gambar dari carian Google. |
Kota Bharu : Penyerang kelab OSS FC dari Belanda, Jean Black menjadi pemain kelima diuji Pesatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) yang kini serius memburu pemain import terbaik bagi menyarung jersi The Red Warriors pada saingan liga musim depan.
Penyerang yang berusia 22 tahun beraksi dalam Liga Devisyen Dua itu, dijangka tiba di Kota Bharu pada hari ini dan akan menyertai empat pemain lain iaitu Jocip Bonacin ( Croatia ) , Chikondi Mpululu ( Melawi ), Emmanuel Okine dan Denny Antwi , kedua-duanya dari Ghana.
Pengurus Pasukan, Azman Ibrahim berkata, pemain yang mempunyai ketinggian 1.73 meter itu akan diuji dalam beberapa siri perlawanan persahabatan di atur KAFA dalam masa terdekat.
" Dia (Black) akan menyertai empat pemain import lain untuk mencuba nasib bersama pasukan Kelantan.Setakat ini saya tidak boleh mengulas lanjut mengenai peluang empat pemain import tersebut kerana kita menyerahkan kepada panel penilai yang akan membuat keputusan nanti," katanya semalam.
Menurutnya, pihaknya akan menilai prestasi semua pemain itu dari semasa ke semasa terutama melalui beberapa perlawanan persahabatan yang akan diatur selepas ini.
Azman yang juga Setiausaha Agung Kafa turut mengingatkan mana mana pasukan yang berhajat memancing pemain Kelantan perlu menggunakan saluran betul dengan berunding terus dengan pihak KAFA.
Sementara itu Azman menafikan khabar angin mengenai penghijrahan beberapa tonggak utama pasukan Kelantan termasuk ketua pasukan, Muhd Badhri Radzi ke pasukan lain dan menegaskan sebahagian pemainnya masih mempunyai kontrak bersama Kelantan sehingga akhir musim depan.
Sumber : Sinar Harian
No comments:
Post a Comment