Wednesday, October 26, 2011

SILA KAJI SEMULA HARGA TIKET KE FINAL *cekikdarah*



Kosmo 26-10-2011
Setelah mendapat reaksi yang negetif dari seluruh peminat bola sepak negara , di fahamkan Menteri Belia dan Sukan , Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek telah meminta Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengkaji semula harga tiket final Piala Malaysia antara Terengganu dan Negeri Sembilan yang akan berlangsung di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

Menurut Ahmad Shabery yang dipetik di dalam Kosmo hari ini berkata, harga tiket untuk semua tempat duduk itu dianggap mahal bagi peminat-peminat bola sepak yang kurang berkemampuan.Katanya, harga tiket RM50 berbanding RM30 yang dijual pada aksi final Piala Malaysia sebelum ini adalah satu peningkatan yang mendadak.

Dan memang kami tidak berkemampuan untuk membayar sekeping tiket yang berharga limapuluhringgitmalaysia itu.Kami bukan golongan atasan seperti anda dan kebanyakkan dari kami dari golongan bawahan , iaitu golongan yang CINTAKAN BOLASEPAK MALAYSIA.Tolong jangan tindas kami di dalam negara kami sendiri.

Dan aku sangat bersetuju dengan kenyataan DSASC mengenai kenaikan harga tiket ini.

"Saya tidaklah begitu kecewa sekiranya harga tiket ini diumumkan lebih awal, tetapi bila dah masuk final keghairahan peminat sukan akan terhenti.

"Lebih-lebih lagi apabila bermain di Stadium Shah Alam yang orang ramai tahu mutu padang itu rendah," ujarnya.


Yes! tepat dan benar .Padang Stadium Shah Alam sangat teruk dan jika ingin dibandingkan Padang Stadium Sultan Muhammad IV lagi jauh elok . Ha macam mana.Kami ada stadium buruk je tapi kami ada padang elokkkkk punya tapi korang, stadium baru tapi padang taraf padang bola kampung aku jer.!!

Jadi, aku rasa tindakan segera harus diambil dalam tempoh yang terdekat memandangkan kurang dari 2 hari sahaja perlawanan bersejerah ini akan berlangsung.Tindakan FAM menaikkan harga tiket boleh membunuh bolasepak negara yang semakin diminati di Malaysia selepas zaman kejatuhan dulu.

Sekian, FAM sila naikkan raking bolasepak bukan naikkan harga tiket !!!



Ulasan : tuan punya blog!


No comments: