Saturday, October 29, 2011

PIALA MALAYSIA 2011 l TERENGGANU vs NEGERI SEMBILAN , SIAPA BAKAL JUARA ..?




Pentas akhir Piala Malaysia 2011 edisi yang ke 85 menemukan Terengganu dan Negeri Sembilan pada malam ini yang akan berlangsung di Stadium Shah Alam . Piala kebanggaan ini pernah singgah di bumi Kelantan untuk tempoh setahun sahaja apabila Terengganu berjaya menewaskan Kelantan pada peringkat Suku Akhir baru baru ini.Walau bagaimanapun, Kelantan akur akan kehebatan pertahanan Terengganu yang begitu konsisten dan menerima kekalahan ini dengan lapang hati .

Malam ini , lakaran sejarah akan berakhir dalam masa 90 minit untuk menentukan pasukan mana yang layak dinobatkan selakuJuara Piala Malaysia edisi ke 85 ini.Siapa yang layak.Sama - sama nantikan kemuncak Piala Malaysia 2011 yang akan di siarkan secara langsung oleh RTM [TV1] serta Astro Saluran Nadi Arena [801] .

Terengganu menjadi pasukan pilihan untuk menjuari Piala Malaysia ini memandang prestasi yang cemerlang yang ditunjukkan ketika berjaya mengalahkan Red Giant dan Sang Kijang semasa dalam peringkat Separuh Akhir dan Suku Akhir.Malah Terengganu mempunyai empat barisan pemain serangan seperti Joseph Kallang Tie, Abdul Manaf Mamat, Abdul Hadi Yahaya dan Mohammad Ashaari Shamsuddin yang pastinya perlu diberi perhatian

Tetapi , kita tidak seharusnya memandang enteng kepada pasukan Negeri Sembilan memandangkan Negeri Sembilan sudah banyak kali menempah tiket ke final PM, dan juga telah beberapa kali menjuarai PM ini. 

ORANG ramai mulai beratur seawal jam 5 pagi tadi bagi mendapatkan tiket perlawanan akhir Piala Malaysia antara Terengganu menentang Negeri Sembilan malam ini di Stadium Shah Alam. - Foto Supian Ahmad

Ayam tambatan Negeri Sembilan iaitu Hairuddin Omar merupakan pemain berpengalaman berusia 32 tahun ini, sebelum ini pernah membantu Negeri Sembilan menjulang Piala Malaysia pada 2009 sekali gus menamatkan penantian pasukan itu selama 61 tahun, manakala tahun lalu pula, membantu Kelantan menjulang trofi berprestij itu.

Menurut Hairuddin Omar yang dipetik dalam Harian Metro, 29 Oktober 2011 ,

“Saya akui pasti ada tekanan daripada penyokong negeri kelahiran saya menjelang final dengan Terengganu, Sabtu ini, kerana mereka menganggap saya adalah peneraju utama yang akan memusnahkan impian Terengganu merangkul kejuaraan Piala Malaysia.

“Tetapi saya perlu bersikap profesional dan memberi tumpuan kepada pasukan Negeri Sembilan dalam memastikan kejuaraan Piala Malaysia musim ini menjadi milik pasukan ini.

“Inilah lafaz, tekad dan azam saya sebaik bersama Negeri Sembilan awal musim ini iaitu mahu merealisasikan impian pasukan merangkul kejuaraan terutama Piala Malaysia yang menjadi lambang kemegahan setiap pasukan,” katanya semalam.

Walaupun menjelang Piala Malaysia 2011 dicemari dengan pelbagai berita yang kurang enak ekoran dari Persatuan Bolasepak Malaysia [FAM] menaikkan harga tiket , tetapi difahamkan berita tentang penjualan tiket final itu habis seperti goreng pisang panas. Walaupun terdapat bantahan dari pelbagai pihak, tetapi pihak FAM tetap berkeras dengan pendirian mereka dengan menaikkan harga tiket adalah satu kewajaran. 


KAPTEN Negeri Sembilan, Shukor Adan (kiri) dan kapten Terengganu, Marzuki Yusoh berjabat tangan pada sidang media final Piala Malaysia 2011 di Stadium Shah Alam semalam.

Lupakan tentang hal itu, saksikan final Piala Malaysia 2011 edisi ke 85 yang menemukan Terengganu dan Negeri Sembilan pada malam ini jam 8.45 malam di saluran RTM dan juga ASTRO ARENA.SUKAR meramalkan siapa yang paling layak antara Negeri Sembilan dan Terengganu untuk merangkul kejuaraan Piala Malaysia tahun ini tetapi adat pertandingan ada kalah dan ada menang.Selamat maju jaya untuk kedua dua pasukan.



NotaKaki : saya sokong Negeri Sembilan! oh Hai O.. :) peace !

No comments: