Selepas FAM menaikkan harga tiket sesuka hati dorang, aku difahamkan ramai pencinta bolasepak terutamanya peminat dari Terengganu dan Negeri Sembilan melancarkan misi memboikot perlawanan akhir yang akhir berlangsung pada Sabtu ini.
Banyak banner telah dinaikkan demi menunjukkan rasa ketidakpuasan pencinta bolasepak tanahair terhadap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) .Usaha yang dilakukan oleh peminat kedua dua negeri nampaknya menampakkan hasil apabila maklumat dari Facebook F.A.M BANGSAT menyatakan bahawa hanya kirakira 390 keping tiket sahaja yang dijual setakat hari ini melalui sumber FINA NASHROM iaitu wartawan Nadi Arena.
Tetapi sebaliknya yang berlaku di Terengganu apabila Kerajaan Negeri Terengganu bersetuju memberi subsidi tiket kepada semua rakyat Terengganu yang berminat untuk menghadirkan diri ke Stadium Shah Alam .Menurut Fina Nashrom juga, tiket di Terengganu telah terjual kirakira 30,000 ribu keping.
beberapa keping gambar banner dari FAM Bangsat
Banner yang dinaikkan untuk FAM ( cekik daroh manusio) |
Banner yang di gantung di Negeri Terengganu |
Banner di Negeri Sembilan |
Tolongla FAM kami bukan bodoh untuk diperkotak katikkan oleh anda.
Jadi kenapa semua pencinta bolasepak negara, mari kita boikot penjualan tiket untuk perlawanan Terengganu dan Negeri Sembilan.Kita tetap pergi ke Stadium tapi kita tidak beli tiket.Sokong dari luar, biar stadium kosong.Biar kali ini ianya menjadi mimpi ngeri FAM BANGSAT.
Dan diharap campur tangan dari Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Chik yang menggesa supaya mengkaji semula harga tiket mendapat perhatian dari FAM.Tapi jangan cakap saja, cakap biar buat baru wa tabik .!!
NotaKaki : Mula mula boikot tapi bila dapat subsidi IKUT semua yer!! Ayuh pencinta bolasepak kita kasi ajar sama itu FAM , pengajaran harus diberikan untuk memajukan sukan bolasepak negara.
No comments:
Post a Comment