Kredit to OrenKecik |
MESKIPUN dihimpit masalah penjaga gol, penyandang juara, Kelantan sudah bersedia memulakan kempen Piala Malaysia musim ini.
Jurulatih Kelantan, Datuk M. Karathu berkata, sesi latihan yang
bermula Jumaat lalu selepas sambutan Aidilfitri digunakan sebaik mungkin
dalam memantapkan skuad The Red Warriors.
Menurut beliau, segala persiapan berjalan dengan lancar dan barisan
pemainnya berada pada tahap terbaik menjelang aksi sulung menentang
Sarawak di Stadium Sarawak, Kuching malam ini.
"Kami perlu menang dalam perlawanan pertama bertemu Sarawak. Ini
penting sebagai bekalan semangat bagi mengharungi saingan peringkat
kumpulan selepas ini.
"Begitupun, saya tidak mahu mengambil mudah perlawanan dengan Sarawak.
"Walaupun mereka beraksi dalam saingan Liga Premier, tetapi kemampuan
pasukan itu tidak boleh dipandang rendah," kata Karathu semalam.
Karathu memberitahu, saingan Piala Malaysia berbeza dengan kempen
Liga Super dan setiap pasukan pasti menampilkan aksi yang berbeza dalam
cabaran kali ini.
"Setiap pasukan yang bertemu dengan Kelantan pasti akan bermain mati-matian dan cuba untuk menewaskan kami.
"Jadi sebagai juara Liga Super dan Piala Malaysia, kami harus
tinggalkan gelaran tersebut buat seketika, sebaliknya bekerja dengan
lebih keras "Saya mahu pemain mempamerkan aksi terbaik
dan memberikan tumpuan
sepenuhnya serta bermain sebagai satu pasukan sepanjang perlawanan
berlangsung bagi memastikan kita berada pada landasan terbaik untuk
mempertahankan kejuaraan musim lalu," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, jurulatih yang kaya dengan pengalaman itu
memberitahu, kesemua pemainnya bebas daripada kecederaan kecuali Zairul
Fitree Ishak dan R. Surendran.
"Zairul Fitree semakin pulih, tetapi masih belum dapat beraksi, jadi
saya akan tunggu sehingga dia pulih sepenuhnya daripada kecederaan yang
dialaminya.
"Surendran masih lagi bergelut dengan kecederaan. Saya harap dia
mampu pulih dalam masa terdekat untuk membantu kita dalam saingan kali
ini," katanya.
Mengulas mengenai jentera serangan, Karathu berkata, penyerang
berbisa, Norshahrul Idlan Talaha semakin menampakkan keserasian bersama
gandingan baharunya, Azammuddin Mohd. Akil.
"Saya gembira melihat perkembangan ini, kedua-dua pemain semakin
serasi dan ini memudahkan kerja saya untuk memperkemas dan mempertajam
lagi jentera serangan pasukan bagi saingan kali ini," jelasnya.
Petikan : KOSMO 06-09-2011 LINK
No comments:
Post a Comment