Showing posts with label SKUAD NEGARA. Show all posts
Showing posts with label SKUAD NEGARA. Show all posts

Sunday, November 27, 2011

KELAYAKAN OLIMPIK LANDON 2012 l MALAYSIA[2] vs BAHRAIN [3]



Mohd Nazmi Faiz Mansor (tengah) meraikan gol sulung untuk Malaysia pada aksi Kelayakan Olimpik Zon Asia bagi Kumpulan C bertemu Bahrain di Stadium Nasional Bukit Jalil,

Walaupun Malaysia mempunyai peluang untuk menjuarai perlawanan malam ini , tetapi Bahrain berjaya meranapkan harapan negara dengan gol penyamaan.

Jaringan cantik dari Nazmi Faiz seawal minit ke 30 , memberi inspirasi kepada pemain lain untuk memberi persembahan yang terbaik.Ledekan kencang dari Nazmi mampu mengalah penjaga gol Bahrain dengan mudah.

Tetapi , Bahrain mula bangkit di separuh masa kedua walaupun salah seorang pemain mereka diarahkan keluar padang ekoran dilayang kad merah.Walaubagaimanapun, magis pemain Bahrain menjadi titik pemusnah harapan negara kerana Bahrain berjaya menjaringkan 3 gol dalam masa 6 minit walaupun bermain dengan 10 orang pemain sahaja.


Kemasukkan Syaiful Azwari bagi menggantikan Wan Zack Haikal mampu mengkucar kacirkan benteng pertahanan Bahrain tetapi beberapa percubaan pemain kita berjaya di musnahkan dengan mudah.


Walaupun kalah, Harimau Muda tetap di hati.Selamanya Harimau Muda.Walau kalah tetap teruskan perjuangan.Kalah hari ini tidak bermakna kalah selamanya.


Jika xmampu menyokong ketika kalah, jangan bersorak ketika menang."




KECEDERAAN PEMAIN TONGGAK, ONG KIM SWEE PERTARUH BARISAN PERTAHANAN KEKANG BAHRAIN



PETALING JAYA - Berdepan masalah kecederaan pemain utama serta hakikat "mesti menang", ketua jurulatih skuad olimpik negara Ong Kim Swee mempertaruhkan harapan kepada barisan pertahanan untuk mengekang Bahrain esok.
    
Mengakui berdepan tugas getir, Kim Swee berkata peluang Harimau Muda beraksi di Sukan Olimpik London 2012 tetap ada, sekalipun buat masa ini gagal meraih sebarang mata pada peringkat kelayakan.
    
"Jika Syria tewas kepada Jepun (esok) dan kita pula menang ke atas Bahrain, peluang untuk merebut tempat kedua kumpulan masih terbuka. Jadi pertemuan dengan Bahrain ini adalah di antara hidup atau mati," katanya pada sidang media di sini hari ini.
    
Malaysia sebelum ini tewas kepada Jepun dan Syria.
    
Beliau yang ditemui pemberita selepas mesyuarat pengurus pasukan sempena perlawanan kelayakan Olimpik di antara Malaysia dan Bahrain, juga optimis rentak permainan pantas oleh Bahrain dapat dikekang barisan pertahanan skuad negara.
    
"Kami optimis dan yakin boleh mengawal pergerakan lawan melalui benteng terakhir pertahanan negara yang akan diketuai oleh penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat serta barisan pertahanan yang akan diumumkan kelak," katanya.
    
"Kemungkinan besar saya tidak dapat menurunkan tonggak pertahanan, Mohd Muslim Ahmad yang mengalami kecederaan hamstring ketika skuad negara tewas 0-2 kepada Syria.
    
"...peluang Mohd Irfan Fazail dan Syahrul Azwari Ibrahim masih samar kerana mereka belum cergas sepenuhnya dan hanya menjalani latihan ringan semalam," katanya.
    
Sementara itu, jurulatih Bahrain, Salman Sharida berkata mereka berhasrat membawa pulang tiga mata berharga.
    
"Saya tahu pasukan bola sepak Malaysia sekarang berada dalam kedudukan terbaik selepas mempertahankan pingat emas pada Sukan SEA menentang Indonesia, namun segalanya mungkin," katanya.

Beliau juga berkata anak buahnya berada dalam keadaan baik untuk memenangi perlawanan yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil malam esok. - Bernama







Saturday, November 26, 2011

MUSLIM CEDERA


Mohd. Muslim Ahmad menerima rawatan daripada jurulatih kecergasan, Rastislav Bozik pada sesi latihan skuad Harimau Muda di padang MSN, Bukit Jalil, semalam. Beliau belum tentu diturunkan menentang Bahrain pada kelayakan Olimpik 2012, esok.

