Wednesday, September 14, 2011

FELDA ENGGAN BERTAHAN





Photo by Md Erystydio

BERTAHAN bukanlah pilihan mutlak yang mahu diterapkan oleh Felda United apabila bertemu juara Liga Super, Kelantan pada saingan peringkat Kumpulan C Piala Malaysia malam ini dalam usaha meneruskan rentak cemerlang selepas memungut enam mata penuh pada dua perlawanan pertama.

Jurulatih Felda United, E Elavarasan, berkata meskipun sedar Kelantan bakal memberi ancaman berterusan kepada anak buahnya sepanjang 90 minit permainan, namun beliau juga mahu mereka cuba untuk merobek gawang lawan bagi mencari peluang memungut tiga mata penuh.

“Saya tahu Kelantan pasti bakal menggunakan kelebihan jentera serangan mereka untuk memberi tekanan kepada benteng pertahanan kami.

“Tapi pada perlawanan esok (malam ini), kedua-dua pasukan pasti turun dengan misi memungut tiga mata dan atas faktor itu, saya fikir kami tidak semestinya mahu terus bertahan,” katanya.

Jelas Elavarasan, anak buahnya perlu memanfaatkan sepenuhnya kelebihan beraksi di halaman sendiri untuk menyekat kemaraan Kelantan yang kini unggul di tangga teratas Kumpulan C.

“Jika beraksi di Kelantan, tekanan pasti di pihak kami kerana mereka mempunyai penyokong padu yang amat luar biasa, tetapi esok (malam ini) perlawanan akan berlangsung di Stadium MPS dan peluang ini harus digunakan sebaik-baiknya,” katanya.

Sumber : My Metro ( LINK , 14-09-2011 0)


NotaKaki : Kelantan seharusnya mengambil sikap merendah diri .Tengok saja perlawanan menentang Johor FC pada Sabtu yang lepas, yang mana Kelantan di asak oleh pemain Johor yang sentiasa ingin memastiskan Kelantan tersungkur sehingga mereka mampu membuat jaringan seawal minit ke 11.Jangan pandang mudah pada lawan, setiap pasukan mempunyai kelebihan masing masing.


BERITA HOT DISINI  : KLIK DISINI






No comments: