Tuesday, September 6, 2011

KEMENANGAN PERTAMA KELANTAN ..MISI MEMBURU KEMENANGAN BERJAYA.



Oren Kecik Graphic


Seperti yang di jangka, Kelantan memperolehi kemenangan dengan membelasah Sarawak dengan jaringan 2 berbalas 0  yang berlangsung di Sarawak.Walaupun pada separuh masa pertama permainan sedikit goyah dan hambar tetapi wira merah kita bangkit selepas sepak mula separuh masa kedua bermula. 

Akibat kesilapan pertahanan Sarawak, telah membenarkan Shahrul Idlan Talahah atau Mat Yo menjaringkan gol pada minit yang ke 64.Hasil kesilapan pertahanan Sarawak telah dimanfaatkan oleh Mat Yo.

Foto dari Facebook Pengurus Pasukan Kelantan.


Asakan dan taring pasukan The Red Worriors tidak terhenti di situ apabila gandingan pemain yang berlari lincah , S.Chanturu atau Chanturu berjaya memanfaatkan sepakan dari Mat Yo.Lorongan cantik hasil sepakan Mat Yo berjaya disudahkan oleh Chanturu pada minit yang ke 77.


Dan kemenangan malam ini seperti sudah dijangka oleh peminat The Red Worriors kerana prestasi cemerlang yang ditunjukkan oleh TRW sebelum ini, iaitu semasa perlawanan persahabatan untuk kempen Piala Malaysia.

Dengan kemenangan ini juga , menjadi titik peringatan dan amaran kepada pasukan lain agar jangan memandang rendah dan mendabik dada kepada Kelantan.Walaupun pasukan anda telah banyak kali menjuari Piala Malaysia, tetapi tidak bermakna kami yang baru sekali memegang Piala Malaysia akan melepaskannya semudah itu.Akan kami tentang habis habisan kerana kami mahu Piala Malaysia berada di Bumi Kelantan lagi.


Tahniah Kelantan.Tahniah untuk semua .! Jumpa lagi di Stadium Sultan Muhammad IV pada Hari sabtu ini 10 September 2011 menemukan Kelantan dan Johor FC .

Kredit to Sokernet


NotaKaki : OH KELATE..KAU KEBANGAANKU <3 :) .ALHAMDULILLAH SYUKUR YA ALLAH



1 comment:

Anonymous said...

stadium likas tu di saboh bob mali weh..ce tuka ce tuka...