KUALA LUMPUR - Ketika semakin ramai pemain utama skuad Olimpik pulih daripada masalah kepenatan dan kecederaan, menjelang pertemuan ketiga kelayakan Olimpik London 2012 Kumpulan C menentang Bahrain pada esok, tonggak pertahanan, Mohd. Muslim Ahmad memberikan perkhabaran kurang menggembirakan.

Tanpa disangka, pemain yang memikul antara watak penting membantu Malaysia mempertahankan pingat emas Sukan SEA di Jakarta itu menjadi antara nama terbaru yang diletakkan dalam senarai kecederaan.

Perkara itu dinyatakan sendiri oleh pengendali pengendali Harimau Muda, Ong Kim Swee yang berkata, Muslim mendapat kecederaan urat pelipat lutut atau hamstring semasa perlawanan dengan Syria pada Rabu lalu.

''Muslim masih belum pulih sepenuhnya daripada masalah kecederaan (urat pelipat lutut) yang dialami pada perlawanan terakhir (Syria).

''Kita tengok akan memantau tahap perkembangannya sebelum hari perlawanan, namun saya harap ia tidak terlalu serius.

''Jika dia (Muslim) tidak dapat diturunkan, kita masih mempunyai Amer Saidin yang bermain dengan baik semasa menentang Syria baru-baru ini," kata Kim Swee yang ditemui pada sesi latihan skuad Olimpik di Padang Majlis Sukan Negara (MSN), semalam.

Muslim yang ditemui pula mengakui dia cukup terkilan jika tidak dapat bermain, namun dia percaya kepada sesiapa yang menggantikan tempatnya mampu menggalas peranan untuk menghadapi serangan Bahrain.

''Saya akan mendapatkan pandangan fisioterapi dan doktor dalam masa beberapa hari ini yang masih memantau kecederaan hamstring saya.

''Kalau boleh saya memang hendak bermain namun kalau cedera, apa boleh buat, saya cuma harapkan rakan-rakan tidak kira siapa yang akan diturunkan mampu bermain cemerlang dalam perlawanan itu nanti dan meraih kemenangan tambahan kita beraksi di tempat sendiri," katanya.

Dua lagi pemain yang sudah pasti digugurkan ialah Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria ekoran kecederaan yang sama seperti Muslim manakala Izzaq Faris Ramlan disahkan berdepan kecederaan 'anterior cruciate ligament' (ACL) dan perlu berehat sekurang-kurangnya enam bulan di samping akan menjalani pembedahan pada Selasa ini.

Sementara itu, Kim Swee mengakui seri atau satu lagi kekalahan bukan lagi satu keputusan yang boleh diterima pada perlawanan esok.

''Ini perlawanan hidup mati kita, tga mata sahaja sasaran saya, jika kita kalah, peluang kita boleh dikatakan sudah terpadam bagi mendapat meraih kedudukan sekurang-kurangnya di tempat kedua kumpulan.

''Walaupun Bahrain juga telah tewas dua kali seperti kita, mereka adalah lawan yang bagus dan perlawanan ini nanti pasti sukar.

''Strategi menyerang antara pilihan utama saya pada perlawanan itu nanti tetapi saya akan pastikan kita tidak terlalu ghairah mendapatkan gol sehingga membuka ruang kepada lawan," katanya.



FAKRI JANJI ROBEK GAWANG BAHRAIN




Ahmad Fakri Saarani menjalani latihan
bersama skuad Harimau
 Muda di padang MSN, Bukit Jalil, semalam.
 Beliau memikul tanggungjawab besar menentang
Bahrain di Stadium Nasional, Bukit Jalil, esok.

KUALA LUMPUR - Kritikan 'pedas' peminat dalam laman sosial Facebook sedikit pun tidak menjejaskan azam penyerang Harimau Muda, Ahmad Fakri Saarani untuk merobek gawang Bahrain pada aksi Kelayakan Olimpik 2012 zon Asia di Stadium Nasional, Bukit Jalil, esok .

Malah, Fakri menegaskan, semangat dan keyakinannya berada pada tahap terbaik meskipun dihujani pelbagai tohmahan terutama selepas aksi menentang Syria, Rabu lalu.

Tambah Ahmad Fakri, perlawanan menentang Bahrain lebih penting buat dirinya dan negara berbanding melayan semua kritikan tersebut.

"Saya memang tak kisah apa yang mereka mahu kata, mulut orang lambat laun akan penat dan berhenti tapi kalau tak mahu berhenti juga saya akan ambil semua itu sebagai sesuatu yang positif buat saya.

