Friday, September 16, 2011

KELANTAN kALAH DENGAN BERMARUAH

Nurul di asak oleh dua pemain Felda Unite - Kredit picture untuk Shazli Shamsuddin



‘Malam serba tidak menjadi untuk Kelantan’. Begitulah luahan Ketua Jurulatih, Datuk M Karathu tatkala melihat pasukan kendaliannya tewas bermaruah kepada Felda United FC 0-2 dalam aksi Kumpulan C, di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, kelmarin.

Dua gol dalam babak berbeza menerusi jaringan Faderin Kadir dan D Saarvindran, memastikan pasukan bimbingan E Elavarasan merampas tangga teratas saingan peringkat kumpulan dengan mengutip sembilan mata daripada tiga perlawanan diharungi setakat ini.

Beraksi dalam keadaan padang becak, namun itu tidak sesekali dijadikan alasan utama, bagi pengendali berusia 68 tahun itu sebagai punca kekalahan mengejut The Red Warriors kepada pasukan berstatus kelab yang berpengkalan di Lembah Kelang itu.

“Inilah bola sepak. Kita beraksi cemerlang dengan semangat juang tinggi dan menguasai hampir keseluruhan perlawanan, namun ianya masih tidak cukup bagus untuk kita mengatasi Felda United.

“Nasib tidak menyebelahi kita. Kita mempunyai sekurang-kurangnya, 10 peluang untuk menjaringkan gol, namun gagal menemui sebarang jaringan. Kekalahan ini bukan bermakna kita tidak bagus,” katanya.

Akur dengan kekalahan tersebut, Karathu berkata, tiada apa yang hendak dikesalkan di sebalik leburnya rekod tanpa kalah pasukan kendaliannya, sebaliknya beliau secara terbuka memuji persembahan ditunjukkan anak buahnya dalam perlawanan tersebut.

“Mereka tidak boleh dipersalahkan di atas kekalahan ini. Mereka sudah sedaya-upaya memberikan yang terbaik dan saya berpuas hati dengan persembahan mereka. Anda sendiri boleh lihat kita menguasai hampir keseluruhan perlawanan tersebut.

“Bezanya, kita dinafikan hak untuk menjaringkan gol, sedangkan Felda United bijak memanfaatkan dua peluang terbaik mereka menjaringkan gol. Saya akui ketangkasan penjaga gol mereka, Mohd Hamsani Ahmad menafikan hasrat kita untuk sekurang-kurangnya mencuri satu mata di sini.

“Kekalahan ini menjadi pengajaran buat kita. Ya, kita masih ada baki tiga perlawanan lagi. Saya tidak peduli sama ada kita muncul juara atau naib juara (peringkat kumpulan) kerana saya percaya Kelantan akan layak ke suku akhir.

Yang penting kita kena menang semua baki perlawanan tersebut untuk terus mara,” katanya.


Sumber : Sinar Harian , 16-09-2011

No comments: