Friday, September 9, 2011

MAMPUKAN KELANTAN MENUMBANGKAN JOHOR FC






Besok bakal berlangsungnya perlawanan kedua bagi Kelantan yang akan menentang Johor FC di Stadium Sultan Muhammad IV pada jam 8.45 malam.Perlawanan menentang pasukan berstatus kelab itu sememangnya ditunggu-tunggu oleh peminat setia bola sepak Kelantan kerana ini merupakan perlawanan pertama peringkat kumpulan yang akan berlangsung di Kota Bharu,


Kelantan The Red Worriors 2011-Piala Malaysia

Kehangatan ini sudah pasti memuncak setelah Kelantan berjaya mengalahkan Sarawak 2-0 pada perlawanan pembuka tirai di Kuching tempoh hari.Tetapi sudah tentu Johor FC akan memberi saingan yang sengit kepada Kelantan.Walaubagaimanapun, Kelantan mempunyai kelebihan kerana bermain di tempat sendiri dengan mendapat sokongan daripada penyokong penyokong Kelantan yang akan memenuhi stadium walaupun mengetahui perlawanan ini akan disiarkan secara langsung di RTM.


Walaupun Kelantan mempamerkan aksi yang cemerlang samaada untuk perlawanan persahabatan untuk Pra Piala Malaysia dahulu dan telah memenangi perlawanan pembukaan untuk Piala Malaysia tetapi ianya seharusnya tidak boleh dijadikan alasan untuk Kelantan mendabik dada atas kemenangan kesemua perlawanan yang berlangsung.Perlu diingat bahawa setiap pasukan mempunyai strategi dan formasi yang berbeza dan pastinya ianya akan mengkucar kacirkan pertahanan kita.

Sementara itu pemain  pinjaman dari Pahang Alex atau Azzamuddin Mohd Akil  berjaya menunjukkan kombinasi baik bersama penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha dalam beberapa aksi persahabatan sebelum ini termasuk ketika membelasah Kuala Lumpur 5-0 dan menang 1-0 ke atas Selangor.Tetapi kita seharusnya tidak bergantung kepada dua pemain ini saja tetapi harus bersama-sama bergandingan untuk beraksi lebih cemerlang.

Mampukah Kelantan membelasah Johor FC malam esok.Bermain di laman sendiri semestinya mempunyai kelebihan pada pasukan Kelantan.Kita berharap permulaan yang baik ini dapat diteruskan sehingga layak ke peringkat seterusnya dan pemain diingatkan supaya tidak mudah selesa kerana permainan baru saja bermula.
Gomo Kelate Gomo.




NotaKaki : Mari bersama-sama rasakan fenomena penyokong baru dengan bersama-sama saya di Gate H.Anda pasti akan rasai KESURUPANnya.



No comments: