Thursday, September 15, 2011

ZOMBA LOW CLASS , SI PEMBALING OBJEK.







Layakkah sekiranya saya menggelarkan penyokong yang membaling objek ke dalam padang semasa perlawanan sedang rancak berlangsung digelarkan sebagai ZOMBA yang sangat low class.!!

ZOMBA LOW CLASS.!!!
[ penyokong yang terlalu emosional ]


Inilah mentaliti rakyat Kelantan kelas ke 3.Maaf sekiranya ayat saya kurang sedap didengar tetapi inilah hakikat yang harus di terima. Masih ada lagi golongan manusia yang susah untuk dibentuk untuk menjadi penyokong yang sentiasa bijak dalam menyokong.

Tahukah anda bahawa kesan membaling objek ke dalam padang akan menyebabkan :


  • Pengadil mungkin akan memberhentikan perlawanan dan seterusnya kemenangan akan berpihak kepada pihak lawan. [ orang cakap menang bodo]
  • Menjejaskan momentum perlawanan dan semangat pemain.Pemain sedang bermati-matian untuk mengasak tetapi perlawanan terpaksa dihentikan ekoran sikap kurang cerdik penonton .
  • Denda akan dikenakan kepada pihak pengurusan pasukan bolasepak negeri.
  • Menjatuhkan imej negeri.

Cuba fikirkan sejenak, alangkah baiknya sekiranya bayaran ganti rugi denda yang akan dikenakan itu digunakan untuk pembangunan bolasepak Kelantan.Menjadi satu kerugian sangat apabila terpaksa mengeluarkan wang ribuan ringgit semata semata zomba yang sangat bodoh ini.


Bila agaknya  zomba zomba ini akan sedar.Atau sememangnya anda [ zomba] ini sengaja berbuat demikian hanya kerana tidak berpuas hati dengan mutu pengadilan pengadil...? Bila tak puas hati dengan pengadil, terus baling objek.! Hamboh hamboh.!!!! Atau anda sememangnya manusia yang jenis susah untuk ditegur, susah untuk dibentuk dan susah untuk di ajar.


Bangunlah wahai penonton, bangun untuk Negeri Kelantan.Sudah sudahlah memalukan bola sepak Kelantan.Sudahlah kita ' dikenali 'dengan penyokong yang bermasalah dan tak kan selamanya kita mahu dikenali dengan gelaran itu..Kelantan merupakan satu satunya negeri yang mempunyai penyokong yang mempunyai semangat kesukanan yang tinggi dan ayuh disinilah kita buktikan yang kita antara yang terbaik di kalangan semua penyokong dan penonton.


Disebabkan anda, Kelantan yang dapat malu, disebabkan anda jugaklah Kelantan yang menerima padah.Bila perlawanan kalah, anda menghina pemain, anda menjemuh pemain..semua tidak betul, anda menilai pemain semuanya salah sedangkan KESALAHAN ANDA tidak plak anda sedar.!!Kenapa tidak meletakkan kesalahan di bahu anda.!!!! 

Orang kata sokong biar comel, sokong biar molek,sokong dengan bijok.!!

Eh Zomba, baik kau makan burger tu diam diam boleh x.! Perot dan kenyang bersoraklah, jangan nak baling baling objek plak.Meh sini wa baling itu botol , pembalut burger atas lu punya kepala, mesti lu bisingggggggggggggg ma...!!!! BODOH,!!


Eh eh, aku rasa seperti ingin berkenalan dengan si zomba zomba ini.zzzzzz!!!



Apapun aku akan tetap akan sokong Kelantan bukan bila Kelantan menang saja tetapi bila Kelantan kalah aku tetap akan menyokong Kelantan.! Kelantan tanah tumpah darahku.!!!



No comments: