Tuesday, August 23, 2011

TERIMA KASIH GENG BUS SEKOLAH



Permulaan hidup baru yang agak sukar.! Tapi saya kena tempuhi jugak.Banyak kerja saya tergendala akibat terlalu banyak tekanan.Bagi orang luar yang tidak merasainya, mereka seperti memerli saya, tapi siapa saya untuk menghalang mereka untuk terus memerli saya.Biarlah ...saya hanya manusia biasa.Saya punya kehidupan yang saya sendiri yang akan mencorakkannya.


Walaupun saya dalam masalah tapi saya tahu saya punya kawan yang selalu memberi sokongan.Selalu bertanya khabar tapi keadaan tetap sama.Di depan mereka saya cuba menutup kesedihan saya tetapi di dalam hati , hanya mereka yang pernah mengalaminya sahaja yang mengetahui.


Walaupun saya mempunyai dia yang selama ini bersama saya, tapi rupanya sangkaan saya melesep.Dia lebih pentingkan orang lain dari saya.Bukan sekali ini malah banyak kali tapi saya pernah cuba pejamkan mata, pedamkan perasaan saya selama ini ..Pada siapa saya nak luahkan, pada siapa, pada dia..Boleh luahkan pada dia, Tapi adakah dia mendengar apa yang hati saya rasa.TIDAK.Baginya kawannya itu terlalu bernilai.Takpalah saya bukan siapa siapa.Saya hanyalah seorang manusia yang hanya memegang status ' kekasih ' tapi hubungan adik bradik takkan putus sampai bila-bila.


Dan pada 21 haribulan yang lalu saya tahulah siapa saya.Saya bukan manusia yang mementingkan wang ringgit.Kamu kenal siapa saya bukan.Tapi saya hanya perlukan kamu pada hari lahir saya.Hari yang sangat bahagia untuk saya.Saya tiada siapa.Saya tiada ayah, saya tiada sesiapa tapi saya  hanya ada awak untuk bersama-sama saya pada hari itu, tapi mana awak.Bagi orang luar , mungkin mengganggap ini perkara remeh, tapi cuba letakkan anda di tempat saya , bagaimana perasaan anda di layan sebegini pada hari kelahiran anda..? Sedih kan..Hanya air mata menjadi peneman sepi.


Tapi alhamdulillah, walaupun saya mempunyai seorang lelaki yang mementingkan kawan - kawan dari saya, saya bersyukur saya dikurniakan seorang cazen yang sangat memahami.Mungkin sepupu saya memahami apa yang sedang saya lalui, maka di ajaknya berbuka puasa sekali.Saya tiada pilihan sebb sudah acap kali menolak permintaan cazen saya itu.

Seronok berbuka ramai-ramai.Rasa hilang masalah sekejap.Kami bertiga, kawan saya Mieza ada jugak.After 10 minit sampai dekat Restoran Teratak Anak Papa, yeah ada suprise.Terkejut saya dan hampir menangis kerana my cazen dan Mieza membuat kejutan.Oh God, hampir nak menangis,saya dapat sebiji kek.Aumm...dalam hati sangat sayu..Kalaulah dia jugak berada dengan saya bersama-sama hari penting dalam hidup saya.Tapi apakah daya, saya tidak mempunyai kepentingan baginya.Siapalah saya untuk mendapat kebahagian seperti itu.

Mata saya agak sembap tapi chill lah...hehe.saya nak menangis time ni

Happy Birthday Yani.. :(
Terima kasih saya ucapkan pada Udin dengan kawan baik saya dari sekolah rendah lagi Mieza kerana membuat kejutan pada saya.Hanya Allah sahaja yang tahu betapa saya bersyukur dianugerahkan kalian berdua.Rupanya masih ada yang sayang pada saya.


Edisi Koya : Muahh untuk suha.



saya sangat sedih bila mendapat ayat ini :


Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi,” Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?”. Jawab titis air mata kedua tu,” Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja.”


PERCAYALAH, APA JUA YANG BERLAKU DALAM KEHIDUPAN KITA SAHABAT JUGA YANG AKAN MENJADI PENEMAN SETIA , MENJADI TEMPAT UNTUK LUAHKAN SEGALA-GALANYA.SAYA BERSYUKUR DIKURNIAKAN SAHABAT YANG SANGAT HEBAT.



1 comment:

eik`S noName said...

btol2...sahabat lah peneman hidup yg paling ok.....
rindu all my sahabat sejati