Sunday, October 30, 2011

HAI O , PEMUSNAH IMPIAN SANG PENYU l PENYU MENANGIS




Hairuddin Omar (Jawi: هايرودن عمر lahir pada 29 September 1979 di Setiu), merupakan seorang pemain bola sepak Malaysia yang kini bermain untuk Negeri Sembilan . Beliau boleh bermain sebagai penyerang atau tengah.

Hairuddin Omar mula dikenali sejak kemunculan pertamanya bersama pasukan Terengganu pada tahun 2000. Beliau merupakan penyerang yang konsisten untuk perlawanan liga dan perlawanan antarabangsa. Pada tahun 2003, Hairuddin bersama dua orang rakan sepasukannya, Subri Sulong dan Rosdi Talib yang juga mewakili Terengganu mengambil keputusan untuk menyertai pasukanPahang kerana Terengganu gagal membayar gaji mereka.

Hairuddin merupakan kapten pasukan bawah 23 tahun Malaysia yang menjadi naib juara kepada Thailand dalam kejohananSukan SEA 2001 dan sering dipanggil untuk mewakili pasukan Malaysia. Namun selepas beliau mewakili Malaysia untuk menentang Singapura dalam perlawanan Cabaran Causeway pada tahun 2005, beliau gagal mendapat tempat dalam pasukan kebangsaan hampir dua tahun. Pada tahun 2007, Hairuddin kembali menyarung jersi kebangsaan dalam Kejohanan Bola Sepak ASEAN 2007. Beliau diberi peranan oleh Norizan Bakar sebagai penyerang utama. Beliau menjaringkan dua gol untuk Malaysia yang pada akhirnya tewas kepada Singapura pada separuh akhir melalui sepakan penalti.

Kerjasamanya dengan Akmal Rizal Ahmad Rakhli dalam pasukan kebangsaan antara tahun 2001 hingga 2003 menghasilkan banyak kenangan manis. Antaranya ketika perlawanan diantara Chelsea dan Malaysia dimana Hairuddin menjadi penjaring tunggal Malaysia yang tewas 1-4 kepada gergasi Liga Perdana Inggeris itu.Ini sekaligus menjadikan Hairuddin pemain Malaysia ketiga yang berjaya menebusi gawang pasukan Inggeris sejak kali terakhir dilakukan penyerang Sabah dan Malaysia pada era 90-anMatlan Marjan yang berjaya menembusi gawang England sebanyak dua kali dimana Malaysia tumpas 2-4.

Setelah lima tahun bersama Pahang, Hairuddin kembali ke Terengganu menyertai pasukan kelab Persatuan Bola Sepak Kuala Terengganu T-Team. Di T-Team, Hairuddin digandingkan bersama Mohd Haris Safwan Mohd Kamal di barisan hadapan. Gandingan itu ternyata membuahkan hasil apabila T-Team muncul selaku naib juara Liga Perdana Malaysia musim 2009.

Selepas berakhirnya liga, Hairuddin dipinjamkan ke Negeri Sembilan untuk Piala Malaysia. Hairuddin membuat penampilan pertamanya ketika menentang Johor tetapi dia terpaksa berada dibangku simpanan pada empat perlawanan berikutnya akibat kecederaan. Dia kembali bermain sebagai pemain gantian pada perlawanan terakhir kumpulan menentang Johor dan menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-83.

Hairuddin sekali lagi menjaringkan gol pada perlawanan berikutnya menentang Kuala Muda Naza. Pada perlawanan separuh akhir Piala Malaysia 2009, Hairuddin menjaringkan satu gol ke atas pasukan asalnya untuk Negeri Sembilan mara ke perlawanan akhir. Pada perlawanan akhir, Hairuddin menjaringkan gol kedua Negeri Sembilan hasil umpanan dari Zaquan Adha.



Fan Page Hairuddin Omar


Ouh hensem gak ouh, ketika ada rambut.

Semasa bersama Kelantan.

Hoho 
 Petikan dari Berita Harian 30 Oktober 2011



JARINGAN emas Hairuddin Omar membuktikan ia sudah cukup untuk membantu Negeri Sembilan menundukkan Terengganu 2-1 di pentas final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam malam tadi, sekali gus memastikan kejuaraan Piala Malaysia 2011 milik skuad Hobin Jang Hobin.


Selepas S Kunanlan memadam kelebihan awal Terengganu menerusi gol pembukaan Ashaari Shamsudin, Hai-O tampil menyambut hantaran lintang kapten Shukor Adan dengan sepakan libas menarik untuk menewaskan penjaga gol Terengganu, Sharbinee Alawee pada minit ke-85.


Selain dipilih selaku Pemain Terbaik Final, penyerang 32 tahun itu turut memenangi anugerah Kasut Emas apabila jaringan di final itu memberikannya gol peribadi kelapan dalam saingan tertua bola sepak negara.

Tahniah diucapkan kepada Hai - O yang berjaya menjatuhkan ego sang penuh.Kemantapan barisan jentera Negeri Sembilan harus dipuji walaupun pernah ketinggalan dengan jaringan pertama dari Terengganu.



LIRIK LAGU PENYU MENANGIS


Anak muda berlagu sayang
Di Batu Remis melepas rindu
Adik ketawa di Rantau Abang
Penyu menangis siapalah tahu (2X)
Sesak nafasnya sesak(Tak tahu adik tak tahu)
Sebak dadanya sebak (Tak tahu adik tak tahu)
Bengkak jantungnya bengkak(Tak tahu adik tak tahu)
Retak hatinya retak(Tak tahu adik tak tahu)

Lenyap ditelan derauan ombak
Telur penawar hatinya lebur
Tumpah air matanya melimpah ruah

Agar terhibur adik terhibur
Anak muda berlagu sayang
Di Batu Remis melepas rindu
Adik ketawa di Rantau Abang
Penyu menangis siapalah tahu (2X)

Kelabu matanya kelabu(Tak tahu adik tak tahu)
Sendu tangisnya sendu(Tak tahu adik tak tahu)

Sayu jiwanya sayu(Tak tahu adik tak tahu)
Layu langkahnya layu (Tak tahu abang tak tahu)

No comments: