Friday, September 23, 2011

BEING ULTRAS IS NOT A CRIME ...



EH,tahu apa itu ULTRAS KELANTAN THE RED MANIA...? 

Eh , awak perempuan xsemestinya awak xboleh bersama kami memberi sokongan , aku pun dulu serius segan tapi aku xpeduli mulut mulut orang yang akan bercakap sebab aku tahu mulut manusia ini tak kan berhenti bercakap.Jadi sampai bila kalau keinginan aku untuk bersama ULTRAS kalau aku masih pedulikan mulut orang.Sampai ke tualah jawabnya aku tak kan bersama ULTRAS.


oke, bila aku bersama ULTRAS baru aku tahu semangat cintakan KELANTAN begitu kuat.Sumpah xtipu.!! Sebelum ni   acuh xacuh je ( xtipu ni ) , tapi sejak join ULTRAS baru kesedaran itu timbul.Siapa lagi nak mempertahankan negeri sendiri kalau bukan anak negerinya kan.Banyak cara nak menunjukkan kita cintakan negeri kita, dan inilah salah satu cara sokongan yang mampu aku berikan iaitu memberi sokongan pada pasukan bola sepak KELANTAN.



eh , awak perempuan , xelok la masok ULTRAS ni, ..?


alah, aku biasa sangat dengar mulut mulut puaka yang buget suci ni bercakap.Eh untuk pengetahuan semua, aku join ULTRAS ini , okeh aku still lagi menjaga adab aku sebagai seorang perempuan.Aku pergi tengok bola, tapi aku masih menjaga adab ketimuran dan masih lagi menutup aurat.Lagipun kalau korang tak tahu apa apa baik bertanya.Dalam ultras, comrade lelaki aku puji ler, dorang akan jaga ' adik adik perempuan mereka ini '..Dan benar, mereka akan menjaga kaum perempuan.Jangan risau.Lagipun aku rasa aku lagi bagus kot dari budak budak perempuan yang buget hot, buget cun pergi stadium pakai ketat ketat, sekali kena boo, kena baling dengan burger, kena baling dengan botol air.Aduh, sakit dapat , malu pun dapat. ..


eh xmalu ker perempuan dok melompat melompat.



Eh ni satu lagi , KAMI TIDAK MELOMPAT LOMPATT .! kami hanya menggunakan tangan dan menggerakkan  badan sahaja..Kami menghormati pandangan orang sekeliling dan kami pun masih belum jahil.Kami masih menjaga adab kami sebagai seorang wanita muslim.Kami cuma menggerakkan badan.Tiada aksi exktrem dari kami. :D


eh, nak join tapi malu lah, kena isi borang ek..pastu kena bayar ke?


Ala xyah susah susah nak isi borang kerana kami hanya memerlukan semangat dan jiwa sahaja untuk bersama kami.Kerana jiwa dan semangat anda adalah aset bernilai untuk kami.comrade lama semua sporting dan baik.Tiada bayara yang dikenakan kepada anda kerana kami bukan sebuah badan berdaftar.Hanya jiwa yang kami perlukan.Sekali anda bersama kami, selamanya anda akan bersama kami.Dan selamanya kita BROTHERHOOD..Dan mafla dan baju hitam atau jersey Kelantan amat penting sekali ... Kerana kita sokong KELANTAN, maka jersey dari kelab lain DIHARAMKAN.

Kenapa HIDUP MATIKU KELATE ..?


Berkenaan dengan banner "Hidup Matiku Kelate". Slogan tersebut tidak ada kaitan dengan apa-apa kecuali satu slogan kecintaan kami terhadap Negeri Kelantan tercinta dan bola sepak Kelantan. Kami disini masih waras dan masih boleh berfikir diantara buruk dan baik. Dan kami masih tidak lupa dari-Nya kami datang dan kepada-Nya kami pergi. Yang buruk datangnya dari kami dan yang baik datang dari-Nya. ( blog ULTRAS KELANTAN )


KENA MENYANYI 90 MINIT TANPA HENTI KAH..?


oh tidak.Kami tidak memaksa anda.Anda bole berhenti sekiranya anda mempunyai masalah kesihatan atau pun merasa penat.Tiada paksaan.Tapi bila sekali anda berchant, sekaligus perasaan penat itu tidak akan ada tetapi yang ada hanyalah perasaan puas dan bersemangat.


Inilah yang berlaku di GATE OF HELL -

Inilah Kebanggaan Kami..Selamanya ULTRAS



Gate H berjaya di Hellkan oleh UKTRM

Malam sebelum sepak mula perlawanan antara KELANTAN vs PELITA JAYA.
saya seorang sahaja perempuan ketika itu.Tapi saya tetap gagahkan dan beranikan diri.


Inilah ULTRASNITA yang selalu bersama- <3 yang mempunyai JIWA.
Jadi marilah bersama-sama saya turut sama memberi sokongan tanpa henti.Jangan malu kerana saya ada bersama anda.Kalau yang perempuan masih malu , xpa, kami semua sporting.Mari bersama saya.Ikuti perkembangan ULTRAS di blog kami http://theredmania12.blogspot.com dan juga page rasmi di facebook.


atau sekiranya ada aweks aweks cun yang malu boleh direct pada facebook saya : missyani abdullah.



walaupun kami perempuan , kami minat bola tapi kami tetap menjaga maruah kami.





NotaKaki : SEMANGAT YANG LAHIR DARI HATI ITU YANG MENJADIKAN DIRINYA SEORANG ULTRAS.



2 comments:

khairul akmal bin azman said...

untung la..sokong selangor la bagus!

Cik Bayu said...

saya nak malu dikatakan ahli ultras.
tapi kadang2 ada juga datang stadium sebagai ultras.

bila awak tulis entri ni, agak terbakar la ati saya.
tambah bersemangat lagi nak jadi ultras!

terima kasih. =)