"Apa yang mereka katakan pada saya itu tidak langsung menjejaskan diri saya malah semangat saya berada pada tahap yang terbaik kini," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia sebelum menjalani latihan di padang Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil, semalam.

Meskipun skuad Harimau Muda memperoleh kemenangan menjinakkan Indonesia melalui penentuan sepakan penalti, namun Ahmad Fakri tetap dikritik oleh peminat selepas mempamerkan persembahan kurang memberansangkan apabila kerap terlepas peluang menjaringkan gol.

Malah, pada perlawanan menentang Syria, Rabu lalu, pemain berusia 22 tahun itu juga seakan sukar menemui sentuhan terbaiknya.Bagi mengubati kekecewaan peminat, Ahmad Fakri berjanji untuk memberikan 100 peratus komitmennya pada perlawanan menentang Bahrain di Stadium Nasional Bukit Jalil, esok.

Pemain itu juga tidak mahu episod duka buat dirinya ketika menentang Indonesia Isnin lalu berulang kembali.

"Memang setiap perlawanan saya akan memberikan sepenuhnya apa yang ada dan kawan-kawan yang lain juga mampu berikan persembahan terbaik nanti.

"Sasaran utama saya pada perlawanan Ahad ini adalah untuk mendapatkan gol dan itu semua bergantung kepada rezeki dan usaha saya," kata Ahmad Fakri.

Sumber : Utusan Online 26 November 2011



Friday, November 25, 2011

WAJIB MENANG KE ATAS BAHRAIN


PANTAU...jurulatih skuad Olimpik Bahrain, Salman (dua dari kanan)  memantau latihan pasukannya di Padang MSN, semalam.
PANTAU...jurulatih skuad Olimpik Bahrain, Salman (dua dari kanan) memantau latihan pasukannya di Padang MSN, semalam.

SKUAD Olimpik negara berdepan situasi wajib menang ke atas Bahrain bagi merebut tempat kedua Kumpulan C Kelayakan Olimpik 2012 Zon Asia yang seterusnya mampu meniup keyakinan dan peluang untuk mereka mara ke peringkat seterusnya.

Dua kekalahan berturut-turut kepada Jepun dan Syria menyebabkan peluang untuk bergelar juara kumpulan bagi layak secara automatik ke Sukan Olimpik London pada pertengahan tahun depan kelihatan sukar.

Barisan pemain yang rata-ratanya masih keletihan ketika ditewaskan Syria 0-2 malam kelmarin selepas mempertahankan pingat emas Sukan Sea, Isnin lalu pasti kembali cergas menjelang pertemuan penting menentang satu lagi pasukan negara dari Asia Barat itu di Stadium Nasional Bukit Jalil, Ahad ini.

Malah pengendalinya, Ong Kim Swee sudah melaungkan keyakinan untuk membalas kembali kepercayaan penonton dengan bakal memberikan segala-galanya apabila menentang Bahrain selain mengharapkan kembalinya tiga tonggak utama, Syahrul Azwari Ibrahim, Mohd Fadhli Shas dan Irfan Fazail.

Aksi penting terbabit turut diakui pemain sayap kanan negara, Wan Zack Haikal Wan Nor yang kembali mendapat kepercayaan untuk berada dalam kesebelasan utama malam kelmarin selepas tersisih hampir dua bulan akibat kecederaan ketika tewas kepada Jepun, September lalu.

“Perlawanan Ahad ini penting untuk kami meraih tiga mata bagi menghidupkan peluang dalam saingan Kumpulan C selain perlawanan yang boleh dianggap sebagai penebus maruah selepas tewas dua perlawanan,” kata penyerang berusia 20 tahun kelahiran Pahang itu.

Antara tonggak penting yang membantu negara mara ke pusingan ketiga Kelayakan Olimpik 2012 itu turut menggesa rakan-rakannya agar tidak berputus asa dan meneruskan perjuangan walaupun sedar Bahrain turut terdesak untuk mencipta kemenangan selepas tewas pada dua perlawanan awal kepada Syria (1-3) dan Jepun (0-2).

“Pengalaman menentang Syria terutamanya dari segi fizikal lawan mungkin sedikit sebanyak akan membantu kami bagi mengekang mereka,” katanya yang turut berazam untuk meningkatkan lagi permainan terutamanya selepas banyak gerakannya tidak menjadi.
Pada aksi malam kelmarin, barisan pemain negara tampil bersemangat pada separuh masa pertama dan berjaya mengekang asakan lawan namun faktor keletihan jelas mempengaruhi corak permainan mereka pada babak kedua sehingga melepaskan dua gol kepada pelawat.

Syria kini mendahului Kumpulan C dengan mengumpul enam mata diikuti Jepun yang dibezakan dengan jaringan manakala Bahrain di tempat ketiga diikuti Malaysia tanpa meraih sebarang mata.

Asia diperuntukkan kuota 3.5 dengan tiga juara kumpulan layak secara automatik manakala tiga pasukan kedua terbaik bertarung merebut satu tiket ke perlawanan penentuan dengan pasukan di tempat keempat dari benua Afrika untuk ke London.




Thursday, November 24, 2011

TITUS BONAI - TIADA JAMPI ATAU MISTIK



Aksi Titus Bonai di padang bersama pasukan bola sepak kebangsaan Indonesia U-23 dalam sukan SEA Games XXVI pasti menarik perhatian korang tambah2 sebab dia selalu gegarkan jaring lawan sebelum tendangan penjuru atau sepakan percuma. He3, mesti ada yang pelik kan sampai ada kawan2 Budak Botak kata dia baca jampi.

Ni jawapan dia dalam wawancara khas bersama Kompas.com minggu lalu:

Setiap corner atau tendangan bebas saya pasti goyang jala. Tapi bukan ada apa-apa seperti mistik. Itu hanya membuat saya lebih termotivasi. - Titus Bonai


Owh rupanya dia nak hilangkan darah gemuruh dia dan buat dia rasa yakin nak sumbat gol, he3 ingakan baca jampi. Jangan ingat pemain bola sepak tak gemuruh bila ada tengah padang, tambah2 depan penyokong sendiri mesti beban tu terasa lebih. Apa2 pon tahniah Malaysia dah menang emas, he3.


SUMBER



LAGI DARI INDONESIA , ONG KIM SWEE DAN BADROL BAKTIAR DI EDIT !




Tahniah Malaysia sebab menang pada perlawanan akhir sukan sea menentang indonesia..
Sebelum perlawanan final lagi,telah banyak masalah yang penyokong indonesia telah cetuskan..
Hari ni,lagi sekali indonesia tidak hormat pada Malaysia..Anda buka Percinta Bola Sepak Indonesia anda akan lihat banyak komen-komen dari Malaysia dan Indonesia di situ..

Tapi yang paling menyakiti hati sekali,bila mamat jumpa gambar di bawah ni di fan page tersebut..
Klik di sini jika anda ingin lihat gambar ong kim swee di fan page Percinta Bola Sepak Indonesia
Apa-apa pun kita rakyat Malaysia jangan ikut perangai segelintir penyokong indonesia yang tidak bersikap matang seperti ini..

Indonesia Edit Gambar Ong Kim Swee Jelas Menunjukkan Tidak Dapat Menerima Kekalahan

Ini pula gambar Badrrol Baktiar yang diedit menjadi ............


Indonesia Edit Gambar Badrul Bakhtiar Jadi Monyet Fuck la!!



 Gambar Badrul Bakhtiar



Sumber : CeritaMamat.


Indon ni dah melampau sangat.Memang tidak bertamadun punya rakyat.Otak letak di kaki.





AFC PERSOAL MUTU KESELAMATAN STADIUM GELORA BUNG KARNO INDONESIA



Persekutuan Bolasepak Asia (AFC) mempersoal standard keselamatan Indonesia selepas kejadian dua mangsa mati dipijak ketika berasak menyaksikan perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA, kelmarin.

Pemangku Presiden AFC, Zhang Jilong mengarahkan Indonesia mengemukakan laporan berhubung tragedi yang turut menyebabkan seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun koma.

“Kami sangat simpati dengan berita buruk itu. Semua pertandingan bola sepak perlu dipastikan selamat oleh semua ahli persatuan,” kata Jilong di sini hari ini.

Kejadian itu berlaku di Stadium Utama Gelora Bung Karno di Jakarta apabila 88,000 penonton memecah masuk ke stadium selepas tiket perlawanan Malaysia-Indonesia habis dijual yang menyaksikan Malaysia menang dengan penentuan penalti.

“Pihak berkenaan bukan sahaja menjaga keselamatan pemain sahaja, tetapi juga penonton yang ghairah di luar padang,” kata Jilong

Sumber : Utusan Malaysia Online




NotaKaki : Bagus sangat.Mintak tunjuk sebab dari Indonesia.Kalau perlu denda pun memang sokong sangat sebagai pengajaran di masa hadapan.Kesian Indonesia, dah la rakyatnya perangai 'BUGET GOOD GOOD JE ' malahan penganjuran yang paling terburuk sekali. Padan muka Indonesia