Sunday, October 30, 2011

PIALA SUMBANGSIH 2012 l KELANTAN BAKAL BERDEPAN NEGERI SEMBILAN


Selaku juara bertahan untuk Liga Super 2011 , Kelantan bakal berdepan dengan juara Piala Malaysia 2011 iaitu Negeri Sembilan setelah Negeri Sembilan berjaya mengalahkan gergasi pantai timur , Terengganu dengan jaringan 2 berbalas 1 semalam .

Negeri Sembilan bergembira selepas dinobatkan sebagai Juara Piala Malaysia 2011.


Difahamkan juga Kelantan bakal menjadi penganjur bagi Piala Sumbangsih 2012 yang akan berlangsung pada 07 Januari 2012.


Kelantan selaku juara bertahan Piala Sumbangsih 2011 sudah pastinya akan berusaha mengekalkan kejuaraan walaupun yang pasti mempunyai saingan yang sengit.Tetapi satu yang pasti adalah Kelantan mempunyai kelebihan kerana bermain di gelanggang sendiri dan ditambah pula dengan penyokong The Red Worriors yang sentiasa memberi sokongan.

Kelantan memenangi Piala Sumbangsih buat pertama kali selepas menewaskan Selangor dengan jaringan 2-0.


Ayuh Kelantan kekalkan kejuaraan.Kita mampu lakukan.gomo Kelante gomo :)





No comments: