjelma pula.Pelbagai kenangan yang terindah sepanjang menyambut ramadhan ini.Alhamdulillah, berjaya melakukan ibadat puasa dengan penuh kesabaran.
Dan di kesempitan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih saya kepada semua pengunjung blog saya Cik KukuBesi Penumbuk kerana tidak putus putus membaca ceritere saya.
Sempena bulan baik saya ingin memohon maaf sekiranya sepanjang saya berblogging ini ada menyentuh perasaan blogger blogger lain , segala kesilapan itu datang dari saya dan yang baik itu datang dari Allah swt.
Khas untuk semua.
- Untuk orang yang menyayangiku, Terima kasih kerana telah membuatku menjadi orang yang begitu sempurna.
- Untuk orang yang pernah MENYAKITIKU , Terima kasih kerana telah mengajarkan erti kesabaran dan semoga kamu tidak akan pernah merasakan sakit seperti yang aku rasakan.
- Untuk orang yang pernah AKU SAKITI : maafkanlah kekhilafanku..aku hanyalah manusia yang jauh dari kesempurnaan..
- Untuk Sahabatku :mungkin kita memiliki banyak perbezaan. namun tak dinafikan lagi kalau aku sangat memerlukanmu.
- Untuk orang yang pernah MENCINTAI ku : terima kasih kerana telah memberi warna warna cinta dalam kehidupanku.
Minal aidzin wal faidzin, Mohon maaf zahir dan batin.
Cik Kuku Besi Penumbuk |
- SELAMAT HARI RAYA -
No comments:
Post a Comment