Wednesday, September 7, 2011

RED WORRIORS TEPATI RAMALAN



PEMAIN Sarawak, Ashri Chu Chu membuat percubaan sambil dihalang pemain Kelantan, Mohd Daudsu Jamaludin ketika saingan Kumpulan C Piala Malaysia di Stadium Negeri Kuching, malam tadi. Pelawat menang 2-0.



JUARA bertahan, Kelantan melaungkan amaran awal untuk mempertahankan mahkota kejuaraan Piala Malaysia apabila memberi persembahan bertenaga menewaskan pasukan Liga Perdana, Sarawak 2-0 dalam saingan Kumpulan C di Stadium Negeri, Kuching, malam tadi.

Jelas, congakan jurulatih, Datuk M Karathu mengatur strategi berjaya dimanfaatkan dengan baik anak didik walaupun cabaran mereka teruji pada babak pertama tanpa mampu menjaringkan sebarang gol buat melegakan tuan rumah pimpinan Robert Alberts.

Sebaik wisel permulaan dibunyikan The Red Warriors terus melancarkan serangan ke kubu Sarawak namun ia tidak membutirkan sebarang hasil apabila berjaya dipatahkan barisan pertahanan lawan.

Nyata kesungguhan ditunjukkan pemain skuad Pantai Timur itu terus menemui jalan buntu apabila diikat seri 0-0 sehingga tamat separuh masa pertama.

Sejurus separuh masa kedua disambung, skuad kendalian jurulatih berpengalaman kembali melancarkan serangan sebelum penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha berjaya meletakkan Kelantan pada minit ke 69.

Sarawak yang ketinggalan satu gol bagaimanapun tidak memberi ruang mudah apabila berjaya mengekang banyak peluang keemasan yang dicipta penyerang Kelantan.

Harapan 20,000 penyokong tuan rumah untuk melihat kebangkitan Sarawak musnah apabila seorang lagi pemain kebangsaan S Chanturu menolak baik bola hantaran Norshahrul pada minit ke 85.


 SUMBER : BERITA HARIAN, 07-09-2011



NotaKaki : Permulaan saingan yang mampu memusnahkan harapan pasukan lain.


No comments: