Wednesday, September 14, 2011

KELANTAN MENANGIS DI TEMPAT LAWAN, GAGAL MENDAPATKAN 3 MATA PENUH



Perlawanan di antara Kelantan menentang KL Felda United telah berlangsung Stadium Majlis Perbandaran Selayang ( SMPS ) dalam keadaan padang yang becak.Keadaan ir yang bertakung telah  menyukarkan pergerakan kedua dua pasukan.

Kelantan dikejutkan oleh Faderin Kadir pada seawal minit ke 28 apabila rembatan kencangnya tidak berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Kelantan, Shahrizan Ismail atau Mat Chah.

Setelah dimalukan seawal minit ke 28, Kelantan terus bangkit mengatur serangan ke atas gawang pihak lawan.Rembatan kencang oleh Badri  Radzi atau Piya sedikit tersasar walaupun kita mempunyai peluang untuk menjaringkan gol.

Kelantan semakin agresif untuk menyamakan kedudukan tetapi penjaga gol Felda United Hamsani Ahmad berjaya mengekang dan memastikan gawang tidak dibolosi apabila beliau berjaya menyekat  percubaan dari Piya dan juga Shahrul Idhlan Talaha atau Mat Yo.Banyak percubaan yang dilakukan oleh pemain kita tetapi Hamsani Ahmad menjadi halangan utama.

Permainan terpaksa dihentikan selepas kira kira 10 minit permainan separuh masa kedua bermula kerana terdapat balingan objek ke dalam padang oleh penonton yang tidak berpuas hati.Permainan dihentikan sejurus sahaja pemain Felda United, Syazwan Zainol ( berjersi 24 ) dilayangkan kad kuning kerana mengkasari pemain Kelantan yang berjersi 23, S.Chanthuru pada minit ke 52.Sejurus permainan di teruskan kembali, Kelantan bangkit dengan asakan yang bertubi tubi di gawang pihak lawan dan hampir menyamakan kedudukan.

Tetapi Kelantan dikejutkan oleh jaringan kedua pemain Felda , Saavirdran pada minit ke 67 dan seterusnya telah memusnahkan  harapan untuk memenangi perlawanan malam ini.K

Kelantan seolah seolah terdesak untuk mendapatkan gol tetapi rembatan dan percubaan dari Kelantan berjaya disekat oleh penjaga gol Felda itu.Asakan yang bertubi tubi ke gawang Felda masih tidak dapat dibolos.Tetapi satu pujian harus diberikan kepada pemain kita kerana bersungguh sungguh memberi asakan kerana kita berjaya membuat serangan dan kita mengawal 80 % perlawanan pada malam ini.Cuma nasib tidak menyebelahi kita.Kita banyak membuat rembatan yang membunuh tapi sudah tertulis malam ini Kelantan tidak mempunyai rezeki untu membawa pulang 3 mata penuh.

Kemenangan pertama buat Felda United ke atas Kelantan semenjak 2007 mengakhiri rekod tanpa kalah Kelantan sejak bermulanya Piala Malaysia 2011.

Jadi ayuh pahlawan merah , bangkit untuk perlawan seterusnya menentang Sarawak yang akan berlangsung di Kota Bharu, Kelantan pada 18 September 2011.


NotaKaki : Tak peduli apa orang kata, xpeduli walau bukan juara.Kami bangga jadi anak Kelate, kami rela mati pertahankannya , I <3 Kelantan...!! 



p/s : Kepada penyokong Kelantan sila terima kekalahan ini dengan hati yang terbuka.Jangan cepat menjemuh pemain kita kerana anda sendiri melihat kesungguhan pemain kita yang cuba untuk membolos gawang pihak lawan.Adat permainan , ada menang ada kalah.

No comments: