Tahniah diucapkan kepada Harimau Muda kerana berjaya membenamkan ego Indonesia di laman sendiri.Pasti episod duka ini akan diratapi oleh seluruh supporter mereka dan juganya detik ini merupakan detik yang paling bahagia sekali bagi seluruh rakyat Malaysia.
Kemenangan ke atas Indonesia di laman sendiri merupakan kemenangan berganda apabila dalam pusingan kelayakan , Harimau Muda berjaya mengalahkan mereka dengan jaringan 1-0.Sekali lagi Indonesia dimalukan di laman sendiri walaupun terpaksa menempuh masa tambahan dan seterusnya terpaksa bermain di dalam sepakan penalti untuk menentukan pingat emas milik siapa.
Pujian harus di berikan kepada Harimau Muda kita kerana mereka sebenarnya adalah wira sebenar negara.Mereka terpaksa bermain dalam masa tambahan.Walaupun dalam keadaan keletihan tetapi tetap berjaya mengawal padang dan seterusnya berjaya memusnahkan beberapa percubaan dari Indonesia.
Walaupun gawang penjaga gol nombor 1 negara, Khairul Fahmi Che Mat dibolosi seawal permainan tetapi kecermelangan anak muda ini harus dipuji kerana beliau bekerja keras untuk memastikan gowang negara tidak dibolosi.Beliau antara individu yang banyak membantu pasukan kita sendiri.Begitu tenang beliau menjaga gol sehinggakan berjaya menangkap sepakan dari pihak lawan.
Dengan kejayaan ini juga membolehkan Malaysia mempertahankan pingat emas yang dimenangi 2 tahun dahulu dan merupakan pingat emas yangke 59 bagi Malaysia dalam Sukan Sea Jakarta 2011 ini.Kemenangan ini juga merupakan kemenangan yang bermakna kerana Emas dalam arena bolasepak lebih berharga dari emas dalam acara lain.Alhamdulillah.
Jadi, bagi rakyat Indonesia yang menghina dan mengejak kami dan menggelarkan kami MALINGSIA , inilah saat paling indah.Maruah kami berbayar dan sekarang silalah makan hinaan itu.Penghinaan ke atas kami sudah berbayar dan sekarang anda sendiri harus malu pada diri anda.
Tahniah Malaysia
*rasa nak nangis*
APA YANG PASTI TARING HARIMAU BEGITU TAJAM SEHINGGA MAMPU MEMATAHKAN SAYAP GARUDA.
OKS harus memikirkan pasal Fakri.Hurmmm
No comments:
Post a Comment